Kumpulan Muzik

120 8 4
                                    

Tiga orang lelaki lingkungan 25 tahun dan lebih yang melepak di longkang tepi kedai D'Fotimah menjadi perhatian.

Pelayan kedai makan D'Fotimah paling banyak menjeling-jeling mereka. Dah lah berambut mowahk, seluar pulak merah bercorak batik di poket.

Pelanggan-pelanggan D'Fotimah juga macam lebih kurang saja reaksinya. Mereka tahu mereka patut 'blah' dari D'Fotimah sebelum tiga lelaki itu naik ke tingkat atas. Malam ini bukan malam yang sesuai untuk makan malam disini. Rata-rata antara mereka membuat muka mengeluh.

"Bade ni patut renovate lagi. Kasi kedap bunyi lagi." Kata Cicak.

Vovo dan Pushman mendengar saja Cicak meluah perasaan. Mereka dari tadi melihat ke longkang tapi kadang-kadang tu curi-curi tengok juga orang di D'Fotimah.

Pushman hanya intai sikit-sikit. Pandangan ke D'Fotimah dilindung rambut afro Vovo yang macam Rosli Mohalim. Dia tak kisah pasal rambut Vovo. Dia dah tau keadaan setiap kali kesini.

Cicak cepat muak dengan perasaan begini. Dia hidupkan rokok satu. Sambil mengepam dalam-dalam asap rokok, dia merenung seorang ketua keluarga yang tak henti-henti membuat muka jelek. Mesti ayat-ayat tak semenggah diberitahu pada dua orang anaknya disitu bila besar nanti. Memberi nasihat dengan merendah-rendahkan orang seperti Cicak.

Cicak menghembus rokok kuat sebagai protes.

"Biar ah, Cicak" Vovo merespon pada keluhan Cicak. Dialognya langsung tak confident dan membuat Cicak tak terkesan dengan pujuk macam gitu. Sekurangnya pandang la muka. Ini tengok berudu dalam longkang.

"Sementara tunggu Daud John ni baik kita fikir nama band." Cadang Cicak.

Pushman dan Vovo menoleh serentak dan mengangguk laju. Dari berdiam dan membiar tekanan dari D'Fotimah terus menekan, lebih baik berbual pasal kumpulan muzik mereka.

"Eh, kejap, haritu bukan ke Daud John je ke yang kena kasi nama?" Vovo teringat kesepakatan kumpulan muzik yang mereka buat. Bulan lepas kalau tak silap.

"Betul. Tapi kita kena standby nama lain. Incase Daud John kasi nama bangang." Jawab Cicak.

"Aku taktau la. Aku takda idea. Aku nak main drum je," Kata Pushman. Ahli kumpulan seperti Pushman ini memang boleh dipuji. Dia tidak kisahkan nama band, logo band dan perihal gaya band yang lain. Yang penting kerjanya di instrument berjalan dengan baik.

"Aku ada," balas Vovo dan memandang Cicak dengan wajah beridea.

"Apa?"

"The Brutal Berudu."

"Gempak" Pushman memberi respon.

"Kan" Vovo berasa bangga.

"Mana kau dapat nama tu?"

Cicak dah geleng kepala.

Skuter putih pudar naik kawasan lot kedai dan mengambil parking berdekatan pintu. Sebelum mematikan enjin, Daud John memberi bunyi hon satu. Geram juga mereka ralit berborak tanpa sedar dia dah sampai.

"Fakh!" Cicak menutup kuat telinga.

"Jom ah naik atas, merocking," Ajak Daud John sambil mematikan enjin motor.

Mereka bertiga bangkit dari longkang. Cicak angkat dan membimbit beg gitar 'karen'nya. Vovo pula dengan beg gitar bass. Cicak memandang Vovo dengan wajah kosong. Ahh, senang betul jadi pemain bass. Tak payah nak bawak pedal bagai. Tapi Pushman lagi hebat, drumstick je.

Sebenarnya, dalam hal begini, Daud John paling senang. Hanya bawak diri setiap kali berjamming dan perform. Tapi mereka tak pernah menafikan apa-apa dari Daud John. Daud John kepala mereka. Dialah buat lagu, dialah book studio, dialah mencari slot gig dan banyaklah dari Daud John.

Mereka menghampiri pintu besi Studio Bade dan Pushman membuka lock. Mereka menaiki tangga sehingga tingkat tiga. Manalah ada penat. Dengan jiwa merocking bercampur Punk attitude yang sebati dalam jiwa, tingkat enam pun tak kisah.

Sampai saja pintu kaca yang tertera sign tulisan tangan Studio Bade, mereka menanggal selipar dan masuk kedalam.

"Korang memang mantap!" Bade memuji mereka datang betul-betul pada masa yang ditempah. Cicak menumbuk-numbuk dada.

"Kitorang masuk terus, Bade." Daud John menunding studio paling hujung. Paling kecik dan paling murah.

Bade di kerusi depan TV memberi simbol okay. Daud John, Cicak, Vovo dan Pushman terus menuju studio C.

Pushman pergi ke drum. Membetulkan kerusi. Tune sedikit snare. Dan selaraskan crash. Cicak pulak banyak yang perlu di-setup. Dia pakai tiga pedal. Vovo cucuk cable bass guitar dan tune dan senyum seorang diri.

Sambil Daud John bermain di mixer selaraskan bunyian mic, dia bersuara kepada kumpulannya.

"Aku dah decide nama band."

Vovo dan Pushman memandang Daud John. Cicak pasang telinga saja mungkin. Dia masih ralit bermain tone di pedal kegemaran yang menghasilkan bunyian keras pemuas gegendang telinga.

"Nak tau tak?" Sambung Daud John.

"Kejap. Sebelum tu kasi kitorang kenalkan dulu backup name." Kata Vovo. "Incase nama yang kau cadang kurang memuaskan." Sambungnya lagi menerangkan rancangan Cicak.

"Haa, betul. Standby je nama ni." Cicak menyokong.

"Apa dia?"

"Kami amik nama binatang."

Daud John menanti.

"The Black Berudu" Kata Vovo sambil mendepa tangan.

Cicak mengerut kening dan mendongak kepala memandang Vovo. "Aik tadi lain."

"The Parut Berudu la." Celah Pushman.

"Bukan. Berud Berud Berud." Kata Vovo. Dia dah tak ingat.

Hampir 15 nama diberi, dicanggah, diberi dan dicanggah. Daud John menengok saja mereka dengan nama-nama yang disebut dengan pelbagai stail bahasa. Nampak gaya mereka influenced keras dari seekor berudu.

Mereka sepertinya belum kehausan. Pushman masih mencuba nasib. Walhal dia tak amik port dengan nama yang disebut Vovo bawah studio tadi. Jadi dia terus menerus menghentam. Vovo juga buat benda yang sama.

"Berudus Rudus," Cicak yakin habis nama tu.

"Bukan!" Bantah Pushman. Cicak sambung fikir.

"Berudu Regu" Sambung Pushman.

"Dah dah."

Vovo, Cicak dan Pushman berhenti. "Aku punya je la." Sambung Daud John.

Mereka angguk-angguk. Malas dah membuang masa mengingat balik nama band, baik diterima saja nama yang dah dicipta Daud John. Daud John punya idea memang mantap-mantap.

"Nama apa?" Cicak tak sabar.

Daud John menaikkan volume mikrofon.

"Single Lady & The Plumber."

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now