Mustakim Buat Apa-Apa Yang Patut

19 1 0
                                    

Suzy lemah melihat Daud John sedikit hilang semangatnya. Tapi tak terlihat jatuh. Bagaimanapun, urusan hari ni perlu diteruskan. Bagi habis dulu baru gerak kisah seterusnya.

"Taknak ikut?" Tanya Daud John.

"Nak.." Jawab Suzy. "Tapi saya kena ada sini.. Selagi festival tak habis.."

"Cakap la nak beli popia nestum.." Usik Daud John.

Suzy tersipu.

"Minta maaf semua ni jadi macam ni.." Kata Suzy.

"Aik.. Bukan salah awak la." Respon Daud John. Jam tangan diperiksa. Agak lewat.

"Dah la pergi la.." Suzy menolak manja Daud John. "Goodluck.."

"Okay.." Jawab Daud John. "Bye.."

"Bye.." Jawab Suzy.

Suzy melihat Daud John berlalu pergi. Walaupun belum mengenali dengan mendalam, dia tahu Daud John itu kuat. Jika minatnya kukuh pada jiwa, cabaran dan dugaan begini mudah ditempuh. Tak mengharap pada semangat. Hanya terus berjalan sampai jadi.

Keriuhan mula membanjiri kawasan pentas sekolah. Giliran artis utama dah tiba. Baby Shima sedang standby. Orang mula menyusu dan merapat ke pentas utama. Suzy tak dapat 'hype' ini. Hati berat ke situasi Daud John.

"Taktau la bapak.. Malang betul la hari ni.." Kata Vovo dalam perbualan telefon dengan Pak Ibrahim.

Pushman dan Cicak duduk mencangkung meratapi nasib. Ada juga idea minta bantuan Bade. Tapi sama je. Nak tunggu dia bersiap dan bergegas. Paling awal Bade boleh sampai mungkin setengah jam. Jadi apa saja jalan singkat yang boleh digunapakai mereka mungkin tak boleh pakai dah.

Daud John datang dan menyedari tayar van. Dia melihat kawan-kawannya luruh semangat. Tiada soalan yang sepatut diaju lagi.

Daud John serta-merta mencekak pinggang dan menunduk ke bumi. Pushman dan Cicak memandang kosong tak berkata apa-apa. Biar perbualan Vovo di telefon menjadi muzik latar belakang.

Kekecohan mula terjadi belakang bangunan makmal. Para pengawas di kepung oleh murid-murid kasar yang selalu menjadi topik perbualaan para guru kerana masalah disiplin. Mereka salah ambil jalan. Ternyata para pengawas melintasi tempat lepak mereka.

Mustakim dah ketawa besar. Dia teruja mengadakan sesi mengerat silaturrahim dengan para pengawas kali ini. Kawan-kawannya dah tak sabar nak berkenalan.

"Aku tau kalau aku report cikgu pun, cikgu takkan layan.." Ujar Mustakim. "Sebab korang anak emas.."

"Kau cakap apa ni?" Fahrim Jr buat-buat taktau.

"Aku nak tengok band tu! Tapi korang khianat diorang. Memang celaka!" Teriak Mustakim.

"Aku nak Baby Shima!" Teriak salah sorang budak Mustakim. Mustakim malas nak cari walaupun triggered sebab berlainan pendapat.

Fahrim Jr dan para pengawas yang lain dah menggeletar. Belum pernah melalui situasi begini punya cemas.

"Jadi.. Jom kita settle secara tak rasmi dulu.." Mustakim memberi isyarat.

Berlatarbelakangkan muzik Baby Shima dari pentas, pergelutan bermula.

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now