Hambar di Kelas

23 0 0
                                    

Tayangan filem di sesi kaunseling sebelum ni beri kesan. Cuma impaknya tak membiak. Maintain saja seperti mana yang diterima hari pertama tontonan. Kebanyakan yang melekat dialog yang memorable saja. Sampai sekarang mereka asyik ulang-ulang 'I'm King of the World' dari filem Titanic. Suzy annoying juga tapi kena rileks. 

Kelas kaunseling sekarang separa sunyi. Rata-rata murid lentok kepala tidur saja di meja. Suzy dari tadi memainkan klip-klip motivasi sebab takda idea filem apa nak diberi tonton hari ni. Nak je pasang Love,Rosie tapi tu filem cinta. Takda point yang baik untuk muridnya. Bagi budak-budak mengelamun je nanti.

Ahh.. Suzy teringat pula popia nestum.

Pasal popia nestum, Suzy teringat jenaka Faiz Agneles sewaktu Khalid mengganggunya dekat meja guru. Khalid sibuk 'acah-acah' nak membuka balang popia nestum yang disimpan Suzy. Dan Suzy pun takda idea dah nak menghalau atau ignore Khalid macam mana lagi. Dan, Faiz Agneles menyelit dan bercakap pada Suzy, popia nestum ni kalau tak bukak-bukak nanti tumbuh pokok nestum.

Suzy apa lagi terus ketawa besar. Tak kelakar sangat pun. Saja nak sakitkan hati Khalid. Tak lama lepas tu Suzy dapat info, Faiz Agneles pergi edar risalah event sekolah sorang-sorang.

Suzy bangkit dari kerusi dan tutup Youtube dan mengarahkan muridnya bangun.

"OK. Kita main game." Kata Suzy bersemangat.

"Game apa?" Tanya salah sorang murid.

"OK jap. Cikgu bukak satu talkshow ni main game ni."

Suzy menaip Jimmy Fallon Show. Game Charades bersama tamu undangan Jamie Foxx, Taron Egerton dan Zoey Deutch. Saja je Suzy bukak. Dia gemar sungguh muka Taron Egerton.

Murid rata-rata memberi respond yang baik semasa menonton game itu. Mereka mula bermain.

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now