Drama Tepi Mall

23 2 0
                                    

Selepas memarkir di tepi bangunan mall, Suzy berdiam di dalam kereta. Kepalanya diletak ke stereng dan mengawal nafasnya. Tak sangka pula Khalid akan pergi ke tahap itu. Sekadar usik mengusik, Suzy boleh saja bertahan. Cuma perkara begini berasa tak selesa. Lagipun di bilik guru. Perihal peribadi tak patut dibawa tempat kerja. 

Tak lama selepas itu, Suzy keluar dari kereta dan mengambil tempat di bonet depan. Mengambil angin luar. Menikmati suasana sepi di kawasan mall ini. Dah menjadi kegemarannya.

Kemudian, terdengar sayup-sayup bunyi kereta yang dipandu laju.

"Suzy!" Jerit seorang lelaki dari jauh.

Suzy terperanjat. Dia mencari punca suara. Terlihat sebuah kereta menghampiri. Kelihatan kepala Khalid terjulur keluar menjerit-jerit nama Suzy. Suzy tak senang duduk. Nasib baik juga takda orang sangat kawasan ni.

"Suzy! tunggu dulu!" Teriak Khalid dari jauh.

Kereta diparkir kereta secara tak senonoh. Gelabah.

Suzy nak je lari dan tak bersemuka. Tapi sama je. Balik bilik guru menghadap juga Khalid. Jadi, dia biar drama ni habis kat sini dulu.

"Saya minta maaf.." Kata Khalid sambil menutup pintu kereta. "Saya tak patut cakap gitu." Sambungnya. Khalid pantas menghampiri Suzy di kereta.

Suzy memeluk tubuh. Kaki disilang.

"Saya tau awak tak suka rushing.. saya minta maaf.. kita start balik ya."

"Start apa?" Suzy berkerut dahi.

"Hal ni la.. kisah kita ni."

"Kita bukan ada apa-apa pun.."

"Betul. Tapi saya nak ada dengan awak.." Kata Khalid. "Bagi saya peluang ya.."

"Apa awak cakap ni?" Tanya Suzy. Khalid terlihat merapu. 

"Jom kita balik sekolah. Tak elok orang tengok cikgu macam kita ni bertengkar." Khalid cuba menarik tangan Suzy.

"Bila masa bertengkar? kita takda apa-apa pun.." Suzy mengelak tangannya.

"Jom jom.. tinggal je kereta awak sini. Nanti saya hantar balik."

"Ehh awak kenapa?"

"Jom je la!" 

Khalid menarik pergelangan Suzy lagi.

"Su.."

Seorang lelaki memanggil nama Suzy. Suzy masih ingat suara tu. Dia menoleh ke kiri.

"Ada apa ni?" Tanya Daud John sambil menjeling tangan Suzy di pegang.

Khalid cepat-cepat lepas. "Oh takda apa.." Jawab Khalid.

Suzy tak bercakap apa-apa. Dia mengusap pergelangan tangannya.

"Jom la Su. Hantar saya. Nak kena amik motor kat bengkel tu.." Kata Daud John bersahaja. Dia mula menapak mendekati kereta Suzy.

Suzy membulat matanya. Kemudian terus angguk-angguk dan mula mengundur ke pintu keretanya. 

Khalid pula serta-merta balik ke kereta juga. Dia start enjin dan beredar secepat mungkin.

Suzy membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam kereta. Dia duduk diam sebentar memerhati Khalid mula hilang dari pandangan. 

Suzy menghembus nafas lega.

Suzy tersentak. Terlupa lelaki tadi masih kat luar. 


Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now