'Telur kicap lagi? Duit Dani bagi haritu kan masih ada? Kenapa tak beli lauk? I boleh masak la'.
Kata Tiara kepada Remy apabila hanya melihat telur masak kicap dan nasi putih sahaja di bawah tudung saji di dapur rumah flat yang baru didiami bersama kekasih hatinya, Remy itu.
'Dah habis'.
Jawab Remy ringkas dan bersahaja. Seperti tiada salah.
'Hah? Habis?'
'Lima ribu tau Dani bagi. Bukan lima ratus!'.
Dada Tiara berombak menahan marah. Baru dua minggu mereka duduk disini, tak kan lima ribu ringgit habis begitu sahaja.
Jika dikira-kira, berapa sahaja yang dia sempat guna duit itu. Semasa mula-mula dia sampai di negeri Kedah itu, Remy membawa dia membeli beberapa helai pakaian dan barangan peribadi memandangkan dia hanya datang sehelai sepinggang. Jumlah yang dia belanjakan itu tidak sampai Lima ratus ringgit pun kerana dia hanya membeli semua barangan itu di pasaraya sahaja.
Deposit sewa rumah itu berjumlah lima ratus ringgit serta lima ratus lagi untuk bulan yang pertama. Tiada perabot dibeli kecuali set tilam, dapur gas dan alatan memasak. Rumah itu kosong tanpa perabot kecuali peti ais satu pintu yang ditinggalkan oleh tuan rumah mereka.
Dan untuk dua minggu itu juga, lauk harian mereka hanya telur, ikan cencaru dan sup sayur sahaja. Jika sudah bosan, goreng sahaja nasi atau mi. Tidak pernah makan di kedai atau membeli lauk yang mewah, jadi disitu menimbulkan keraguan Tiara terhadap Remy.
Tidak mustahil boleh habis duit yang diberi Dani kecuali jika Remy menyonglap duit itu.'Ada lagi sikit. Tapi I nak guna. I nak buat modal dulu. Eh, you ingat lima ribu tu banyak sangat ke? Selama ni I beli brg dapur, beli barang-barang you lagi, duit rumah lagi. You rasa I bayar pakai apa? Pakai duit la!'.
'Syukur la kita ni ada benda lagi nak makan. Ramai lagi dekat luar tu yang tak ada makanan. Jadi sila belajar bersyukur ya sayang'. kata Remy sambil mengikat tali kasutnya.
'Okay lah. Malas nak gaduh. I nak keluar jumpa kawan'.
'Asyik keluar je, bila nak cari kerja nya?'. Soal Tiara sambil menyilang tangan di dada.
'I ni bukan keluar saja-saja tau. I keluar jumpa kawan sebab nak buat connection. I nak cari kerja yang boleh bagi I untung besar. Something big'.
'Alah. You kerja apa pun tak apa. Janji ada kerja. I dah taknak dah makan macam ni hari-hari. I tak biasa'.
'Lagi satu, boleh tak kalau I nak RM100. I nak pergi saloon bawah ni. Nak buat treatment. Dah lama I tak buat treatment, takut rosak rambut ni'. Kata Tiara sambil menunjukkan hujung rambut perangnya yang sudah mengering.
Remy mengelus kuat. Perempuan ini sedar atau tidak yang hidupnya sekarang ini tidak seperti dulu.
'You kena sedar yang sekarang ni you hidup dengan I. Kalau hidup dengan I, kena belajar hidup susah. Sebab I bukan sugar daddy you. So don't expect me to treat you like a sugar baby!'
Remy keluar dari rumah lalu menghempas pintu grill dengan kuat. Mangga kunci yang disangkut di jeriji besi itu dicapai lalu diketip.
'Jangan keluar rumah. Ingat!. Kalau ada orang datang, jangan buka pintu'. Pesan Remy kepada Tiara. Tidak pasti itu adalah pesan yang mengambil berat atau sebagai amaran supaya tidak membuat masalah.
Tiada duduk di lantai yang berlapik tikar getah lusuh itu. Pinggan yang berisi nasi dan telur kicap ditarik. Matanya memandang sekeliling rumah itu.
Rumah flat dua bilik yang berkeluasan 570 kaki persegi itu bukan sahaja lagi kecil bilik tidur di condominium mewah yang didiami bersama Khaleesa dulu, malah rumah itu separuh dari saiz bilik tidurnya di penthouse sugar daddynya dulu.
Tanpa tersedar, air matanya mengalir laju. Perasaannya mula bercampur baur antara gembira atau menyesal. Gembira kerana sekarang dia boleh hidup bersama dengan lelaki yang dia cintai dan menyesal kerana dia meninggalkan kehidupannya yang dulu. Kehidupan yang mewah.
Tambahan lagi sejak mereka lari ke negeri Kedah ini, sikap Remy mula berubah. Dia mula bersikap dingin terhadap Tiara. Kadangkala ada sahaja perkara yang akan menimbulkan pergaduhan walaupun sekadar hal yang remeh temeh.
Adakalanya pula Remy suka mengungkit perihal masa lalu Tiara. Dia suka menyalahkan Tiara yang menjadi punca mereka melatikan diri.
Tiara tahu walaupun Remy begitu, Remy sangat sayang akan dirinya. Kalau tidak, tak mungkin Remy akan membawanya lari ke sini. Boleh sahaja dia melarikan diri sendiri atau dia pura-pura sahaja dengan sugar daddy Tiara yang dia tidak tahu akan hubungan Tiara dengan sugar daddynya itu.
Lamunan Tiara terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi. Nama Khaleesa terpampang di skrin menandakan ada panggilan masuk.
Airmatanya disapu dengan telapak tangan. Dia mengambil nafas sebelum mengangkat panggilan tersebut.
'Hello, babe. What's up?' Sapa Tiara.
'Hi, babe. Saja je nak call. Rindu'. Kata Khaleesa dengan nada yang manja.
Tiara tersenyum. Sekurang-kurangnya dalam situasi sekarang ini, dia masih ada sahabat baiknya yang tak pernah lupa akan dirinya.
'Aku pun rindu kau jugak. Rindu sangat'.
'Kau tengah buat apa tu'. Soal Khaleesa.
'Tengah makan. Kau?' Soal Tiara semula.
'Makan apa tu? Rindu gila babe nak makan sushi dengan kau. Haritu aku makan dekat restoran sushi favourite kita tu, aku asyik teringat kau tau'.
'Ni aku nak keluar pergi saloon. Lepastu nak buat meni pedi. Kan best kalau kau ada dekat sini, boleh teman aku'. Kata Khaleesa dengan riangnya.
Tiara hanya tersenyum.
'Makan biasa-biasa je babe. Eh, okay lah. Bateri aku low ni. Nanti call lagi ya. Bye!'.
Tiara terus memutuskan panggilan tersebut. Tanpa sedar air matanya yang sudah berhenti tadi kini turun dengan lajunya seperti tidak boleh ditahan.
'Lisa, aku rindu kau. Rindu life kita yang dulu'.
Gumam Tiara di dalam hati.
Tbc
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...