Mereka bertolak dari Kuala Lumpur ke Pahang pada pukul 10 pagi. Kali ini, Dani memandu sendiri tanpa ditemani Jimmy.
Lebih kurang 2 jam 30 minit perjalanan, mereka tiba di Hospital.Wad Lelaki dimasuk. Khaleesa lantas mencari katil ayahnya. Dari jauh dia sudah melihat lambaian adiknya, Khameela.
'Kaklong, sini'!
'Ya Allah, rindu dekat kamu'. Kata Khaleesa sambil memeluk adiknya itu.
'Kakngah kenapa tak sekolah harini? Ibu mana?'.
'Kakngah nak jaga abah hari ni. Lagipun hari ni tak ada kelas sangat. Nak dekat exam ni selalu cikgu suruh kami buat ulangkaji soalan target je. Itu belajar sendiri pun boleh. Ibu subuh tadi dah balik. Nanti lepas zohor dia datang'. Kata Khameela.
Khameela ialah adik kedua Khaleesa, yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Dua orang lagi adiknya iaitu Khaleed, dan Khalwi. Selain Khameela , Khaleed juga akan menduduki peperiksaan besar iaitu PMR. Khalwi pula baru tingkatan 1'.
'Kakngah, siapa datang tu?'.
Soal ayah Khaleesa yang sedang terjaga dari tidurnya.
'Kaklong, bah. Kaklong datang ni. Kakngah balik dulu ye, bah. Kejap lagi ibu datang'.
Khaleesa pantas duduk di tepi ayahnya. Tangan tua itu dikucup lalu kucupannya beralih pula di dahi lelaki itu.
'Kaklong balik?'. Alhamdulillah. Lama dah abah tak jumpa kaklong. Kaklong sihat?'.
Serta merta senyuman abah terukir apabila melihat anak kesayangannya di depan mata. Walaupun berjauhan, dia selalu teringatkan Khaleesa dan akan mendoakannya dari jauh.
Dani yang berdiri di hujung katil hanya melihat sahaja dua beranak itu. Terbit rasa sayu dihati nya bila melihat wayar-wayar dari mesin yang disambung ke badan si ayah.
'Kaklong sihat, bah. Ni kaklong balik bawa duit operation abah. Insyallah, esok abah dah boleh operation'.
'Alhamdulillah, Ya Alllah' kata ayah Khaleesa sambil menangis.
'Abah minta maaf ya, kaklong. Banyak dah abah menyusahkan kaklong. Banyak tu kaklong. Mana kaklong dapat duit?' Tanya ayah Khaleesa.
Khaleesa memandang ke arah Dani sambil mengarahkan lelaki itu untuk datang dekat dengannya.
'Bah, ni Tuan Dani. Bos kaklong. Dia la yang tolong bayarkan duit operation abah tu'. Kata Khaleesa.
'Ya Allah!.. Terima kasih, tuan. Terima kasih kerana sudi bantu saya. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi Tuan'.
'Ermm.. kaklong nak bayar balik dekat tuan Dani macam mana? Banyak tu. Kalau abah ada tanah, boleh la jual atau cagarkan untuk bayar duit tu' tambah abah lagi.
'Ehh.. tak perlu Encik. Saya tolong ikhlas. Lagipun Khaleesa ni pekerja saya yang paling bagus. Nanti saya tolak gaji dia sahaja. Lebih kurang, saya kira halal sahaja ya'. Kata Dani.
'Tak payah panggil saya encik, panggil Pak Man je. Nama betul pakcik, Arman. Segan la orang panggil saya encik'. Kata ayah Khaleesa mengenalkan dirinya.
'Tolak gaji apa ni, hah?'
Soal ibu Khaleesa yang muncul secara tiba-tiba.
Ibunya mengerling ke arah Dani.
'Berbulan-bulan kamu tak balik kampung. Ni tiba-tiba balik, bawa jantan pula. Siapa ni?' Soal ibu Khaleesa dengan nada perli.
YOU ARE READING
MY SEXY MR DANI
RomanceTinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang diken...