Menghadap Pengetua bukan perkara yang menyenangkan. Sama saja seperti dipanggil Manager masuk ke dalam office. Apa yang diterima hanya bebelan dan motivasi basi. Hanya boleh menadah telinga tanpa dibenarkan bercakap sepatah dua.
Suzy perlu kekal tenang. Tak lama ni. Tak lima minit, mungkin 15 minit.
Tiba saja di depan pintu Pengetua, Suzy berhenti. Dia berdiri mengambil nafas sambil ligat fikirannya memikir apakah performance kerja tak ditahap memuaskan sekitar tiga bulan dan lebih pada tahun ini. Apakah ada puncanya dia dipanggil.
Knock! Knock! Knock!
Suzy keluarkan nafas keluahan. Diluaran mungkin terlihat bersedia tapi hatinya tidak. Dia betulkan kacamata dan rambutnya dirapi kemas.
"Masuk" Suara seorang wanita jelas kedengaran.
Suzy memulas tombol pintu dan melangkah ke dalam. Senyuman sempat dikasi kepada Pengetua.
"Ohh Suzy. Duduk dulu." Alu Pengetua Maimoon.
Dimeja kelihatan kemas tetapi didepan Pengetua Maimoon bertingkat fail-fail. Suzy hanya berwajah kosong sambil mengambil tempatnya.
"Ada apa cikgu panggil saya?" Suzy mulakan terus persoalan. Dia mengelak dari posisi dan situasi menunggu kerana dengan cara ini Suzy akan terlihat confident dan ianya tak kasi mudah untuk Pengetua Maimoon menghentamnya lebih-lebih. Pertahanan dipasang dulu. Takut goyah tak punya kekuatan untuk mengawal emosi.
"Suzy dah lunch?"
"Sudah"
Pengetua Maimoon sambung aktiviti failnya. Fail yang dah siap disemak, dia tempatkan di hujung meja.
"Senarai-senarai murid bermasalah sekolah kita dah diketahui orang luar," Pengetua Maimoon terus membuka topik utama.
Suzy berdiam.
"Saya tak cakap saya malu dengan perkara macam tu." Sambung Pengetua Maimoon. "Dia buat saya lagi alert dan fokus dan bertanggungjawab kepada murid bermasalah ni."
Pengetua Maimoon tidak menjeling sedikit pun Suzy. Dia tahu Suzy akan beri perhatian penuh. Suzy seorang cikgu yang bagus. Cuma untuk seorang pengetua yang tegas dan terburu-buru dalam kualiti, ragu-ragu apakah Suzy mempunyai keupayaannya tersendiri dan bolehkah dia dipercayai.
"Problem macam ni seperti Cikgu Suzy tahu, ianya senang nak menjadi buah mulut orang." Ujar Pengetua Maimoon lagi.
"Orang-orang luar dah tentu akan salahkan Pengetua. Tapi.. orang-orang macam kita ni dah tau punca itu sebenarnya dari mana." Kata Pengetua Maimoon sambil berhenti dari mengetuk fail di meja dan memandang tepat anak mata Suzy.
Suzy mula menunduk. Sebagai seorang Cikgu Kaunseling, dia tahu kerjanya dan dia tahu dia perlu berusaha keras demi menghasilkan kejayaan. Kejayaan di mata orang-orang seperti mereka.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.