JREEENNNGG
Cicak strum satu memeriksa tone pedal distort. Punat-punat di Amplifier dilaras-laras gain. Selepas strum satu, tak puas hati lagi. Punat pedal pula diselaras. Pushman pula tak cek apa sangat. Dia duduk saja sambil berlatih pusing-pusing stick. Vovo pun sama dah siap memeriksa tone. Tunggu saja Cicak selesai.
Daud John tersenyum merenung kumpulannya.
"Dapat jugak Battle of the Band.." Daud John bersuara.
"Tak sabar.." Respon Pushman.
Vovo angguk-angguk. Malam tu tak sangka juga ayahnya kelihatan mudah.
"Kita kena pilih betul-betul ni main lagu apa." Kata Daud John. "Pemilihan lagu untuk pertandingan ni bukan boleh diambil 'gampang'.." Perkataan akhir diteran Daud John.
"Lagu yang biasa kita jamming je. Takda la nak praktis banyak sangat. Tinggal nak bagi tight je." Cadang Vovo.
"Betul apa kau cakap tu." Kata Daud John. "Tapi lagu kita jamming lagu senang-senang selalunya. Molly Lips - dua kord. Creep - 4 kord. Tak berapa 'anu' nak bawak bertanding." Sambungnya.
"Empat ler." Kata Vovo berkerut dahi.
"Apa yang empat."
"Empat anu la.. Kita empat orang." Jawab Vovo.
"Bukan anu ni. Maksud aku tak berapa fit bawak bertanding. Kena lagu ada arrangement mantap." Jawab Daud John.
"Kalau nak rumit, bawak lagu Tool.." Tanya Pushman.
"Takda la rumit tahap tu." Kata Daud John. "Kau pandai ke drumming lagu Tool?" Soalnya.
Pushman sengih-sengih.
"Kalau kau ada tiga tangan baru boleh boleh drumming macam Danny Carey." Kata Daud John bersama ketawa.
"Aku pakai ni ah." Balas Pushman sambil bagi gaya sedikit lucah sambil ketawa.
"Pakai anu kau?" Daud John ketawa.
Vovo terpinga-pinga. Lalu bertanya. "So, bawa lagu Tool la baru fit untuk Battle of the Band ni?"
"Bila aku cakap fit?" Daud John pandang Vovo.
"Tu korang cakap anu?"
"Bukan 'anu' tu. Anu ni." Daud John pula bagi gaya sedikit lucah.
Vovo berasa lempar nak ke atas gitar bassnya.
Daud John beralih pandangan ke Cicak. Perihal lagu-lagu ni selain dia, Cicak lebih arif. Dia perlu pandangan dan pendapat Cicak.
"Kau Cicak? apa cadangan kau?" Soal Daud John.
"Umm.." Cicak berfikir. Sambil itu masih lagi bermain tone di pedal-nya.
"Ke lagu balad melayu, lepastu kita grunge-kan?" Sambung Daud John.
"Okay jugak tu." Sokong Pushman.
Mereka berdiam menanti jawapan Cicak.
"Aku fikir elok main lagu sendiri." Kata Cicak.
Daud John, Pushman dan Vovo angguk. Battle of the Band boleh bagi markah lebih jika peserta bawa 'barang' sendiri. Bawak lagu cover masih okay tapi ada baik buruknya. Lagipun mereka taktau siapa juri. Juri yang bervisi jauh akan memandang tinggi peserta yang berkemampuan membawa karya original. Juri yang lebih teknikal mungkin akan gemar peserta membawa lagu cover tapi membuat versi tersendiri.
"Aku setuju tu.." Sokong Daud John. "Jadinya kau nak tunjuk lagu baru la ni kan?" Daud John cuba membaca fikiran pemain gitar Single Lady & The Plumber di depannya itu. Vovo dan Pushman fokus ke Cicak.
"Betul." Jawab Cicak sambil bangkit berdiri menghadap rakan-rakannya.
Daud John membuka suis mikrofon. "Silakan.." Katanya. Mempelawa Cicak persembahkan lagu baru untuk Battle of the Band.
Cicak bagi intro. Kord A Minor dimain plucking. Daud John, Pushman dan Vovo memberi wajah seribu keliru.
Sebaik saja Cicak menyanyikan baris pertama..
"Fakh!!"
Bergema satu studio suara Daud John.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Fiksi RemajaWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.