RUMAH

530 19 2
                                    

Khaleesa, Fakri, ibu dan Khameela berdiri di luar bilik pembedahan. Masing-masing berdebar dan berdoa semoga pembedahan abah berjalan dengan lancar.

'Kaklong, tu bukan bos kaklong ke?' Khameela sedang menunjuk ke arah Dani yang sedang berjalan ke arah mereka berempat.

'Kenapa bos awak ada dekat sini? Bukan dia dah balik KL ke semalam?' Soal Fakri pula.

'A'ah. Bos saya tu. Memang semalam dia dah balik KL. Tak tahu pula dia datang sini balik'.

Dani datang menghampiri Khaleesa.

'Kan you dah balik KL semalam. Tak payah la susah-susah nak datang sini balik. Lagipun you banyak kerja kan harini?' Soal Khaleesa kepada Dani.

'Nothing is more important than your family. Saja I nak datang. I pun nak tunggu abah you jugak. Kenapa? Tak boleh ke?'.

Khaleesa tersenyum.

'Elehh kaklong. Malu-malu pula. Tuan Dani ni ada apa-apa ke dengan akak saya?' Celah Khameela pula.

'Kakngah!!. Apa ni?!. Jangan buat malu kaklong la'. Khaleesa memarahi adiknya.

Dani hanya tersenyum kecil sambil merenung Khaleesa.

Comel.

Marah macam budak kecil.

Mereka tidak perasan yang gelagat mereka sedang diperhatikan Fakri yang hanya diam dari tadi.

Sejujurnya dia seperti berasa ada sesuatu yang tidak kena antara Khaleesa dan Dani. Mereka bukan sekadar pekerja dan Majikan. Malah lebih dari itu.

Setelah lebih dua jam menunggu, akhirnya doktor yang melakukan pembedahan keatas ayah Khaleesa keluar dari bilik bedah itu.

'Doktor, bagaimana dengan keadaan suami saya, doktor?' Soal ibu Khaleesa dalam keadaan cemas.

'Alhamdulillah. Pembedahan suami puan berjalan dengan lancar'.

Mereka berlima menadah tangan sambil meraup ke mura masing-masing tanda syukur pada yang maha esa.

Tapi suami puan dalam keadaan tidak sedarkan diri sekarang. Kami akan menempatkan dia di wad ICU untuk beberapa hari hingga keadaannya stabil sebelum dipindahkan ke wad biasa. Untuk di ICU, tidak boleh melawat kerana kami tidak mahu pesakit diganggu. Puan sekeluarga boleh tengok dari pintu kaca sahaja'. Kata doktor itu.

'Terima kasih, doktor'. Ucap mereka sebelum doktor itu meminta diri .

'Kaklong nak balik KL harini ke? Taknak tunggu abah sedar dulu ke?' Soal Khameela.

Khaleesa memandang Dani. Seakan meminta persetujuan. Kemudian Dani menganggukkan kepala nya sambil tersenyum.

'Okay. Kaklong tak jadi balik. Kaklong tunggu abah'. Kata Khaleesa sambil tersenyum.

'Macam ni la kakak kakngah. Steadyy'... kata Khameela sambil membuat isyarat ibu jari tanda bagus.

'Kaklong, kalau nak balik KL, balik la. Takpe, ibu dengan kakngah ada sini tunggu abah'. Kata ibu Khaleesa.

'Tak apa ibu. Kaklong tunggu sini'.

'Ikut kamu la. Ni, pergi bawa kakngah balik. Esok dia kena pergi sekolah. Dah berapa hari ponteng. Kerja sekolah pun berlambak tak siap lagi'.

'Tuan Dani, kalau sudi boleh la tidur di rumah kami. Tapi maaf lah rumah makcik ni rumah kampung je. Sempit. Baru cadang nak renovate  sikit. Hmm.. Nampak gayanya tak kesampaian la hasrat makcik. Nak buat macam mana, gaji Lisa dah kena potong kan'. Ibu Khaleesa seakan memerli.

Khaleesa diam saja. Malas nak melayan. Risau dia hilang kawalan nanti.

'Tak apa makcik. Saya ni pandai bawa diri. Ibarat masuk kandang harimau, mengaum. Masuk kandang kambing, mengembek.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now