Suzy melangkah pantas ke arah Khalid. Matanya menajam tak menghiraukan kru-kru situ yang sedang mengemas pentas. Wayar-wayar di lantai dipijak tanpa gentar tersandung.
Suzy tarik lengan baju kemeja Khalid. Membawa ke tepi pentas. Faiz Agneles takda siapa tarik pun ikut ke tepi pentas.
"Eh kenapa ni?" Tanya Khalid tak perasan kehadiran Suzy.
"Awak buat apa ni?" Tanya Suzy. Tegas.
"Kemas stage la.."
"Kenapa awak tak bagitau slot Daud?"
"Daud?"
"Awak jemput dia main.. Tapi kenapa layanan macam ni bagi dia?"
"Layanan apa?"
"Jangan buat-buat innocent la!"
"Dia main la japgi.. Saya bukan reject slot dia pun.." Jelas Khalid langsung tak terjejas dengan tekanan diberi Suzy.
"Tapi kenapa tak bagitau masa lagi? Diorang japgi nak ke tempat lain pulak."
"Awak kena tau.. Kita kalau jemput artis luar kena utamakan dia.. Mana tau dia nak main awal ke apa ke? Kena ada seorang performer standby.." Jelas Khalid.
"Bohong!"
Suzy semakin meninggi amarahnya. Tangan dah digenggam ketat.
Daud John datang dan menarik lengan Suzy. Khalid tersentak Daud John tiba-tiba muncul. Faiz Agneles dah goyang dah sebab dia tak kenal siapa.
"Dah.. dah.. jom.." Pujuk Daud John. Suzy hanya mencebik dan memeluk tubuh. Dia ambil tempat belakang Daud John.
"Kitorang cancel.." Kata Daud John kepada Khalid. "Dah lambat ni.. Kitorang kena perform tempat lain.."
"Gempak eh korang.. Perform banyak tempat dalam sehari." Kata Khalid sambil senyum sinis.
"Kau amik la slot band aku tu. Suruh budak-budak pengawas perform lagi.. Ramai cikgu-cikgu suka.."
"Tu la.. Budak-budak sekolah lagi hype dari performer jemputan.." Khalid masih mencuba sentuh sanubari Daud John.
Daud John menarik tangan Suzy beredar dari pentas melalui tangga belakang. Khalid hanya melempar senyuman dan cepat-cepat dia mengambil telefon bimbit. Membuka whatsapp dan menekan voice message.
"Jumpa tak van putih diorang? Ada tag performer jemputan kat dashboard. Cepat sikit diorang dah gerak.." Khalid menghantar pesanan suara ke Fahrim Jr.
Di parking luar sekolah, Fahrim Jr dan beberapa pengawas yang lain sedang memancitkan tayar sebuah van putih yakni kenderaan Single Lady & The Plumber.
Fahrim Jr bangkit selepas mendengar pesanan diterima telefon bimbitnya. Dia buka dan mendengar.
"Dah settle dah cikgu.." Fahrim Jr membalas pesanan suara juga ke Khalid.
Para pengawas yang lain bangkit dan menepuk seluar masing-masing. Selesai khianat mereka yang entah ke berapa kali terhadap Single Lady & The Plumber.
Kenderaan mereka berubah sadis.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.