Pak Mat membuka laci paling bawah. Mencari sekotak rokok. Nak amik kaca mata malas pulak menapak ke pangkin di luar.
Takpa. Pak Mat cuba. Dia meraba terus cuba nasib. Dari berdiri sampai membongkok badannya.
Daud John tenang saja menunggu. Hari ini mungkin hari yang okay untuk dia. Pagi ini pagi yang indah. Takda urusan apa-apa. Indahnya pagi ini membuat dia rasa hari ini hari yang okay. Dia menunggu saja Pak Mat dengan tenang.
Takda apa yang penting perlu difikirkan. Hanya membeli sekotak rokok satu-satunya kerja.
"Setan betul" Pak Mat masih meraba-raba.
Bila terasa leceh macam ini, mulalah Pak Mat terfikir kenapa tak cakap awal-awal kepada Daud John stok rokok dah habis. Takdalah terganggu dia baca surat khabar di pangkin tadi. Menengok gambar-gambar Uqasha Senrose di bahagian Hiburan. Daud John mungkin akan faham. Jadi, mungkin dia blah.
"Ada tak tu, Pak Mat?" Tanya Daud John.
Pak Mat tak kasi respon. Di kepala otak sekarang bernafsu dengan rancangannya. Senang. Lagipun dia kenal Daud John ni. Dia orang yang chill dengan dunia dia sendiri di dalam kepala. Takkanlah remaja ini mengamuk macam gila pada orang tua macam dia.
Daud John cuba membantu melihat sekeliling meja kaunter. Atas rak mini chewing gum. Dalam rak panadol. Di rak roti. Pak Mat ni barai juga. Susun barang serupa orang gila.
Pernah juga Pak Mat membuat hal di kedai runcit dia sendiri. Dulu dua beg ais batu yang dipesan, dia terlupa tempatkan di dalam peti. Malah, biarkan disebelah luar. Betul-betul tersandar di belah motor peti itu dan ais batu terus mencair. Sampai seketul ais pun takda membuat Pak Mat puas mencari mana ais batu yang dipesannya. Dia menuduh driver lori ais batu tak hantar.
Driver lori ais terus tak bertegur Pak Mat sampai sekarang. Sikap Driver lori ais pun berubah. Rutinnya pulak mula menjadi simple dan pantas. Sampai dikedai Pak Mat, letak ais ke dalam peti, collect duit dan blah. Tiada lagi perbualan bahasa Magnum 4D.
Daud John mula berasa masanya banyak terbazir dengan menunggu.
"Takpa la Pak Mat. Saya usha kedai lain je la", Katanya.
Pak Mat kembali berdiri. Tulang temulangnya direnggang.
Dia memandang Daud John. "Jangan la marah."
Daud John sengih-sengih. "Takdalah. Tak marah pun Pak Mat."
"Nak marah time Pertandingan Futsal haritu okay lagi."
Daud John dah berubah muka. Pak Mat buka cerita semasa kejadian di Pertandingan Futsal. Walaupun dah sebulan berlalu, kesan dia masih terasa. Boleh jadi kekal melekat dalam kepala Daud John.
"Ishh Pak Mat ni. Benda dah lama tu." Balas Daud John.
"Kau takda rasa ke nak jadi pramugara. Kau tinggi. Muka pun putih." Kata Pak Mat dah mula stail alih topik secara rambang.
Daud John merespon dengan senyuman senget.
"Aku serius ni." Pak Mat membulat matanya. "Tapi sayang kau sibuk dengan rock-rock kau ni. Dengan rambut panjang gini." Sambungnya sambil pandang Daud John atas bawah.
"Saya gerak lu la Pak Mat." Daud John belanja senyum nipis.
Daud John tau Pak Mat ni kalau bercakap dan mengusik memang taktau nak berhenti.
"Haa yela. Cantik jugak tu"
Bamm! Laci ditutup Pak Mat terus bergegas ke luar.
Daud John mengabaikan sikap Pak Mat malah geleng-geleng kepala menyesal menunggang skuter jauh-jauh ke kedai Pak Mat tapi takda hasil apa-apa. Lebih baik dia cari saja di kedai bawah rumah. Turun saja tangga, menapak sikit dan sampai dah kedai runcit Ramu.
Tapi tak boleh jugak. Untuk ke kedai runcit Ramu, dia kena melintas Kedai Makan Mustafa Dol. Satu-satunya kedai makan yang mengambil semua kawasan. Meletak meja sampai menyentuh jalan raya. Kereta nak masuk susah.
Dan disitu ialah zon merah Daud John dimana akan selalu terserempak dengan empat orang dewasa. Raut wajah kurang gemar. Fizikal berat dan perlahan. Mereka selalu mengeteh. Bukan setengah jam dua, tapi empat lima jam. Mereka digelar Geng Ngeteh dan hampir semua orang kenal mereka.
Daud John malas nak memikirkan sangat. Moodnya tak sepatut di-'spoiled' seawal ini. Dia menghidupkan enjin skuter. Getah rambut ditanggal dan terus memakai helmet MHR tortoise.
Dia mulakan perjalanan.
Dubbb!!
Daud John menekan brek emergency. Skuternya berhenti mengejut. Dia terlanggar sesuatu.
"Hoi!" Jerit Daud John sambil berdiri. Seorang budak beruniform sekolah kelihatan terjatuh didepan.
"Pehal ni?" Daud John memeriksa keadaan budak itu. "Tiba-tiba je keluar dari semak.." Sambungnya.
Budak itu terpinga-pinga sambil memegang lutut. Dia dibantu dua rakannya yang juga datang dari semak. Masing-masing masih beruniform sekolah menengah.
"Sorry bang.." Kata salah seorang dari mereka.
Daud John tak beri respon apa-apa. Nampak macam okey saja keadaan budak itu. Mungkin saja ada kesan calar pada lutut. Tapi selagi takda tulang yang patah riuk, Daud John rileks. Tak perlu merancang ke klinik pula.
Dia menunggu tiga budak sekolah itu beredar tapi masih terhegeh-hegeh. Mereka curi-curi melihat Daud John.
"Kau tengok apa lagi?" Daud John perasan tiga budak sekolah ni ralit melihat t-shirt yang disarungnya.
Mereka menapak ke seberang. Daud John terus membetulkan kedudukannya dan mula memulas throttle.
"Baju Kurt baring atas drum ni pun pelik". Kata Daud John dalam hati.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.