Mustafa Dol duduk di meja kecil yang dia jadikan kaunter bayar. Kaunter betul didalam kedai dia malas pakai. Habis dah dibuat tempat simpan stok minuman tin, minuman botol, tisu, pencungkil gigi dan seangkatannya.
Jam lagi setengah jam pukul 12 tengah hari. Waktu dia tutup dan mula mengemas dan dua pekerjanya menjalankan pembersihan sebelum balik.
Dan waktu beginilah Mustafa Dol terasa leceh. Melihat empat lelaki dewasa 40an dimeja luar belum beredar. Hari-hari mereka bersarapan di kedai Mustafa Dol. Dan hari-hari jugalah Mustafa Dol kena inform mereka untuk berambus.
Orang kawasan perumahan disitu bukan tak kenal geng ngeteh ni. Bahari Pomen, Abun Soya, Basri Gas dan Ilyas. Masing-masing dah berkahwin dan mempunyai anak.
"Driver YB kawasan kita ni 'eksyen' je lebih," Kata Bahari Pomen. "Masa aku dah siapkan kereta YB. Terima kasih pun tidak." Sambungnya.
"Uish. Padehal drebar je yek," Sokong Abun Soya.
"Dia bayar aku lepastu terus blah. Siap 'keep the change'. Balance berapa la sangat. Tiga hinggit je."
Basri Gas dan Ilyas gelak-gelak.
"Itu la orang kita ni. Ada pangkat terus tinggi diri. Kerja dengan orang ada pangkat je pun nak tinggi diri." Tambah Bahari Pomen sambil menyisip teh tarik separuh. Meja memang penuh dengan gelas. Kira-kira dalam sepuluh macam tu. Bahari Pomen 2, Abun Soya 3, Basri Gas 2 dan Ilyas 3. Mungkin jugak Bahari Pomen 3, Abun Soya 3, Basri Gas 2 dan Ilyas 2. Tak mustahil pulak, Bahari Pomen 3, Abun Soya 2, Basri Gas 2, Ilyas 2 dan 1 gelas lagi Abun Soya kongsi dengan Basri Gas.
Mustafa Dol dah cakap awal-awal dekat pekerja dia. Jangan angkat gelas-gelas di meja geng ngeteh. Biar penuh sampai mereka berasa rimas dan mula terfikir untuk beredar.
Mustafa Dol akan okay kalau geng ngeteh menjamu banyak menu berat sarapan pagi dia. Nasi dagang, nasi lemak, nasi kerabu dan beraneka mi. Untung pun banyak. Untung dari minuman saja tak berbaloi dari mereka yang melepak dari jam lapan sampai tengah hari gini. Yang diambil hanya kuih muih orang luar tumpang di kedai Mustafa Dol. Tu yang bengang tu.
Daud John sampai dikawasan parking rumahnya. Menempatkan skuter di parking betul-betul tengah antara motor lain.
"Ahh Fakh!" Daud John menongkat skuter dan menggelabah turun dan bersembunyi.
Dah dekat tengah hari tak sangka Geng Ngeteh masih di kedai Mustafa Dol. Kalau tau dia melewat-lewatkan masa di Speedmart tadi.
Daud John mencangkung sambil mendiamkan diri dan mengintai di celahan bakul skuter. Apa Geng Ngeteh perasan atau tidak.
Pertama, Mustafa Dol dilihat dengan wajah tak senang. Daud John berpaling ke Geng Ngeteh pula. Masih berbual rancak. Pandai juga mereka ni mengambil meja betul-betul selindung dari matahari.
Daud John kembali ke Mustafa Dol. Dia terlihat bangkit dari kerusi. Dari gayanya seperti mahu menuju ke meja Geng Ngeteh.
Daud John angguk-angguk. Ini sudah bagus.
Mustafa Dol sampai dan sepertinya sedang membebel. Geng Ngeteh bangkit dari kerusi masing-masing. Mereka mengeluarkan duit seperti yang diminta Mustafa Dol. Daud John tersengih-sengih. Sudah tua bangka masih tak faham-faham operasi kedai Mustafa Dol. Nasib baik takda masalah duit dan meminta Mustafa Dol bayaran secara hutang setiap hari mengeteh. Kalau itu terjadi, Mustafa Dol mungkin tak lagi inform dengan tangan kosong. Paling tidak ada kapak mini digenggaman.
Kedudukan cangkung Daud John terasa tak selesa. Terasa sempit. Terasa rimas.
Dia berpaling melihat motor dibelakangnya.
"Fakh! Fakh! Fakh! Fakh!" Daud John menyebut 'fakh' tak henti-henti. Carutan itu ialah untuk kecuaiannya. Tak perasan pula motor Geng Ngeteh parking disini. Selalu tak parking kat sini. Selalu kat sana.
Geng Ngeteh mula beredar dari meja.
Daud John bernafas laju. Sepertinya mereka tidak melencong ke lain langsung. Ke kedai Ramu ke. Patah balik pinjam tandas Mustafa Dol ke. Itu semua tak terjadi. Mereka semakin menghampiri parking.
Dan terlihat Abun Soya memandang Daud John tepat.
"Fakhhhhhh...." Daud John meneran suaranya.
Bukan hari ni. Bukan hari ini untuk terserempak Geng Ngeteh. Hari ini hari yang indah. Hari offday. Hari yang tak patut mood dicarik-carik.
Poket terus diseluk. Daud John mendapatkan telefon bimbit.
"Ehh Daud?" Abun Soya menegur.
"Kau dari mana?" Sapa Bahari Pomen pula.
Daud John hanya senyum-senyum.
"Haa takpa.. iya.. nanti aku mai rumah.. jangan risau.. tu hal kecik je." Daud John dalam perbualan di telefon.
Abun Soya dan Bahari Pomen berwajah kosong.
Kerana malas menunggu respon, mereka mengambil motor masing-masing. Daud John masih ditelefon dan berpura-pura mengelap kotoran di skuter menampakkan real betul perbualan di telefon tu.
Geng Ngeteh beredar dan semakin menghilang selepas simpang tiga didepan. Daud John melepaskan telefon dari telinga.
"Yeahh!" Dia mendongak ke langit. Emergency trick ni menjadi rupanya.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.