Merocking paling Epik

43 3 0
                                    

Muzik berkumandang kuat dan pantas. Bunyi yang sangat seimbang dari tiga instrument itu membuat Bade alih pandangannya dari TV dan memandang pintu bilik C. Ketukan Pushman sangat pantas dan kemas. Tone gitar Cicak pula keras dan berat membuat bunyian bass Vovo sebati bersama.

"Gila babi!" Getus hati Bade. Dia berasa aura di seluruh tubuhnya walaupun hanya duduk diluar. Entah apa yang merasuk mereka berempat ni. Bade terus headbanging perlahan seorang diri.

Di dalam bilik C. Daud mula menggenggam kuat mikrofon.

"Its not the truth I see,"

"It's just a mockery" 

"Don't need to waste my time"

"You know I've really tried"

"You take and never give"

"Make it so hard to live"

"I'm hanging on a ledge"

"Push me over the edge" Cicak dan Vovo berkongsi mikrofon melaungkan lirik barisan akhir. "

Di rumah Daud John.

Daud John menyandar kepenatan di hadapan TV. Dia meneguk air botol sejuk di tangannya dan mendongak ke siling mengambil oksigen.

"lain macam betul merocking hari ni." Getus Daud John tersengih-sengih. Dia pun pening mula-mula kenapa Single Lady & The Plumber lain macam di bawah studio tadi. Muka macam dah setahun tak jamming. Macam kera.

Sebaik saja Vovo beritahu pasal ayah dia tak terima idea Battle of the Band, Daud John berasa hampa dan semakin keliru apakah berita hodoh ini buat mereka gembira. 

Rupanya mereka sepakat untuk all-out sepertimana mereka all-out semasa perform di Gig. Daud John mula memahami apa yang tersirat dalam semangat secara tiba-tiba itu. Lagu Wipers tu lagu cover pertama mereka.

"Barai betul malam ni." Tegur Fuaddin sambil menjeling Daud John dari workplace.

Daud John ketawa kecil. "Malam ni luar biasa!" Jawabnya.

"Apa? Futsal?"

"Jamming la. Futsal apanya."

Fuaddin memberi senyum saja dan kembali menaip di komputer. Daud John menjeling.

"Band aku terer gila malam ni." Daud John masih dalam perbualan. 

Fuaddin berhenti menaip dan menonton sebuah movie yang dibuka.

"Rasa macam gig. Haishh dah lama tak perform ni."

Fuaddin tak berkelip dan fokus pada komputer riba.

Kedengaran bunyi TV dan movie dari komputer riba Fuaddin saja selepas Daud John dah tak bersuara. Mana senang jiwanya meneruskan perbualan bila rakan serumahnya tak kasi tindak balas.

"Fuad, band aku suka nama Single lady & The Plumber." Daud John berpusing ke Fuaddin.

Fuaddin teruja. "Yek?"

"Ye ah. Nama stail. Mana dapat idea nama tu?" Soal Daud John

"Haa kebetulan. Dari movie ni la." Fuaddin memusing komputer ribanya.

Sepantas petir, Daud John menolak semula komputer riba Fuaddin dan kembali ke TV.


Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now