Sesi Pembayaran Minuman Tak 'Hardcore'

34 2 0
                                    

Mustapa Dol cuba menikmati angin dan bunyian riang burung berterbangan. Namun gagal. Gelak tawa Geng Ngeteh memecah suasana hening. Tak kasi peluang Mustafa Dol berangan racing bersama burung-burung. Jam di dinding hampir tengah hari. Macam takda mood Mustafa Dol hari ni nak bangkit dan mula berceramah. Boleh kata cuba nasib untuk berdiam mana tahu Geng Ngeteh ada akal bertindak sendiri berambus dari perkarangan kedai.

"Abang Tapa kenapa ni? Tak masuk akal." Tegur Abun Soya dari belakang. Baru saja siap 'beron' di jamban kedai. Sakit perut dia hari ni. Banyak sangat meratah jering pemberian jiran semalam.

"Apa benda?" Mustapa Dol pelik.

"Halau la diorang tu. Pukul berapa dah." Kata Abun Soya sambil menunding meja rakan-rakannya.

Mustapa Dol terasa nak cekik dan baling keluar Abun Soya. Boleh bergurau innocent pula dah nak dekat tengah hari gini.

"Hari ni aku ada mood. Aku payung kawan-kawan aku." Kata Abun Soya sambil keluarkan dompet.

"Hahh, bagus!" Mustapa Dol dengan deras mencapai kalkulator dan kertas senarai minuman Geng Ngeteh.

Jarang perkara begini jadi. Geng Ngeteh secara gelapnya tidaklah menyokong belakang satu sama lain pun. Cuma sekadar pemuas bualan. Jadi, bersedekah antara satu sama lain atau berbelanja antara satu sama lain adalah 'rare'.

Lagipun Abun Soya bijak. Minuman Geng Ngeteh hari ni tak 'hardcore'. Bahari Pomen teh o panas saja hari ni. Sedangkan selalu neslo panas. Kadang-kadang tu juga Horlick laici ais kurang susu lebih. Memberi peluang pembuat air sarung Goggle dan bereksperimental. Mustapa Dol pun pening kepala nak mengira. Dia cincai terus kenakan RM8 pada Bahari Pomen kerana kos dakwat pen.

Basri Gas dan Ilyas juga air biasa-biasa saja. Teh tarik dua dan milo ais. Tak seaneh sebelum ni air coke panas dan sprite tarik. Aneh-aneh gitu juga Mustapa Dol tak kasi can. Terus RM5.

Hari ni dalam 10 gelas, hampir 5 gelas ialah air kosong. Jadi, total minuman-minuman Geng Ngeteh hari ni RM13.50. Abun Soya membawa keluar dompet.

Tiba-tiba Proton X50 merah perlahan melintasi kedai Mustapa Dol.

"Teh ais dengan air kosong dua berapa Abang Tapa??" Soal Abun Soya gelabah. Dompetnya bergegar-gegar.

"Air kau saja? Air kau RM3." Jawab Mustapa Dol.

Abun Soya campak RM5 ke meja dan mula melangkah keluar. Dia berlanggar dengan kawan-kawannya yang juga memegang duit masing-masing.

"Abang Tapa aku punya berapa?!" Jerit Ilyas.

"Aku dulu Abang Tapa!" Bahari Pomen menyiku badan Ilyas dan Basri Gas.

Keadaan huru-hara di area Mustapa Dol. Kali ni real Mustapa Dol nak mencekik orang. Pekerja Mustapa Dol semua perhati saja. Pembuat air dah ready Goggle kat tangan.

Proton X50 merah siap memarkir kereta. Enjin dimatikan dan pintu dibuka. Kelihatan Pengetua Maimoon keluar. Pandangannya terus ke kedai Mustapa Dol.

Dari jauh kelihatan Mustapa Dol memberi senyum kepada Pengetua Maimoon. Pengetua Maimoon membalas senyum dan menapak mendekati perkarangan kedai Mustapa Dol setelah melihat kiri dan kanan.

Mustapa Dol baru perasan Geng Ngeteh dah lesap dan hanya tinggal wang ringgit hijau dan merah berterabur atas meja.

Di dalam jamban yang sama Abun Soya keluar tadi, Geng Ngeteh menyorok. Bahari Pomen, Basri Gas dan Ilyas terasa nak tumbuk jiran Abun Soya.

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now