Pushman takda mood hari ni melepak rumah Cicak. Dia tengok saja Vovo bermain komputer. Cicak pula berbaring di karpet memasang fon kepala melayan radio online. Itu yang buat Pushman takda mood tu. Cicak mula tebiat baru dia melayan radio dah sekarang. Celaru melihat rakannya. Macam tak rela tapi tetapkan teruskan. Mukanya berkedut-kedut macam makan gula-gula Sour.
Skuter Daud John kedengaran dari luar.
Siap menongkat motor, Daud John masuk ikut tingkap. Memang begitu cara mereka melepak bilik Cicak. Malas nak menganggu privasi keluarga Cicak di ruang tamu sana.
"Korang mesti tak caya aku jumpa siapa tengah hari tadi" Kata Daud John bernada riang sambil mengambil tempat sebelah Pushman.
"Siapa?" Tanya Vovo.
"Yad Ilham."
"Serius?"
Daud John angguk-angguk bangga.
"Kau tegur tak?" Tanya Pushman pula.
"Tak.." Daud John mendengus.
"Takpa. Tak tegur lagi bagus. Kang time tu la bulu hidung terkeluar la, zip terbuka la, lutut ter'kondem' la apa semua." Kata Pushman. Dia memahami topik 'never met your heroes'.
Daud John berasa lega ada ayat mampu tenangkan buntut. Jadi, perkara atau tindakan yang dibuat tadi adalah tepat. Tak dapat moment yang baik sekurangnya takda moment buruk. Adil dan saksama.
Tiba-tiba detik ni membuat Daud John terpaku. Rugi pula sebenarnya tak menegur Encik Yad. Rugi tak beritahu Encik Yad tentang Single Lady & The Plumber. Tak mengharapkan apa-apa yang besar. Cuma cukup sekadar tahu kewujudan band-nya di minda Encik Yad. Kalau gemarkan hasil muzik Single Lady & The Plumber, itu bonus.
Tapi macam kelakar pula kalau berjumpa dengan stranger terus tunjuk karya seni. Ibarat terserempak Zainal Abidin Hassan, betisnya disepak. Nampak macam orang gila. Pujian tak dapat malah Zainal Abidin Hassan mungkin bagi uppercut satu ke perut.
Daud John akan mencuba cara lain untuk meraih perhatian Encik Yad kepada muzik keluaran Single Lady & The Plumber. Kerana keberadaan beliau mustahak untuk daya pemikiran Daud John. Pendapat dan citarasa Encik Yad itu selari dan seimbang antara muzik sedap dan muzik mencuba-cuba. Boleh kata tak mudah untuk memuaskan citarasanya dan pada masa yang sama adil pada sebuah dunia realistik dalam kesenian.
"Dah dah la tengok gambar Salma Hayek." Jerkah Pushman kepada Vovo.
"Bukan tengok dia. Aku nak search movie baru dia tu."
"Ohh yang ada pelakon Green Lantern tu kan?"
"Haa yang tu."
"Cerita Deadpool la." Kata Pushman.
"Bukan. Deadpool tu Gina Carano." Balas Vovo.
Daud John geleng kepala saja. Rumah Cicak macam ni, rumah dia pun macam ni. Cicak rileks saja kat bawah. Tubuh saja rileks. Wajahnya perit berjuang dengan lagu-lagu mencabar.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
JugendliteraturWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.