Pushman dan Vovo duduk di katil menonton Cicak bermain gitar sambil menyanyi ringkas lagu baru.
Habis saja dengan outro, Cicak mengangkat kepala dari posisi penghayatan dan melihat kawannya.
"Amacam?" Tanya Cicak.
Pushman dan Vovo masih blur. Masing-masing seperti malu nak bernafas.
"Woi!" Jerkah Cicak.
"Haa.. haa.. okay.. okay. Kot.." Jawab Vovo.
"Serius la.. Okay tak okay?"
"Okay ah tu.."
"Macam tak okay je korang?"
"Kitorang okay.. kau okay?" Pushman tanya balik Cicak.
"Aku pulak dah. Aku tanya korang.." Jawab Cicak.
Pushman dan Vovo berdiam.
"Lagu balada macam ni mesti senang menang punya.." Cicak meyakinkan kawan-kawannya. "Bridges dengan Chorus ni aku buat catchy habis. Lirik mudah. Orang mesti sing-along punya. Bila persembahan kita hype, juri bagi markah lebih.."
"Apa kata kita tunggu apa kata pakar.." Cadang Vovo sambil menunding ke luar.
Bunyi Skuter datang.
Selepas parking dan matikan enjin, Daud John merangkul plastik merah di raga.
"Kum.." Daud John masuk ikut tingkap.
"Lam.." Jawab mereka bertiga.
Daud John letak pisang goreng dan keropok lekor di tengah kedudukan kawan-kawannya.
"Haih.. aneh kedudukan korang ni?" Tanya Daud John sambil melihat kiri kanan. "Ada apa-apa ke?"
"Ada.." Balas Pushman.
Daud John melihat Pushman. Vovo kelihatan diam di situ.
"Apa dia?"
Pushman menjuir bibirnya ke Cicak. Daud John menoleh.
Cicak angguk dan dia tahu itu hint untuk dia mempersembahan sesuatu. Dia mula plucking kord Aminor.
"Cinta ini perit ditusuk mu.."
Daud John amik dua tiga keropok lekor dan bangkit untuk beredar.
Pushman dan Vovo tak sempat tengok air muka. Dah tau perkara begini menyentuh prinsip Daud John.
Sewaktu bertenggek di tingkap, Daud John sempat berpaling ke kawan-kawannya.
"Berapa kali aku cakap.. kita takleh putus asa.. Tak ngam macam mana pun lagu kita dekat telinga orang, kita jangan sekali putus asa." Kata Daud John. Nada kecewa namun tegas. "Satu hari nanti orang terima jugak.. sebab dah biasa dengar.. Mula-mula memang la kena gelak.."
"Lagu ni usaha untuk menang BOTB ni. Catchy. Mungkin tak kena gelak dah." Balas Cicak.
"Betul tu Daud.." Sokong Pushman. Daud John serta-merta menjeling. "Masih berbekas ni kejadian pertandingan futsal.." Pushman mengusap ke dada.
"Hal tu baru berapa bulan.. nanti lama-lama orang lupa la." Balas Daud John.
"Orang lain boleh lagi la nak ignore.. Geng Ngeteh tu.." Kata Vovo.
"Kenapa diorang?" Tanya Daud John.
"Kitorang baru je gaduh.."
"Gaduh? Diorang buat apa?"
"Macam biasa la.. Nampak muka kita mesti nganjing.." Jawab Pushman. "Vovo takda time tu. Aku dengan Cicak je.."
Daud John mengurut dahi walaupun kangkang yang kebas lama bertenggek kat tingkap.
"Korang rileks je dulu.." Daud John menenangkan kumpulannya. "Jangan cepat koyak.. Selagi tak buat benda salah, kita still kat jalan betul.."
Daud John menyuap keropok lekor last dan melompat keluar menuju ke skuter.
"Daud! Lagu ni?" Cicak mengangkat kertas.
Daud John menghela nafas sambil menghidupkan enjin motor. "Nanti la aku fikir.." Jawab Daud John. "Mungkin tak kot.. tapi taktau la.. tengok dulu.. Rasanya takkan."
Daud John berlalu pergi.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.