Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Di pertengahan tahun sesuai benar mengadakan sesuatu yang meriah dan menghiburkan untuk masyarakat. Festival Muzik Sekolah dan Battle of the Band diadakan serentak. Hari yang sama. Masa yang sama. Ternyata Pak Ibrahim taknak kalah dengan musuh lamanya Pengetua Maimoon.
Sambutan sangat menggalakkan. Meriah dengan para pengunjung yang jelas melepas tekanan dan menikmati hari cuti dengan melayani muzik dan beramah mesra dengan kenalan-kenalan lain yang turut hadir.
Juri-juri di pertandingan Battle of the Band hadir. Pemuzik-pemuzik terkenal. Sempat melayani pengunjung mengambil gambar dan beramah mesra perkara-perkara ringan dan positif. Ada juga beberapa rakan artis turut turun padang memberi sokongan. Juga melayani pengunjung-pengunjung di situ.
Pak Ibrahim dan Akram angguk-angguk dari tadi. Bangga juga dengan perancangan tak heavy ini. Pak Ibrahim sebelum ni banyak dah aktiviti dikelolanya. Cuma kali ni agak istimewa kerana melibatkan orang-orang ternama dan figura lama seni muzik. Pertama kali dia berurusan dengan perkara di luar kebiasaan. Sesekali dapat mencabar dirinya dalam tanggungjawab ketua anjuran.
Akram beri muka positif kepada Pak Ibrahim dan beri isyarat Pak Ibrahim tangan letak belakang.
Namun, kemeriahan lebih memihak kepada Festival Muzik Sekolah. Kehadiran Baby Shima membingitkan suasana. Popularitinya menjadi senjata kepada sambutan luarbiasa. Anak-anak kecil menjerii-jerit dan berusaha bersalaman dengan artis yang selalu tengok di kaca televisyen. Suasana masih lagi meriah. Jeritan demi jeritan saling sambung menyambung. Namun jeritan garau paling jelas kedengaran. Para lelaki dalam lingkungan 30-40an. Tapi paling kuat menjerit di situ Pak Mat. Kedai runcit tutup hari ni. Pak Mat jarang tutup. Kalau dia tutup hanya untuk hari-hari yang mustahak saja.
Khalid senyum sampai ke telinga. Dia bersama para pengawas di belakangnya selaku pembantu-pembantu untuk Festival Muzik ini.
Khalid terus menikmati gelombang suara para pengujung seakan inilah dia.. Inilah bunyi kemenangan!
Khalid berhenti dan puas.
Di penjuru terlihat gadis yang pernah didambakan, Suzy. Ajaibnya tiada perasaan gementar lagi dalam diri Khalid. Bunyi kemenangan ini bunyi anthem hidupnya. Hari ini dia watak utama. Bukan Daud John.
Dia biarkan dulu Suzy menyendiri. Ada kerja perlu dilakukan. Ada perancangan hebat perlu dilaksanakan.
Khalid senyum lagi lebar. Fahrim Jr kat sebelah hairan tengok. Tak kebas ke muka.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.