Rancang Khalid

22 0 0
                                    

Senyuman lebar Khalid bagi kepada Pengetua Maimoon yang sedang melintasi koridor Bilik Guru. Memeriksa keadan para guru. Pen biru digerak paksa pada sehelai kertas di meja seakan sibuk untuk misi kesejahteraan sebuah sekolah. Sambil itu dia jeling-jeling ke luar.

Faiz Agneles campur aduk perasaannya. Keliru, buntu, dan sarap. Banyak lagi perkara yang perlu dikuasai untuk menjadi seperti Khalid. Melihat Blackhole lukisan Khalid di kertas itu memberi tekanan kenapa tak dianugerahkan bakat kepadanya. Balik nanti terasa mahu lempang bapanya atas pengeluaran gene yang tak bagus.

"Ahh, nasib baik dah blah." Kata Khalid dalam hati. Pengetua Maimoon beredar melawat kawasan lain pula. Kertas tadi digumpal dan buang ke bakul sampah. Faiz Agneles lagi tertekan. Hasil seni sebegitu punya 'real' dibuang dari terus hidup. Dia perlu mahir definisi 'real'.

Khalid intai meja depan, Suzy takda. Tidak syok kali ini nak berfoya-foya. 

Bagi Khalid, dapat memikat hati wanita itu pencapaian besar. Dengan itu dia dapat tahu kebesaran relevan dirinya pada mata dan hati gadis-gadis. Berjaya saja memikat, dah memadai. Tak perlu apa-apa kesinambungan perasaan. Tak perlu saling membalas cinta. Cukup saja tahu paras relevennya.

Cuma Suzy ini istimewa sikit. Berbeza dengan gadis lain. Level susah itu tinggi dan memberi keseronokan dan fokus yang lebih dalam permainan Khalid. Dapat menawan hati Suzy bermaksud dia boleh memiliki siapa-siapa saja.

Suzy muncul dan melangkah masuk Bilik Guru. Terus menapak ke mejanya tanpa memandang siapa-siapa.

Serta-merta Khalid bangkit dari sandar. Sedang elok muncul Suzy secara fizikal sedangkan hampir 10 minit bermain di kepala.

"Uii.." Panggil Khalid.

Suzy tak merespon.

"Uiiiii" Khalid sedikit teran.

Suzy masih tak merespon. Khalid rasa tak best. Macam takda mood saja Suzy hari ni.

Khalid dapat idea. Dia menolak kerusi berodanya membawa ke meja sebelah dan merampas gumpalan kertas lukisan Blackhole tadi dari tangan Faiz Agneles.

Khalid terus membaling ia ke Suzy.

Suzy tersentak. Matanya terus tajam ke Khalid. Dia tau dah Khalid je buat benda macam budak-budak ni.

Suzy menepis semula gumpalan ke arah Khalid dan sambung membuat kerja. Rambutnya diselit ke telinga.

"Ohh, patut tak dengar. Tengah dengar lagu." Ngomel Khalid ternampak airpod putih di telinga Suzy. Ralat pula terlupa Suzy selalu mendengar lagu.

Tiba-tiba Khalid mendapat idea.  

Setelah diperah habis selama ni idea apa untuk menaikkan imej sekolah, akhirnya dia mendapat idea membuat Festival Muzik.

Harap Pengetua Maimoon setuju. Dan harap ini menarik perhatian Suzy.

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now