Semangat Berkobar

68 4 0
                                    

Malam ini lagi sekali Single Lady & The Plumber merenung longkang. Boleh jadi Vovo dah kenal mana berudu sulung mana berudu bongsu. Cicak pula menghisap rokok. Dah dua batang dicucuhnya. Dan Pushman bermain-main dengan drum stick. Memanaskan jari, pergelangan tangan, siku dan bahu. Kaki juga bergerak membayangkan pedal.

Mereka menunggu Daud John. Bukan Daud John lewat. Mereka yang awal.

"Takleh buat apa la nak kedepankan band kita." Macam biasa Cicak bersuara dulu. Yang lain pasang telinga. "Ayah kau pun tak berminat." Sambungya lagi.

Vovo berdiam saja. Lagipun dia tak bersungguh-sungguh masa tu. Mendapatkan keyakinan bila berdepan dengan ayahnya, dia tak boleh buat. Terlalu paranoid. Lepas saja Pak Ibrahim memfitnah air sirap, Vovo tak kemukakan langsung ayat defend.

Sudahnya dia hampa.

"Battle of the Band tak pernah ada kot kat tempat kita ni." Luah Cicak lagi.

"Mesti la takda. Tak dapat sambutan agaknya kalau buat." Respon Pushman.

Cicak termenung.

"Scene muzik kat sini bukan setakat kecik. Macam takda terus." Sambung Pushman lagi.

Cicak menunduk ke longkang bersama rokok yang dikepit dibibir memikirkan scene muzik ditempatnya. Dia bukan siapa-siapa. Hanya seorang ahli dalam kumpulan muzik. Mana mungkin orang sepertinya menaikkan scene muzik di tempat yang mana nak mengeja muzik pun macam tak pandai.

"Main all-out ahh japgi." Kata Vovo.

Cicak dan Pushman menoleh serius kepada Vovo. Benarlah genre Grunge dipilih kumpulan muzik ini. Sebuah genre keras, bermelodi dan sloppy bersesuaian dengan keadaan dan situasi diri mereka. Boleh melepas geram.

"Kita lenjan lagu Wipers untuk starting merocking kang." Cadang Vovo.

"Lagu apa?"

"Over the Edge."

Cicak mengangguk. Dia cuba main tone stail Wipers kejap lagi. Pushman bersetuju dengan cadangan Vovo.

Semangat punk masih dalam diri Single Lady & The Plumber walaupun selalu ditekan sekeliling. Ini semua ujian. Setakat ini muzik keras masih mendahului semangat mereka.

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now