"Haa kan smart pakai macam ni.." Tegur Pak Mat. "Tapi rambut panjang.."
Daud John angkat tangan sikit dan sambung mencari barang yang mahu dibeli. Pak Mat kelihatan sedang senyum-senyum. Melihat anak muda begini ada hala tuju dalam pembentukan masyarakat di tempatnya. Dia berbangga untuk Daud John. Kisah dia di kelas muzik sekolah semakin merebak. Lebih besar penyebaran kisah ini membuat kisah di pertandingan futsal dilupa serta-merta. Tapi tidak untuk peminat tegar Single Lady & The Plumber. Persembahan itu dianggap ikonik, mahal dan mustahak.
Daud John menghampiri kaunter.
"Kau tau tak.. ramai tak sabar Festival Muzik sekolah kau tu tahun depan.." Kata Pak Mat.
"Kenapa?"
"Nak tengok murid-murid sekolah main la.. Kat Tiktok FYP dah.." Jelas Pak Mat. "Terer jugak kau mengajar ya?"
Daud John senyum-senyum. "Saya ajar apa saya tau je Pak Mat.."
"Dia ada pengajar yang betul kat kelas satu lagi.. Saya punya method lebih kepada perihal kaunseling.." Sambungnya.
"Aku tak faham kau cakap.."
"Saya pun.." Saja Daud John matikan perbualan dengan bahasa-bahasa buku teks sivik.
"Apa kau buat ni bagus. Aku bangga dengan kau!" Pak Mat mencapai Daud John untuk menepuk-nepuk bahu.
"Terima kasih Pak Mat.. Rokok John ada?" Pinta Daud John.
"Ada-ada.." Pak Mat serta-merta meraba laci.
Lama juga dia mencari sampai kedengaran nafas berat Daud John.
"Aku ada idea untuk kau Daud.." Pak Mat buka bicara supaya tak terlihat lewat pencarian dia.
"Idea apa Pak Mat?"
"Idea la untuk band kau.."
"Apa tu?"
"Buat lagu satu lagu.. berduet.."
"Berduet? Berduet dengan siapa?"
"Baby Shima la Daud.. Macam band tu.. Floor.."
"Ehh Pak Mat cari sekarang sampai jumpa rokok tu.." Arah Daud John dengan tona suara yang meneran.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.