Single Lady & The Plumber masing-masing dengan barang sendiri. Berdiri lemah longlai dengan keputusan muktamad yang diberi Pak Ibrahim. Akram turut bersimpati. Kerana takda apa dah boleh dibantu.
"Dah kira markah Vovo.." Jelas Pak Ibrahim. "Takkan bapak nak suruh dia stop mengira? Dah terlambat dah.." Sambungya.
Pak Ibrahim juga tak mampu membuat apa-apa. Walaupun ketua penganjur dia tak boleh buat sebarang perubahan drastik. Itu menjejaskan kredibilitinya di kemudian hari.
"Cakap la diorang satu band je.. Bapak penganjur kan diorang mesti terima.." Pujuk Vovo lagi.
"Tak boleh Vovo. Orang akan cakap berat sebelah. Silap nanti tahun depan dah taknak buat dah BOTB." Jelas Pak Ibrahim.
Yang lain angguk-angguk setuju walaupun pahit nak di-'swallow'.
"Bapak pun taknak jadi macam ni.. Tapi tu la takleh buat apa.." Sambung Pak Ibrahim lagi.
Daud John tak bercakap apa-apa. Dia tau sensitiviti anjuran jika membuat perubahan drastik begini. Tak manis. Tak sedap fikiran orang.
"Takpa la.. Next year ada lagi.. Aku akan pastikan kita akan ada Battle of the Band lagi tahun depan." Ucap Akram memberi semangat.
"Terima kasih, Akram.." Pushman menghulur tangan.
Mereka saling bersalaman dan beredar. Kembali ke van bapak Mustakim.
Mustakim ikut kecewa. Dah beri yang terbaik untuk kumpulan muzik lokal kegemaran.
Mereka menuju ke van.
"Budak.. Apa nama kau? Lupa.." Tanya Daud John.
"Panggil Mus je bang.."
"Mantap.. nama pun Rock.." Puji Daud John. "Aku nak ucap terima kasih kat kau dengan kawan-kawan. Banyak betul bantu kitorang.."
"Tapi tak berhasil bang.."
"Takpalah.."
Sampai di parking, mereka saling meletak barang-barang dalam van. Cadangnya nak lepak dulu layan suasana kat sini. Tapi memandangkan van perlu dibaiki mereka beredar terus.
"Assalamualaikum.."
Seseorang menegur dan memberi salam kepada Daud John dan kawan-kawan.
"Eh.. Encik Yad.." Daud John membulat matanya. Sekali lagi berhadapan dengan figura mustahak.
"Korang ni band anak Encik Ibrahim kan?" Tanya Encik Yad. "Single Lady & The Plumber betul?"
"Betul Encik Yad betul.." Jawab Daud John. Tergamam figura mustahak dapat menyebut nama kumpulan muzik dengan tepat tanpa gagap.
"Asal tak main tadi?"
"Lewat dah.. Takleh buat apa.."
"Sayang la gitu.. Tapi takpa tahun depan buat lagi.." Kata Encik Yad. Beliau agak santai. Mungkin suasana sini memberi ketenangan dan mudah untuk dia berinteraksi dengan orang.
"Saya ada plan dengan Akram. Kena mengena dengan muzik jugak.." Kata Encik Yad.
"Plan apa tu?"
"Gig.. Gig dekat sini."
Daud John dan kawan-kawannya membulat mata. Belum pernah tempatnya membuat gig. Boleh jadi sejarah teragung yang terjadi dari kaca mata mereka. Memberi sentuhan seni pada sebuah pekan yang mati. Tapi dia percayakan Encik Yad. Tambah pula bergabung dengan Akram pemuda paling mantap.
"Mantap tu Encik Yad!" Kata Daud John. Teruja.
"Korang band pertama yang aku jemput kalau jadi projek tu.. Baru real untuk gig pertama pekan ni amik band kelahiran sini.. Betul tak?" Kata Encik Yad sambil memegang bahu Daud John.
"Betul Encik Yad betul!"
Encik Yad mula bersalaman dengan semua orang dan beredar. Berjaya menyalakan kembali semangat Daud John.
Dalam perjalanan menuju ke sekolah semula, Daud John yang duduk di sebelah pemandu perasan tiada sebarang reaksi positif di wajah Cicak, Pushman dan Vovo. Dia tahu semua ini seakan lebih teruk berbanding peristiwa pertandingan futsal. Tapi mindanya memilih belah positif dengan apa yang diberitahu Encik Yad sebentar tadi.
Sampai saja di parking sekolah, masing-masing bersiap dan mengambil pindah semula ke van Vovo. Daud John paling akhir bersiap. Ada hadiah untuk Mustakim.
"Kau nak button?" Tanya Daud John sambil menghulur segenggam button badges Single Lady & The Plumber.
Mustakim tak menjawab apa-apa terus diambil dari tangan Daud John. Dia ambil dua saja. Yang lain juga ambil pemberian Daud John tanda penghargaan atas bantuan hari ini.
"Sorry bang semua ni jadi.." Mustakim kesal.
"Takpa.. Kecewa jugak.. Tapi takpa.." Kata Daud John sambil berkemas lagi.
"Gig yang tu cakap tadi kalau jadi, bagitau saya bang.. Rare tu buat gigs kat sini.." Kata Mustakim.
"Betul.." Daud John setuju. "Ehh kau amik la ni.."
Daud John menghulur sehelai baju dari beg dia. Mustakim terkejut.
Mustakim buka lipatan baju dan terpampang gambar Kurt Cobain baring atas drum set. Dia hilang kata-kata.
"Ingat tak time aku terlanggar kau tu?" Tanya Daud John.
"Ingat bang ingat!"
"Haa ambik la. Kau pun nampak rock. Kena ada satu baju mantap.." Jelas Daud John.
"Terima kasih banyak-banyak bang!" Mustakim menghulur salam lagi. Nak minta satu pelukan kepada figura penting itu, takut tolak 10 markah rock pula nanti.
"Aku gerak dulu!" Daud John mengangkat tangan pada semua.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.