REVENGE

455 12 0
                                    

'Serius lah kita pergi club ni? Mahal gila kot'. Kata Aqilah semasa Rafael menghentikan keretanya agak jauh sikit dari kelab Silver Dragon itu. Selalunya Aqilah dan teman-temannya hanya ke kelab murah yang biasa dikunjungi oleh remaja-remaja yang baru nak up.

'Awak ingat saya tak ada duit ke?. Soal Rafael sambil mengangkat kening.

'Mana kawan awak tu? Lama betul?'. Soal Rafael. Sedang mereka menunggu didalam kereta tiba-tiba sebuah kereta Myvi berhenti di sebelah kereta Rafael dan Aqilah.

'Hah, panjang umur mangkuk dua ekor ni. Kejap saya keluar panggil mereka masuk kereta'.

Aqilah keluar dari kereta Rafael dan kemudian dia meminta kedua kawannya itu, Sofia dan Maira masuk ke dalam kereta Rafael.

'Ni la Raf. Mamat yang aku cerita tu. Dia nak kasi kita job sikit. Nanti dia bayar la'. Kata Aqilah memperkenalkan Raf kepada dua orang kawannya.

'Job apa tu, Raf?'. Soal Sofia dan Maira serentak.

Rafael memusingkan badannya ke kiri supaya mudah berinteraksi dengan ketiga-tiga gadis itu.

'Mudah je. korang masuk dalam, minum dan enjoy'.Kata Rafael dengan selamba.

'Eh,  lain macam je job tu. Jangan-jangan, awak nak suruh kami jadi pelayan tak?'. Maira cuba serkap jarang.

'Ish kau ni. Tak baik lah. Raf ni orang baik tau. Bagi Raf habis cakap dulu. Ha, sambung lah Raf'. Aqilah menenangkan maira.

'Macam ni. Kejap lagi, korang bertiga akan masuk ke dalam. Korang order la apa yang korang nak. Kemudian saya akan masuk. Masing-masing kena alert dengan phone masing-masing tau. Nanti saya akan bagi isyarat melalui SMS. Bila saya dah bagi isyarat, saya nak korang buat kecoh dalam club tu. Tak kisah la nak bergaduh ke, nak buat apa ke. Janji saya nak keadaan dalam club tu huru hara. Boleh?'.

'Kenapa kami nak kena buat huru hara pulak? Tak faham la. Cuba cerita bagi jelas sikit'. Kata Sofia sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Rafael menggosok-gosok kepalanya.

'Aduh, susah la nak cerita. Okay, macam ni ,saya akan masuk dan keluar dari kelab tu sembunyi-sembunyi. Saya tak nak ada sesiapa pun yang nampak saya. Sebab tu saya nak korang tarik perhatian bonzer bonzer dekat dalam tu. Bila keadaan dah kecoh, baru saya boleh keluar. Kerja ni agak bahaya sikit? Bahaya apa, itu korang tak payah tahu. Just enjoy the night, okay?'.

'Awak nak masuk untuk jalankan kerja awak. Habis kami dah buat kerja ni, taka da upah ke?Dah la kelab ni mahal gila kot'. Soal Maira.

'Mesti lah ada. Masuk tandas pun kena bayar lima kupang, takkan la kerja macam ni free free je. Korang jangan risau'. Kata Aqilah.

Rafael memberi isyarak kepada Aqilah . Kemudian Aqilah mengangguk tanda faham dan membuka dashboard kereta itu.  Seikat wang tunai dikeluarkan kemudian dia memberikan wang itu kepada Rafael. Rafael mula mengira wang tersebut dan membahagikan kepada tiga bahagian.

'Nah, ambil sorang satu'. Rafael memberi wang tersebut kepada ketiga-tiga gadis itu.

'Gila!! Lima ribu kot'. Jerit Sofia dengan riang semasa menerima wang tersebut. 'Tu duit upah. Yang ini, untuk belanja dekat dalam'. Rafael menghulurkan lagi tiga ribu kepada Aqilah, sebagai ketua kepada mereka bertiga.

'Gila. Kaya betul awak ni Raf. Alhamdulillah, boleh beli beg baru yang kita tengok haritu kan, Maira?'. Kata Sofia sambil mencium-cium duit yang baru dia terima itu.

'Tu lah. Aku nak trade in handphone aku ni, nak Beli handphone lain. Esok kita beli nak?. Eh, Aqilah. Mana kau jumpa mamat ni? Lain macam betul. Sugar daddy kau ke sebenarnya ni? Raf, awak sugar daddy Aqilah ke? Eh, tapi kalau sugar daddy dia, kenapa pulak awak cakap ada misi kat dalam? Awak ni polis undercover ke? Ke awak ni mafia?'. Bertalu-talu soalan Maira kepada Rafael dan Aqilah.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now