Undur Diri

17 2 0
                                    

Vovo, Mustakim dan kawan Mustakim berlari anak menuju ke tapak Festival Muzik Sekolah. Vovo kelihatan mengah kerana perlu membimbit gitar bass. Tapi kawan Mustakim lagi mencabar. Bawak pasu bunga.

Masih sempat ni kalau diikutkan. Hampir 200 meter juga jarak mereka kena kurung. Paling teruk pun ngam-ngam. Namun, Vovo tetap runsing.

Telefon bimbitnya dibawa keluar. Waktu dah tunjuk hampir jam 3pm.

Ring! Ringg! Ringg!!

Satu panggilan masuk. Panggilan dari Pushman.

"Kau kat mana?" Tanya Pushman.

"Aku otw bilik tadi.."

"Takyah la.." Balas Pushman. "Kita cancel festival ni.."

"Asal?"

"Tau la.. Pihak sekolah sidai kita. Malas nak gaduh-gaduh. Better keluar cepat kang terlepas Battle of the Band.." Jelas Pushman nadanya rendah, dalam dan heavy.

"Barang-barang aku?" Tanya Vovo.

"Ada.. ada.. aku bawak ni. Jumpa kat pintu sekolah.." Kata Pushman.

Mereka mematikan perbualan. Vovo dah berselirat dalam kepalanya. Dikurung seperti hamba. Manakala kawan-kawan dilayan buruk oleh pihak sekolah.

"Eh? Abang ada telefon? Kenapa tak call je tadi?" Tanya Mustakim. Bingung.

"Takda kredit.." Jawab Vovo sambil menambah kelajuan larian.

Tak lama selepas itu, kelihatan dua sosok yang dikenali. Kelihatan Pushman dan Cicak berjalan menuju ke pagar sekolah. Membawa barang-barang mereka.

"Woi!" Teriak Vovo kepada kawan-kawannya.

"Wei.. Kau pergi mana?" Tanya Cicak. Vovo semakin mendekati.

"Ehh tu budak tadi tu" Pushman mengecam Mustakim.

Vovo sampai dan mengambil nafas. Sama juga dengan Mustakim dan kawannya.

"Kau gi mana kitorang suruh tanya cikgu kau kan.." Soal Cicak kepada Mustakim.

"Panjang cerita bang.." Jawab Mustakim.

"Kerat bagi tinggal suku.." Celah Pushman.

"Cikgu Khalid tu nak khianat abang-abang semua.."

"Haa??"

"Dia jeles dengan abang Daud. Cikgu Suzy kan dengan abang Daud.."

"Kitorang ni tak amik tau sangat hal personal hal cinta-cinta orang.." Kata Cicak. "Suzy tu yang cikgu perempuan tadi tu la kan?"

"Haa yaa.."

"Apa benda ni.." Pushman garu kepala. "Kira berjaya ah ni Cikgu Khalid game Daud?"

"Aah.."

"Macam drama TV pulak.." Cicak ikut mengeluh.

"Mana ada. Drama TV mana ada watak rok-rok macam kita ni.." Celah Vovo.

Kelihatan sekumpulan pengawas mengambil jalan sempit celahan belakang bangunan. Agak mencurigakan. Mustakim dan kawannya perasan sebab itu jalan mereka setiap kali nak keluar ponteng sekolah.

Mustakim pandang kawannya. Kawannya pandang Mustakim. Tapi gigil.

"Bang saya nampak geng pengawas kat situ bang.." Mustakim tunjuk ke arah celahan bangunan kepada Vovo.

"Haa kenapa?"

"Jom kita ajar dia.." Pinta Mustakim semangat.

"Haih.. Aku tak larat dah ni.." Kata Vovo. "Kau gi la bantai dia.. Kasar betul bergurau.." Sambungnya.

"Asal korang?" Pushman turut ikut melihat.

"Nanti la aku cerita.." Balas Vovo.

"Bang goodluck Battle of the Band bang.. Kitorang akan balas dendam bagi pihak Single Lady & The Plumber.." Kata Mustakim.

Terharu Vovo, Pushman dan Cicak mendengar. Mereka pun saling bersalaman dalam keadaan tergesa-gesa.

"Dah.. Kau panas enjin dulu lah.." Arah Cicak kepada Vovo.

Mereka kini melangkah keluar kawasan sekolah dalam penuh hiba. Mereka memutuskan tidak bicara secara berat kisah sedang terjadi ini. Belum masanya lagi untuk dikupas. Yang penting urusan hari ini jalan terus tanpa sebarang masalah lagi yang menimpa.

"Fakh!!" Teriak Vovo.

Dari jauh dah nampak keadaan menyedihkan van putih Pak Ibrahim. Keempat-empat tayar dipancitkan.

Pushman dan Cicak turut berduka. Masing-masing memegang dahi mengenang apa dosa yang dibuat hari ni, semalam, kelmarin dan beberapa minggu yang lepas.

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now