Perhati Suzy Setiap Masa

39 1 0
                                    

Khalid mengelap cermin muka sebesar dua tapak tangan dengan tisu. Lalu terus sandarkan pada monitor dan mengambil sikat untuk mengemas rambut. Boleh kata hampir lima minit sekali rambutnya dirapi. Faiz Agneles di meja sebelah pula terlalu banyak kerja. Memeriksa kerja sekolah murid-murid. Tapi semua tu diketepikan dan memberi banyak ruang pada mejanya untuk cermin muka sebesar dua belas tapak tangan. Rambutnya juga dirapi-rapi.

Khalid sengaja melambatkan aktiviti sikatnya. Bahagian pertama disebelah tepi memberi masa 10 saat. Bahagian kedua sedikit atas dari sebelah tepi pula ambik sepuluh saat juga. Tambah tolak untuk keseluruhan barangkali lapan minit setengah. Khalid buat benda begini supaya menyikat dapat memikat. Memikat cikgu wanita di depan yang berkerut wajah menyiapkan kerja, iaitu Suzy.

Jam randik di telefon Faiz Agneles dikatup. Catatan untuk durasi setiap sikatan Khalid tak konsisten. Tak masuk akal untuk dia menghafal durasi sikatan setiap bahagian. Faiz Agneles taknak perkara sia-sia.

Khalid bangkit dari kerusi.

Kakinya melangkah penuh yakin dan bersahaja menghampiri meja Suzy. Memandangkan bilik guru ini kelihatan separa lengang, Khalid nak berfoya-foya. Lagi-lagi ada Suzy. Hairan juga untuk Suzy tak menghilangkan diri hari ni. Selalu kalau nampak saja Khalid bersenang-senang di meja, Suzy takkan duduk di bilik guru. Pasti cari tempat lain. Tapi tu la. Hari ini tidak. Dia sangat sibuk.

"Tegangnya.." Tegur Khalid sambil mengambil tempat di sebelah kiri meja. Tempat di tangan kanan Suzy sedang rancak menulis.

Kedengaran dengusan dari Suzy tapi tetap menyahut ringkas "Hmm cikgu."

"Buat apa tu?"

"Kerja"

"Ohh ingat buat apa tadi." Khalid bagi senyum paling lawa.

Suzy terus ligat membuat nota-nota untuk perancangan yang diperah lama sejak melangkah keluar dari pejabat Pengetua Maimoon. Mentalnya mungkin runtuh setelah hampir berberapa hari sudah matanya melihat keputihan mulus buku nota dari helaian demi helaian. Namun, Suzy terus kuat. Dia sangat komited dengan kerja. Tiada isu mampu menggoyah daya fokusnya walau sekecil anak kuman di kelinking semut api.

"Kenapa tak reply sticker saya hantar whatsapp semalam?" Tanya Khalid.

Suzy memejam mata. Suzy berhenti menulis. Suzy buka mata. Suzy sambung menulis.

"Story IG pun tak reply. Awak buat 'Ask Me Anything' kot." Tanya Khalid lagi.

"Tak tengok telefon sangat buat masa ni." Jawab Suzy.

"Sibuknya dia. Jangan 'busy-busy' sangat, nanti rambut tu beruban." Kata Khalid sambil ketawa kecil lontaran dari perut.

Suzy sambung menulis dan membuat kerjanya seperti takda apa-apa. Ayat mesra mencuba-cuba Khalid dianggap credit scene. Dan tak berharap langsung untuk Iron Man, Thor, Tobey Maguire, Andrew Garfield mahupun Benecio Del Toro muncul untuk hangat-hangat jiwa. Yang penting semuanya selesai dan dia boleh menyiapkan kerja dengan masa yang ada hari ni.

Khalid menolak pen Suzy. Tulisan di nota menjadi senget-senget. Khalid tersengih-sengih.

"Arggghhhhhh!" 

Semua orang di bilik guru terdiam. Suzy dan Khalid menoleh ke kanan.

"Siapa amik cermin kat dinding ni??" Sambung amarah seorang cikgu wanita nak repair senget-benget tudungnya.


Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now