KAWAN BARU

769 18 0
                                    

Khaleesa terjaga apabila terasa cahaya matahari dari tingkap memancar ke wajahnya. Mata yang mengantuk itu dikesat lantas dia melihat jam di dinding.

'8.30 pagi'.

Dia lantas ke bilik mandi. Selesai mandi, Tshirt dan Jogger pants Dani disarung lalu dia turun ke bawah.

Rafael dan Han, seorang lagi orang suruhan Dani ada di meja makan. Mereka cepat-cepat bangun apabila nampak gadis itu datang kearah mereka.

'Selamat pagi Cik Khaleesa. Sila duduk. Saya dah beli breakfast tadi'. Sapa Rafael.

'Terima kasih. Korang berdua da breakfast ke?'.

'Belum lagi Cik Khaleesa. Kami tunggu Cik Khaleesa makan dulu'. Kata Rafael sambil tersenyum. Han pula angguk-angguk kepala saja.

'Eh, jangan la macam tu. habistu kalau saya turun pukul 10, awak pun makan pukul 10 la?. Jom makan sekali. Duduk'. Arah Khaleesa.

'Tak apa Cik. Kami tunggu cik makan dulu. Nanti kamu makan ya'.

Rafael menolak lembut permintaan Khaleesa. Bukannya apa, dia segan jika duduk makan semeja dengan Khaleesa kerana baginya, jika Dani mengarahkannya untuk menjaga Khaleesa, maka Khaleesa dianggap seperti bos nya juga.

'Okay. Kalau macam tu, saya taknak makan la. Nanti kalau Dani call saya tanya saya dah makan ke belum, saya cakap saya taknak makan. Sebab korang taknak makan dengan saya'. Khaleesa menjeling kepada mereka sambil mencebikkan bibirnya yang munggil.

Rafael dan Han pandang antara satu sama lain lalu tertawa kecil. Macam-macam la bakal Cik puan mereka ni.

'Alamak. Cik Khaleesa main ugut-ugut pulak. Okay lah. Kami duduk'. Kata Han.

Mereka berdua mengambil tempat di depan Khaleesa. Bungkusan nasi lemak dicapai lalu diletakkan di pinggan mereka.

'Lagi dua orang mana? Ajak la dorang sekali'. Soal Khaleesa.

'Dorang dah balik pagi tadi. Tengahari nanti, dorang datang balik. Kami bergilir jaga Cik Khaleesa.

'Susah-susah je korang kena jaga saya. Lepastu, kena belikan saya breakfast pula. Dah la rumah ni jauh kat atas bukit. Tuan Dani tak ada pembantu rumah ke?'. Soal Khaleesa kepada Rafael.

'Ada. Mak Som. Tapi Mak Som datang seminggu 3 hari saja. Isnin, rabu dengan jumaat. Weekend tak perlu datang'. Jawab Rafael.

'Owh. Yang korang semua ni, duduk mana pula?'.

'Jimmy, saya dengan Han, duduk sini juga. Rumah lain tapi dibina dalam perkarangan villa ni juga. Cik Khaleesa perasan tak tepi villa ni ada satu rumah kecil? Kami tinggal situ la. Sam dengan Kamil dah kahwin. Jadi mereka tinggal rumah sendiri'. Kata Rafael.

'Saya dah banyak kali juga keluar dengan Dani. Tak pernah pula dia bawa bodyguard dia'. Kata Khaleesa sambil mengusap dagunya itu.

'Tu lah. Kami pun pelik kenapa Tuan tak pernah minta kami ikut dia bila pergi dating dengan Cik Khaleesa. Tapi kalau Cik Khaleesa nak tau, saya dengan Jimmy pernah jumpa Cik'. Kata Han.

'Hah!!. Bila masa awak jumpa saya?. Saya tak ingat pun'.

'Memang la Cik tak ingat. Sebab masa tu Cik tengah mabuk. Masa tu pertama kali Cik jumpa dengan Tuan Dani. Masa tu jumpa dekat club la. Tuan Dani hantar Cik dengan Kawan Cik balik. Siap tolong dukung Cik Khaleesa masuk kereta lagi. Kami ada juga masa tu cuma kami tunggu dekat luar saja. Datang pun naik kereta lain. Tapi, kawan Cik Khaleesa tu boleh tahan cantik juga kan'. Kata Han lagi.'

'Aduh!!.. Malunya saya!. Saya tak sedar masa tu. Kenapa awak bagitahu saya?. Tengok!. Saya dah malu dah dengan korang. Yang malam tadi pun tak habis malu lagi'. Kata Khaleesa sambil menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now