Cicak berbaring di sofa buruk memandang siling dan membiarkan fikirannya kosong. Pushman hari ni ponteng kerja dan melencong ke rumah Cicak bermain PC kawannya.
Pushman ligat jari jemarinya di papan kekunci dan tetikus. Bermain League of Legend.
Cicak biar saja papan kekunci PC dirogol-rogol. Dia tak main pun game tu. Pushman pandai-pandai letak dalam PC bulan lepas dan sekarang rumahnya jadi target Pushman melepas gian.
"Buka radio, P." Pinta Cicak.
Permintaan aneh membuat Pushman tersentak. Namun, dia tidak memberi respon apa-apa. Mungkin kawannya itu terlepas cakap.
"Cepat la radio."
Pushman yang ralit bermain game, berpaling mukanya melihat Cicak. Apa dalam kepalanya sekarang. Sudah terlalu boring atau dah bertukar sewel.
"Kau nak Fugazi aku bukak Youtube sekarang," balas Pushman.
"Radio."
Pushman mula dah tak senang bermain game. Fokus semasa mula-mula main tadi dah menghilang dan sekarang dia risaukan kesihatan rockhani Cicak yang tiba-tiba nak mendengar radio.
"Babi la."
"Radio online je,"
"Main-main ah kau. Kau nak dengar radio betul ke ni?" Soal Pushman yang dah rasa ragu-ragu dengan gurauan Cicak.
"Bukak ah!" Arah Cicak sambil merenung Pushman. "Radio Era." Sambungnya.
Pushman melepas jari jemarinya dari papan kekunci dan badannya menyandar ke belakang. League of Legend yang tengah berlansung dengan rakan-rakan atas talian, dia lepaskan dan berlawan mata dengan Cicak.
"Radio Era pulak tu. Radio Mix ke Traxx ke masuk akal lagi." Terang Pushman.
Cicak tak membalas apa-apa cuma menanti Pushman membuka google chrome dan mencari online radio. Disitu boleh dipilih pelbagai jenis radio.
Pushman keluar dari game dan membuka google chrome dengan muka tegang.
Sebaik saja membuka satu website online radio, terpampang semua logo radio-radio yang ada di Malaysia. Sinar Fm, Suria, Osai, Bapakku dan lain-lain.
Macam yang diminta tadi, Cicak mahu Era. Pushman membawa click mouse ke arah logo Era dengan kesenduan.
"Kau serius ke syaitan?" Tanya Pushman untuk kepastian. Tinggal klik saja dan mendengarlah mereka dengan speaker di kiri kanan PC.
Cicak mengangguk.
"Keluar lagu Lelaki di telefon kang macam mana?" Pushman bertanya dengan soalan mengugut.
"Cepat aku dah ready ni!" Cicak tiba-tiba bersemangat. Dia mula bangkit dari baring dan duduk mencangkung di atas sofa.
Pushman menggeleng kepala tak memahami syaitan jenis apa yang menguasai jiwa dan raga rakannya.
Selepas menarik dua tiga kali nafas, radio Era pun dibuka.
"Denyut jantungku berdebar.."
Jeritan mereka berdua kedengaran sampai rumah jiran.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Genç KurguWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.