Dikaunseling

69 4 5
                                    

Suzy menyiapkan lebihan kerja yang ada di atas mejanya. Selepas tu dia mengemas sedikit. Hari ini seorang murid akan bertemu dengannya untuk sesi kaunseling. Datang bukan secara rela tapi diarah Cikgu Disiplin. Terkantoi masa memanjat pagar sekolah pagi tadi. Selalunya murid yang ditangkap ni kebanyakkannya keras kepala. Tak dengar kata malah biadap. Suzy kena bersedia.

Suzy siapkan tempat duduk di depan. Air mineral kecil diambil dua botol dari kotak yang dah terbuka.

Pintu biliknya diketuk.

"Masuk." Jerit Suzy sambil berdiri kemas menanti murid itu.

Seorang murid menolak pintu dan perlahan melangkah ke dalam. Berambut botak, pakaian agak selekeh dan memakai beg londeh penuh dengan patches dijahit sendiri. Suzy kurang berkenan betul gaya begini dibawa ke sekolah.

"Kenapa ni hincut-hincut?" Soal Suzy melihat murid berambut botak sukar nak berjalan elok.

"Jatuh."

"Bila?"

"Minggu lepas."

Suzy menyuruh murid itu ambil tempat di depan. Kemudian dia ke mejanya mengambil sebuah fail dan kembali semula ke depan. Suzy ambil tempat di depan murid itu.

"Kamu tau kan kenapa kena datang sini?" Soal Suzy sambil membuka fail.

Murid itu mengangguk.

"Nama?"

"Mustakim."

Suzy terus membelek fail yang terpampang nama Mustakim di halaman pertama.

Suzy kumpul dulu segala info yang ada. Latar belakang keluarganya, umur, berat, tinggi dan lain-lain. Cara itu baru dapat tahu apakah yang mengganggu dalam kepala seorang murid sekolah menengah ini.

"Boleh bagitau cikgu kenapa hari ni kamu nak ponteng sekolah?"

Mustakim diam.

Tiada emosi di wajah. Tiada apa nak diluah. Cuma berwajah kosong mengharap sesi kaunseling habis dengan cepat.

Suzy mendengus. "Cikgu nak bantu kamu. Bukannya nak menghukum macam cikgu disiplin kamu tu." Jelas Suzy sambil selitkan gurauan. Dia guna cara sempoi begini bagi muridnya berasa selesa dan selamat.

Mustakim kelihatan tersenyum sedikit. Tapi tidak berperasaan masih ada di mukanya.

"Takpa. Cikgu akan tunggu. kita ada banyak masa." Suzy menyandar di kerusi sambil merenung Mustakim.

Mustakim takdalah seorang yang suka memendam perasan. Dia okay saja. Cuma kalau dia luahkan pun tak semua orang boleh faham.

"Ingat ya. Cikgu ni cikgu kaunseling. Cikgu faham semua murid cikgu."

Mustakim menarik nafas panjang dan menghembus perlahan-lahan. Untuk Cikgu Suzy dia boleh kasi kerjasama. Lagipun Cikgu Suzy tak tergolong dalam cikgu annoying.

"Saya bosan cikgu."

Suzy mengangguk-angguk.

"Bosan nak bersekolah. Takda apa yang saya suka kat sekolah ni."

"Kamu kena buli ke?"

"Tak. Takda masalah pasal tu."

"Jadi apa masalah sebenar?"

"Entah.. bosan la."

"Mak ayah macam mana pulak. Tak marah ke kamu tak minat nak bersekolah."

Mustakim terdiam.

"Ada masalah dengan family?"

"Tak.. ada.."

Suzy senyum dan memberi perhatian sepenuhnya kepada Mustakim.

"Bagitau je cikgu," Pinta Suzy.

"Ayah saya marah kalau tak gi sekolah ni." Luah Mustakim. "Dia tau marah je. Tapi tak amik tau pasal saya."

"Maksudnya ayah kamu tak amik tau minat kamu?"

Mustakim mengangguk. Suzy menulis di fail.

"Apa minat kamu?"

Mustakim tiba-tiba tersentak dan terasa segan. Beg sekolahnya digentel-gentel.

Suzy melihat beg yang penuh patches berlogo rock band.


Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now