Regu Haru-Biru

18 1 2
                                    

Mustakim menendang pintu berkali-kali. Mengambil lajak sejauh dua meter dan memberi satu tendangan terbang. Tak berjaya. Tingkap yang berpagar digegar-gegarnya. Tempat skru ditendangnya. Tak berjaya.

Mustakim takda idea dah. Dalam bilik kosong ni pun langsung takda apa-apa untuk dibuat peralatan pecah. Dia duduk melayani mengah. Nak jerit pun tak boleh ni. Dia tau bilik ni. Memang dalam blok paling jauh.

"Argghhhhh!!!"

Mustakim cuba juga menjerit. Takda apa-apa.

Dia berdiam sebentar. Hanya sayup-sayup kedengaran keriuhan di festival. Mustakim geleng kepala. Bengang dengan para pengawas. Berimej baik, kemas dan beautiful namun sundal.

Semua masuk akal sekarang. Satu sekolah tau Cikgu Khalid ni kaki perempuan. Jadi tak mustahil kenapa Cikgu Khalid dan Cikgu Suzy tak ngam dan macam ada persengketaan. Kawan-kawan dia pun ada cakap waktu ponteng sekolah nak lepak dalam mall pernah ada drama diorang dekat luar. Sekarang bila kekasih Cikgu Suzy datang buat persembahan di festival yang dikelola Cikgu Khalid, dah semestinya ada rancangan yang tak baik.

Mustakim sepatutnya ketawa dengan kegagalan Cikgu Khalid. Namun hampa dan bengang lebih meninggi kerana tak dapat berkhidmat untuk Single Lady & The Plumber dan menonton persembahan mereka.

Mustakim bersedia untuk menjerit lagi.

"Argghhhh!!!"

"Woi!!"

Mustakim mengangkat kepala serta-merta. Dia bangkit dari cangkung dan merapat ke tingkap.

"Apahal tu?" Seorang lelaki di bilik sebelah bertanya.

"Siapa tu?" Tanya Mustakim.

"Kau tengah bertukang ke?"

"Eh tak.. Abang siapa? Boleh tolong saya tak?" Pinta Mustakim masih tak mengenali siapa di bilik sebelah.

"Tolong apa?"

"Panjang cerita dia. Abang tolong saya buka pintu ni bang.. Terkunci.." Kata Mustakim.

"Macam mana boleh terkunci.. Jap.."

Mustakim menunggu dan mendengar lelaki di bilik sebelah bersiap.

Gangg! Gaanggg!

"Eh?"

Mustakim terkerut dahi. "Kenapa bang?"

"Kunci.. Siapa kunci aku kat luar ni.."

"Abang kena kurung jugak ke?" Soal Mustakim serius.

"Entah.. Takdalah. Budak pengawas ni tadi terkunci la ni.."

Gangg!! Gannngg!!

"Abang geng Abang Daud ke? Single Lady & The Plumber?"

Vovo mengangkat kening. Hebat sekolah ni. Memahami nilai seorang pemuzik. Ada yang mahu tuntut ilmu. Ada yang dah kenal dengan mendengar suara je.

"Ehh haa yaa.. Macam mana kau tau? Haha Mantap.." Balas Vovo.

"Kes khianat ni bang.. Panjang ceritanya.." Jelas Mustakim. "Apa-apa hal kita kena keluar dari sini dulu.."

"Rileks.. Budak-budak tu datang balik nanti.. Dah bayar aku RM20 nak belajar bass.." Kata Vovo dengan tenang.

"Diorang jerat abang je tu!" Teriak Mustakim. "Diorang nak khianat band abang supaya tak dapat perform sini dengan Battle of the Band!"

Vovo terkesima.

Penjelasan Mustakim begitu jelas dan lasak membikin hati mula gundah gulana terfikirkan bapaknya.

"Kau serius ke ni?" Tanya Vovo memahukan kepastian.

"Betul bang betul!"

Vovo mula gegarkan pintu. Dia juga buat benda yang sama apa Mustakim buat tadi. Mustakim ikut serta.

Keadaan pun mula haru-biru. Habis pintu dan tingkap di terajang. Bangunan ini jarang di pakai. Masih kukuh kondisinya. Tak memberi kesan apa sesi terajang-menerajang Vovo dan Mustakim.

Hampir 15 minit berlalu. Tak berjaya. Termengah. Duduk sekejap. Tendang pintu semula. Termengah balik.

"Jap.. kau confirm ke ni?" Tanya Vovo mahukan kepastian lagi.

"Betul bang.. GF abang Daud tu cikgu kitorang.. Cikgu Suzy.."

"Lepastu?"

"Orang yang ajak abang Daud perform tu ada crush dengan Cikgu Suzy.."

"Kes kena reject ah ni.."

"Betul.." Respon Mustakim masih ikut termengah dengan Vovo.

Wajah merundum terpampang pada Vovo. Masih banyak pertanyaan dalam kepala tapi dia hiraukan dulu. Apa la dosa Single Lady & The Plumber. Tak pernah sehari pun terlepas mandi wajib.

Tak mengapa. Pertanyaan itu kemudian. Yang penting keluar dulu.

Ganggg!! Gangg!!

Seorang murid sekolah kelihatan sedang membawa pasu bunga.

"Denda aku dengan pasu bunga sangat kan. Ni aku balas dengan pasu jugak." Ngomel seorang diri murid sekolah itu.

"Woii!!" Teriak Mustakim dari tingkap memanggil kawannya.

"Haa! Siapa?" Tercari-cari punca suara.

"Sini! Sini!" Mustakim melambai-lambai guna jari telunjuk di celahan tingkap.

"Eh Mus ke tu?!"

"Yaaa!!"

Murid tadi bergegas menyeberang ke blok sebelah yang sedikit membukit. Pasu bunga berat masih gagah dipikul sekali.

"Apahal ni? Apasal kena kurung?" Tanya kawan Mustakim sambil melihat kunci solex bilik Mustakim. Bilik Vovo juga dia perasan.

"Jangan banyak tanya! Pecahkan cepat!" Arah Mustakim

Kawan Mustakim dengan pantas bertindak dan mengangkat pasu bunga tinggi dan menghempas sekuatnya ke kunci solex.

Pintu pun terbuka.

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now