AWI

561 21 0
                                    

Macam mana you boleh tahu yang I akan nikah pagi ni?' Soal Khaleesa kepada Dani.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Meninggalkan segala memori pahit di kampung.

'Awi. Awi bagitahu I'. Balas Dani.

'Awi? Macam mana dia boleh bagitahu you? Mana dia tahu phone number you?' Soal Khaleesa kehairanan.

'I bagi name card I dekat dia haritu' balas Dani.

Dani menceritakan semula perbualannya pagi tadi bersama Awi.

******************************

Flashback 7.00 pagi. 3 jam sebelum majlis pernikahan Khaleesa dan Fakri.

Telefon bimbit Dani tidak berhenti berdering dari tadi. Matanya kelat seperti tidak berdaya untuk dibuka. Perlahan telefonnya dicapai. Nombor tidak dikenali terpapar di skrin.

'Siapa pula ni call pagi-pagi buta ni?'

Dani menjawab panggilan tersebut.

'Hello?' Sapa Dani kepada si pemanggil.

'Hello, abang Dani. Ni awi ni'. Jawab Awi.

'Ya Allah!. Awi? Kenapa call abang pagi-pagi buta ni? Ada apa-apa yang abang boleh bantu ke?' Soal Dani dengan paniknya.

Tidak mungkin tiada apa-apa jika budak lelaki itu boleh menghubunginya pagi-pagi buta begitu.

'Abang Dani.. tsk..tskk..'

Awi menangis teresak-esak.

Mendengar Awi yang menangis itu, Dani cepat-cepat bangun yang membetulkan duduknyw di atas katil.

'Awi! Kenapa ni? Hey, bagitahu abang. Pasal kaklong ke?' Dani seakan menduga.

'Tsk..tsk..tsk.. Abang Dani t..tolong kaklong' kata Awi tergagap-gagap sambil menangis.

'Kenapa dengan kaklong? Awi rileks dulu. Tarik nafas lepastu cerita balik dekat abang apa yang dah terjadi' kata Dani dengan tenang.

'Ibu. Ibu paksa kaklong kahwin dengan abang Fakri. Kalau tak, ibu akan hantar kami adik beradik ke rumah anak yatim'.

'Ya Allah!! Habistu macam mana? Kaklong setuju? Patutlah haritu kaklong tiba-tiba hilang. Dia cakap dia nak berehat dan minta supaya jangan ganggu dia. Rupanya sebab dia nak kahwin'.  Dani berkata dengan nada yang sendih. Hatinya hancur sehancurnya. Tergamak Khaleesa menipu dirinya.

'Tak, abang Dani. Awi tak rasa pun yang kaklong tahu dia nak kena paksa nikah'.

'Sebab masa kaklong sampai haritu, dia macam bergaduh dengan ibu lepastu ibu tampar dia. Ibu rampas handphone kaklong dan serahkan dekat abang Fakri lepastu ibu kurung kaklong dalam bilik dan tak bagi kami semua bercakap atau jumpa dengan kaklong'. Tambah Awi lagi.

'Fuck!!'. Dani mencarut dalam hati. Jika Fakri dan Puan Rita didepannya, pasti dia akan tumbuk muka kedua-dua jahanam itu. Tidak peduli jika dia ibu Khaleesa sekalipun.

'Ibu cakap dekat kami yang kaklong kena tangkap khalwat dekat KL. Sebab tu dia panggil kaklong balik kampung dan nikah dengan abang Fakri'.

'Betul ke kaklong kami kena tangkap khalwat dekat KL tu? Dengan siapa, bang? Hmm..'. Awi mengeluh kecil. Mungkin berasa kecewa bila mendengar berita dari ibunya itu.

'Tak!. Kaklong korang tak macam tu. Abang kenal dia. Dan kalau betul pun kaklong korang kena tangkap khalwat, abang sendiri yang akan bertanggungjawab' kata Dani dengan yakin.

'Aik?? Kenapa abang pula? Abang duduk serumah dengan kaklong ke?' Awi menyoal kehairanan.

Dani menepuk dahinya. Entah mengapa dia bodoh apabila berkata-kata. Mujur yang bercakap dengan dia itu Awi, dan bukan Khaleed. Kerana khaleed seorang yang agak serius. Dan mungkin dia akan mengambil serius dengan apa yang keluar dari mulut Dani.

'Tak. Maksud abang, abang kan bos dia. Kalau jadi apa-apa dekat staff abang, abang mesti tahu. Dan abang kena la bertanggungjawab nak uruskan semua masalah mereka'. Mujur Dani pandai memutar belit ayatnya.

'Owh. Awi ingat abang duduk sekali dengan kaklong. Okay juga kalau kena tangkap khalwat. Boleh kawin dengan kaklong' Awi pula bergurau sambil ketawa.

'Dah. Berhenti ketawa-ketawa ni. Tadi beria sangat nangis. Bila majlis nikah kaklong tu?' Soal Dani.

'Pukul 10 pagi ni' jawab Awi.

'Hah!!. Harini? Kenapa tak call abang esok je?. Kenapa taknak bagitahu abang awal-awal?' Soal Dani dengan nada yang terkejut.

'Ibu cakap kami budak kecil jangan masuk campur dan jangan bagitahu sesiapa pun sebab ni aib keluarga. Dan kaklong pun setuju nak Nikah dengan abang Fakri. Jadi Awi ingat tak ada masalah la'.

'Tapi malam tadi Awi terdengar ibu bercakap dengan Haji Mohsin. Ibu cakap takut abang Dani datang cari kaklong kat sini. Ibu takut kalau abang Dani buat gila. Jadi Haji Mohsin merancang untuk menghantar abang Fakri dan kaklong ke Kelantan untuk menguruskan ladang sawit Haji Mohsin di sana untuk seketika. Kalau kes ni dah reda, baru mereka akan pulang ke kampung semula'.

'Awi taknak berjauhan dengan kaklong. Awi sayang kaklong' kata Awi.

Dani mengerling jam dinding di biliknya.

'7.10am'

Okay. Abang gerak sekarang. Awi jangan risau, selagi abang ada, tak ada sesiapa pun yang akan sakiti kaklong. Itu janji abang'.


                                 Tbc

Hampir sebulan ye nak siapkan chapter ni😂😂. Insyallah lepasni continue macam biasa

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now