Khaleesa sedang bersiap-siap untuk keluar. Hari ini adalah hari pertama Rafael dan Han bekerja dengannya secara rasmi.
'Babe. Rumah sebelah ni dah ada orang duduk kan?. Lama juga kosong'. Kata Tiara yang muncul di pintu bilik nya.
'A'ah. Semalam dorang masuk'.
'Dorang? Siapa? Kau kenal ke?' Soal Tiara.
Khaleesa memandang ke arah Tiara.
'Kenal'.
'Siapa'. Soal Tiara kehairanan.
'Bodyguard aku'. Jawab Khaleesa dengan selamba.
'Hah!. Bodyguard kau? Serious la?. Sugar daddy mana pula bela kau ni?. Bukan main ya sekarang. Kalah aku'. Kata Tiara sambil ketawa.
'Tak ada maknanya sugar daddy. Tu bodyguard Dani. Tapi Dani minta dorang jaga aku. Jadi bodyguard and driver. Kes Dato' Zefri haritu lah. Sebab tu dia sewakan kondo sebelah ni untuk dorang'.
'Seriously??. Alhamdulillah. Lepas ni tak payah la aku risau pasal kau dah kalau kau tinggal rumah sorang-sorang'. Kata Tiara.
'Tu lah. Mula-mula dulu aku tak nak bodyguard. Yela, aku ni sapa la kan sampai nak kena ada bodyguard. Tapi Dani insist nak juga bagi aku. So aku terima jela'.
'Kau dengan Dani dah declare ke?'. Soal Tiara sambil tersenyum simpul.
'Declare apa?'. Khaleesa kehairanan.
'Maksud aku, dah declare sebagai girlfriend ke, skandal ke, apa ke?'.
'Dia ada proposed aku jadi girlfriend dia. Tapi aku tolak. Aku cakap yang aku belum ready nak ada apa-apa relationship. And let say if one day aku dah ready, aku sendiri yang akan datang dekat dia'. Kata Khaleesa.
'Good for you. Take your time. Jangan buat keputusan yang tergesa-gesa'. Kata Tiara.
'Hello, Han. Saya dah siap ni. Boleh gerak sekarang'. Arah Khaleesa.
'Baik Cik Khaleesa. Kami keluar sekarang'.
Apabila Khaleesa membuka pintu, Han dan Rafael sudah terpacak di depan pagar rumahnya.
'Cik Khaleesa nak kemana harini?' Soal Rafael.
'Hantar saya ke Grocer. Nak beli barang dapur sikit'. Kata Khaleesa.
'Baik Cik Khaleesa'.
Setelah mereka tiba di grocer tersebut, Khaleesa memilih beberapa bahan masakan. Dani telah memintanya untuk ke villa selepas itu untuk memasak makan malam untuknya.
Setelah selesai, mereka pulang ke villa. Kehadiran Khaleesa di situ tidak disenangi oleh Mak Som dan Ainul. Kebetulan Ainul cuti pada hari ini. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengikut ibunya bekerja.
Sebelum Dani keluar pagi tadi, dia sudah memberi pesanan kepada Mak Som dan Ainul untuk tidak bercakap atau bertanya apa-apa soalan peribadi kepada Khaleesa.
'Assalamualaikum, Mak Som'. Sapa Khaleesa.
'Waalaikumussalam, Cik Khaleesa. Awal nya datang harini. Tuan Dani belum balik dari pejabat lagi'.
'Saya tahu. Tuan yang suruh saya datang sini. Dia minta saya masak untuk dinner malam ni'.
'Eh.. Kenapa pula? Tak payah susah-susah. Ainul dah masak dinner untuk Tuan Dani. Cik Khaleesa tak payah la masak. Bazir nanti lauk banyak-banyak'. Kata Ainul.
'Dah Tuan nak Cik Kheesa yang masak. Biarlah. Suruh Masak je pun. Bukannya nak takeover semua kerja Mak Som dalam rumah ni. Kata Rafael yang muncul di muka pintu sambil membawa barang-barang yang dibeli tadi.
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...