Di dalam bilik persediaan.
"Dengar tak puisi murid perempuan tadi?" Tanya Suzy.
"Hmm.. Mana satu? Dengar.." Jawab Daud John.
"Puisi dia pasal apa?" Suzy tersenyum-senyum.
"Pasal.. Hmm.. Pasal anarki.."
"Haihh.." Keluh Suzy.
"Salah ke?"
"Daud.. Aku tak sedap dah ni. Taktau main pukul berapa.." Kata Pushman sebaik melangkah masuk bilik persediaan. Cicak juga ikut masuk. Dua-dua berwajah muram.
"Apa nama Mamat tu? Dia buat-buat tak nampak je aku dengan P.." Cicak juga meluah perasaan.
"Asal? Mana logik tak inform masa.." Daud John beredar dari sisi Suzy.
"Ya. Dua kali aku suruh budak pengawas tu tanya.."
"Bukan setakat pengawas, murid biasa pun kitorang kirim tanya."
"Lepastu?"
"Hilang.. Gampang betul kena scam.."
"Budak rambut botak tu ke? Muka lasak tu?"
Pushman dan Cicak angguk.
"Tu murid awak kan Su?" Toleh Daud John ke arah kedudukan Suzy tadi.
"Ya?" Balas Suzy 'lost' sebab tak sertai perbualaan mereka.
"Budak sekolah masuk dengan awak tadi.."
"Aah.. Mustakim.." Balas Suzy.
"Nama tak kena muka.." Cicak mengeluh sambil mencekak pinggang.
"Kenapa dengan Mustakim?" Suzy merapat ke perbincangan berdiri rapat dengan Daud John.
"Minta dia suruh tanya cikgu dia tu pasal slot kitorang.." Jelas Pushman. "Lepastu tak datang balik dah.."
"Aku rasa dia nampak Baby Shima tu.." Daud John sempat bergurau.
"Mustakim tu murid problem. Tak semua Cikgu suka dia." Jelas Suzy. "Kalau korang suruh dia tanya pun cikgu tu buat taktau je la."
"Hmm.. Patut la." Keluh Cicak.
"Ehh tapi dia tak macam yang korang fikir. Dia suka band korang. Saya yakin dia mesti tolong korang tu.." Kata Suzy dengan kata semangat.
Mereka angguk kepala dan sejuk hati sedikit mendengarnya. Daud John sejuk banyak.
"Mana Vovo eak?" Tanya Daud John sambil perhati sekeliling bilik persediaan yang kecoh dengan persediaan.
Di dalam sebuah bilik yang pencil dan jauh dari keriuhan festival, Vovo duduk mengajar muzik bersama empat hingga lima orang pengawas. Masing-masing ralit melihat Vovo belanja skill tampar gitar bass.
"Haa gini.. macam gini.. lepastu gini. Takleh beriya sangat.. Nanti hilang fokus jari.. lepastu gini.." Vovo mengajar sambil memberi demo. Bunyi berdesing-desing telinga budak-budak pengawas.
"Kau bawak kunci solex tu tak?" Bisik salah seorang pengawas ke cuping telinga rakannya.
Dia angguk-angguk. Kemudian pengawas tadi bagi isyarat dekat semua.
"Orait bang.. Bang tunggu jap eak.. Cikgu kitorang panggil. Japgi kitorang datang balik."
"Haa.. okay.. okay.." Sahut Vovo. "Kau jangan lupa bayar.. Kau sorang je tak bayar lagi RM5."
"Orait bang.."
"Aku sebenar boleh je ajar free. Korang je nak bayar.."Ketawa Vovo sambil melihat budak-budak pengawas beredar cepat-cepat.
Selepas semua keluar, Pintu ditutup. Vovo terkerut dahi. Kedengaran kunci dari luar.
"Hmm.. Bergurau.." Vovo sambung main bass.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.