Di bilik guru, Suzy berada di mejanya membuka Google di komputer riba. Filem Over The Edge ditaip. Terpampang poster filem dan beberapa keratan babak dalam filem tersebut. Suzy mengeluh. Ingatkan filem yang penuh motivasi sangat. Malah penuh dengan keganasan dan vandalism para pelajar pada sekolahnya.
Suzy padam. Komputer ribanya ditutup. Terlihat wajah Khalid senyum-senyum di depan. Suzy terus hilang mood.
Khalid bangkit dan menapak ke meja Suzy. Kerusi di meja kosong sebelah ditarik dan duduk bersama Suzy.
"Festival Muzik tak lama dah.." Khalid membukan bicara.
"Ya.." Balas Suzy.
"Ada Baby Shima tau."
"Okay."
"Famous tu.." Sambung Khalid lagi.
Suzy buat-buat busy dengan telefon. Nak buka balik komputer riba tak best dah sebab baru tutup.
"Baby Shima kita buat last-last. Biar persembahan biasa-biasa yang start dulu. Main lagu akustik, lagu cover, puisi pun ada, menari-nari pun ada." Jelas Khalid. "Nanti kita menari ea?" Kata Khalid sambil menyeringai.
Suzy sengih sikit saja dan sambung memicit telefon.
"Geng pengawas ada buat persembahan jugak. Diorang la main akustik main lagu cover. So.."
Suzy beralih pandangannya ke Khalid. Apa benda nak dicakap tu. Sengaja biar tergantung nak ambil perhatiannya.
"So.. ada request?" Sambung Khalid. "Nak lagu apa diorang bawak?"
Anak mata Suzy ke atas sikit sebelum kembali ke telefon. Takda apa yang hebat-hebat pun selepas berjaya ambil perhatian. Malah masih ke agenda yang sama.
"Lagu apa-apa je.." Jawab Suzy. Dibiar gantung bukan cara dia.
"Alaa.. saya tau awak mesti ada punya lagu awak nak.."
"Takda.."
"Cakap je."
"Takda la. Bawak je lagu apa-apa. Okay je.""Kalau macam tu saya pilih dari spotify awak ni." Kata Khalid sambil rampas telefon Suzy.
"Hey!" Suzy cuba mengambil semula telefonnya. Khalid berjaya menepis.
"Haa jumpa.. playlist favourite.."
"Bagi sini!" Arah Suzy.
"Sekejap.. jap.. haa okay." Khalid bagi semula telefon kepada Suzy.
Suzy merampas telefonnya semula. Mendengus kuat.
"Saya terer menghafal tau." Kata Khalid dalam nada bangga. "Saya arah diorang main lagu Arctic Monkey, The Strokes, Lana Del Rey dan Adele ya nanti." Sambungnya.
Suzy buat tak dengar. Sambung memicit telefon. Telefon dipegang lebih ketat kali ni.
Kebanyakan lagu hit dari empat artis itu, mudah untuk Khalid menghafal tak perlu menulis ke kertas. Memandangkan mereka setia, Farhim Jr dan kumpulannya perlu bermain lagu ni nanti.
"Saya nak cakap something.." Kata Khalid, dia mendekatkan sedikit dirinya ke Suzy.
"Awak nak dengar tak ni?" Khalid gegarkan meja.
"Ya ya.. apa dia?"
"Ready ke?"
"Cakap je la."
"Saya suka awak Suzy." Luah Khalid. "Saya suka citarasa muzik awak. Gaya awak. Balance ada lemah lembut ada tegasnya." Sambungnya bernada lembut.
Suzy terus bangkit. Dia ambil beg tangan dan kunci keretanya.
"Suzy.. kejap! Kejap!" Khalid cuba menahan.
Suzy tak endahkan Khalid dan terus menuju pintu keluar.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.