Rombongan dari pihak lelaki sudah sampai ke rumah Khaleesa. Tok kadi dan dua orang saksi dari pejabat kadi juga turut sampai pada pagi itu.
Khaleesa yang siap didandan oleh mak andam duduk termenung. Ibunya turut berada di bilik itu untuk mengawalnya. Sesekali ditegur oleh mak andam.
'Kamu jangan masam mencuka pagi-pagi nak nikah ni. Hilang seri nanti' kata mak andam yang dikenali sebagai Makcik Gayah.
'Biar la tak berseri. Hari ini hari malang saya' jawab Khaleesa bersahaja.
Tiba-tiba pintu diketuk. Khameela muncul di muka pintu biliknya.
'Kaklong, ibu. Jom keluar. Tok kadi dengan Fakri dah sampai tu' kata Khameela kepada Khaleesa.
Khaleesa berjalan perlahan sambil dipimpin ibunya. Masa sudah terlalu suntuk. Tidak ada harapan lagi untuknya kecuali berdamai dengan takdir.
Apabila dia tiba di ruang tamu, kelihatan adiknya, Khaleed duduk di sebelah tok kadi. Fakri pula duduk di hadapan mereka. Lengkap berbaju melayu putih beserta sampin dan songkok. Sesekali Fakri menjeling ke arahnya sambil tersenyum.
Meluat!.
Khaleesa duduk di atas pelamin sambil ditemani ibunya. Tok kadi memulakan bicara.
'Hari ini berlansungnya majlis akad nikah di antara encik Fakri Hazim bin Mohsin dan Cik Khaleesa Imani binti Arman yang berwalikan adik kandung seibu sebapa iaitu Khaleed Imran bin Arman'.
Khaleed menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata tok kadi tadi.
'Kedua-dua pengantin setuju untuk dinikahkan pada hari ini?' Soal tok kadi.
Fakri mengangguk laju manakala Khaleesa diam sahaja. Selepas lengannya disenggol oleh ibunya, baru lah dia mengangguk setuju.
'Baik. Jika tiada apa-apa masalah, boleh kita mulakan acara akad nikah'.
Tok kadi dan Fakri berjabat tangan untuk mengakad nikah.
'Fakri Hazim bin Mohsin, aku nikah akan dikau dengan Khaleesa Imani binti Arman yang berwakil wali adik lelaki seibu sebapanya kepadaku dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai'.
'Aku ter......'.
Kata-kata Fakri terhenti apabila sekumpulan lelaki bersut hitam dan bersenjata api merempuh masuk ke dalam rumah.
Para tetamu yang ada disitu menjerit ketakutan. Ada yang sudah berlari menyorok.
Khaleesa tersenyum. Dia seperti tahu siapa gerangan yang menghantar sekumpulan lelaki itu.
'Hoii! Korang ni siapa hah? Tiba-tiba buat kacau dekat majlis anak aku?!' Bentak Haji Mohsin.
'Pakcik diam. Duduk dan tutup mulut jika taknak kami apa-apakan pakcik' kata seorang daripada kumpulan itu.
'Korang ni siapa ? Apa korang nak hah?' Kali ini Cik Ta, ibu kepada Khaleesa pula bersuara.
'Saya datang nak beli anak makcik'.
Tiba-tiba seorang lelaki muncul dimuka pintu.
'Abang Dani!!' Jerit Awi teruja. Akhirnya hero datang juga untuk menyelamatkan kakaknya.
'Kau siapa tiba-tiba datang sini nak beli anak aku? Kau tak nampak ke yang ada majlis nikah Lisa harini?' Marah Cik Ta.
'Saya dengar ada upacara jual-beli anak harini. Jadi saya datang nak beli anak makcik' kata Dani bersahaja.
'Kenapa kau ada dekat sini? Macam mana kau tahu Lisa ada dekat sini hah?! Aku dah rampas handphone dia pun untuk tak nak bagi dia berhubung dengan kau. Dapat juga kau cari dia ya' kata Cik Ta, ibu kepada Khaleesa.
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...