Geng Ngeteh Ni Lebih-Lebih

66 5 0
                                    

Bahari Pomen hari ni lewat bersarapan dengan geng dia di kedai makan Mustafa Dol. Sebaik saja parking motor, dia menapak dulu ke kedai runcit Ramu. Sempat mengangkat tangan kepada Geng Ngeteh yang dah berada di meja biasa.

Abun Soya mendepa tangannya. Hari ni banyak benda nak dibincang. Dia tak suka ahlinya tak cukup.

Sebaik saja melangkah ke dalam, Bahari Pomen sempat menjeling ke belakang. Dia perasaan satu Proton X50 merah sedang masuk kawasan parking betul-betul depan kedai runcit Ramu.

"Macam kenal.." Getus hatinya.

Bahari Pomen harap sangkaannya salah. Namun, dia kena bergegas juga memesan rokok dekat Ramu.

"Ramu. Rokok satu!"

Ramu yang tengah buat kira-kira pada kalkulator dan mencatat nombor di sebuah buku, terkejut dengan Bahari Pomen.

"Rokok apa?"

"Ayoo.. macam biasa la." Bahari Pomen mengeluh sambil menadah tangan.

Ramu pusing kebelakang membuka rak rokok. Dia membelek lama.

"Dey cepat la." Arah Bahari Pomen sambil menjenguk-jenguk di luar.

Ramu menjadi sangat blur hari ni. Mungkin kerana kira-kira tadi membuat otaknya tak aktif. Dah lupa mana Dunhill. Takut tersusun belakang jenama rokok lain.

Bahari Pomen dah mengetap gigi. Kalau dia tau bahasa Tamil, dia dah sebut 'fakh' dalam bahasa tamil.  Binatang-binatang kasar pun sebut dalam bahasa Tamil.

Bahari Pomen sekali lagi menjenguk ke luar. Seorang wanita keluar dari kereta tadi.

"Arggghhhh.." Jerit hati Bahari Pomen.

Ramu kembali kepada Bahari Pomen bersama sekotak Dunhill. Bahari merampas terus dari tangan.

"Macam biasa!" Sebut Bahari Pomen sambil bergegas ke rak belakang.

Ramu geleng kepala. Tambah satu lagi senarai. Dia mencatat terus nama Bahari Pomen di bukunya tadi. Nama dia sangat banyak. Nama Geng Ngeteh yang lain pun sama.

Bahari Pomen sampai di belakang rak tin-tin sardin dan berdiam di situ. Dia tau dah tak sempat nak keluar dari kedai Ramu. Lebih baik menyorok.

Pengetua Maimoon masuk ke dalam. Sempat memberi senyum kepada Ramu dan dia mengambil beberapa barang berdekatan kaunter.

Bahari Pomen mengintai dengan berhati-hati. Harap Pengetua Maimoon tak terfikir nak membeli sardin tiba-tiba. Pagi-pagi macam ni nak buat apa dengan sardin.

Pengetua Maimoon meletak beberapa barang di kaunter. Ramu terus mencapai plastik oren.

"Ini saja ya?" Tanya Ramu.

"Ya. Ini saja Ramu." Jawab Pengetua Maimoon.

Ramu ambil satu persatu barang dan meletak baik-baik ke dalam plastik. Kalkulator diambil dan dia buat kira-kira.

"Kejap.." tahan Pengetua Maimoon.

Ramu berhenti dan melihat Pengetua Maimoon.

"Sardin kat mana?"

Bahari Pomen menjerit besar dalam hati. Dia lari kebelakang membuat pusingan U-turn di penghujung rak.

"Cikgu terus ke rak ketiga." Balas Ramu sambil memberi pandu arah kepada Pengetua Maimoon.

Pengetua Maimoon menapak ke rak tiga. Sampai saja kelihatan macam-macam jenis sardin. Pengetua Maimoon tersenyum. Banyak pilihan macam ini memang dia suka. Sardin perlu dibeli terus. Nanti habis sekolah tak payah singgah mana-mana dah.

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now