Daud John, Cicak, Vovo dan Pushman berada di Studio Bade semula setelah sekian lama berpecah. Duduk mencangkung di longkang menunggu giliran. Waktu masih awal. Bilik A, B dan C semuanya penuh. Membuat mereka ikut tercengang.
"Serius la? Mana pernah penuh studio Bade. Weekday pulak tu.." Kata Pushman.
"Tu la.." Sokong Vovo.
"Kita kena soal siasat Bade japgi. Pakai tangkal ni.." Daud John berseloroh.
"Kalau gini hari-hari aku syak Bade naik harga.." Kata Cicak pula.
"Tu takleh buat apa. Hak dia nak naik harga ke apa. Tapi kalau barang tak upgrade takyah naik harga la.." Kata Daud John.
Pushman melihat kawan-kawannya dengan perasaan rindu.
"Aku bangga kita together balik.." Kata Pushman. "Dari kita berpecah aku dah fikir tak logik sebenarnya untuk disband.."
Daud John angguk-angguk dan hampa tidak memberi tunjuk keteguhannya sebagai ketua.
"Tu la.. Aku mintak maaf eh semua.." Ucap Daud John.
"Takda apa la Daud.." Pujuk Pushman. "Standard la gini. Band ganas, ujian ganas-ganas la jugak.." Sambungnya.
"Betul.. Nak dapat member main muzik pun payah. Takkan nak gaduh.." Kata Vovo pula.
"Aku setuju tu.." Sokong Cicak.
"Tapi apa sebab kau nak gather kita semula ni?" Tanya Vovo kepada Daud John.
"Ishh kau ni.."
Daud John, Cicak dan Pushman buat muka tak puas hati. Mengenangkan masalah Vovo yang tak bermedia sosial.
"Lagu kita viral. Budak-budak sekolah nyanyi ramai-ramai tu.." Jawab Daud John.
"Haa? Serius la?"
Pushman geleng kepala sambil bawa keluar telefon. Lantas di buka video di aplikasi Tik Tok. Bermacam-macam versi dah dikongsi umum. Letak sekerat, letak full, mix dugem, edit letak bunga-bunga, memes dan macam-macam lagi.
Vovo ketawa terharu lagu yang sering dipraktis dulu kini menjadi kegemaran umum.
"Kau memang sial ajar budak lagu grunge." Cicak ketawa memuji sikap Daud John.
"Taknak la cliche. Lagu gini baru rare.." Jelas Daud John. "Lagipun power chord je lagu tu. Senang sikit aku nak mengajar.."
"Ehh budak kepala botak ni pun ada.." Kata Vovo sambil ralit menonton video sampai habis.
"Haa.. dia paling beriya. Fans sejati pertama Single Lady & The Plumber.." Ujar Daud John.
"Ehh korang Single Lady & The Plumber kan?" Tanya seorang remaja lelaki yang baru turun dari studio Bade. Kawan-kawannya yang lain turut mengecam wajah mereka.
"Ya.." Jawab Cicak.
"Korang padu woi!" Katanya sambil menghulur salam rock. "Aku siasat korang dari performance kat pertandingan futsal lagi."
Daud John, Cicak, Vovo dan Pushman tak menyangka kesan-kesan viral sebegini mega. Mereka menyambut dengan baik. Saling bersalaman dan berkongsi cerita.
"Kitorang nak gerak dah bro. Kalau tidak nak selit tengok korang jamming.."
"Ehh takpa.. Lain kali la. Kitorang ada je sini.." Jawab Daud John.
"Orait!"
Mereka beredar dari situ selepas siap beramah mesra. Daud John dan yang lain berdiam dan memerhati saja mereka beransur pulang.
"So kira kena mantapkan lagi la Single Lady & The Plumber?" Tanya Pushman.
"Mesti la.. Kali ni hari kita!" Ucap Daud John semangat.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.