Fuaddin jeling saja Daud John. Ke hulu ke hilir dalam rumah. Hampir dua minggu rakan serumahnya itu tak membuat sebarang aktiviti. Yakni aktiviti utamanya jamming.
"Kau buat apa tengok dinding tu?" Tegur Fuaddin.
Tadi nampak macam nak berkemas. Sekarang termenung pula. Fuaddin tak senang. Tak selesa membuat kerja di workstation. Apatah lagi nak menonton movie.
"Letak poster kat sini okay gak.." Ngomel Daud John seorang diri.
"Takyah. Beri gangguan japgi untuk aku.." Ujar Fuaddin. "Tapi poster apa? Nikki Minaj okay.." Sambungnya.
Daud John tak respon apa-apa. Kakinya mula mengatur langkah ke ruang tamu. Remote TV dicapai lantas menukar siaran. Melayani sebentar rancangan-rancangan TV yang ada.
Fuaddin tau Daud John sedang memikul beban. Cuma Fuaddin bukanlah orang yang tepat untuk terlibat dalam detik tegang, keras dan sensitif begini.
Di rumah, Cicak santai menyandar dinding. Kaki dibiar lurus sampai ke hujung katil. Malam ini terasa sunyi. Kedengaran gelak tawa ibu dan bapanya di ruang tamu. Sekarang, hanya dia dalam keluarga ini sedang melayani perasaan berat. Hiba melarat menguasai jiwa. Menutup segala keaggresifan diri dari rutin kebiasaan.
Dua gitar Cicak. Gitar akustik dan gitar elektrik disimpan atas almari. Supaya instrument kegemarannya tidak terlihat setiap kali melangkah masuk dalam kamar.
Dalam kepala Cicak bermain babak malam itu. Malam itu semuanya mengikuti kata hati yang sedang hiba.
Vovo pula telah reda keadaannya. Merehatkan diri di ruang tamu. Pak Ibrahim tak terkesan sangat kerana dia tahu tak semua yang dirancang akan berhasil. Ini ujian untuk orang-orang yang bertanggungjawab. Lagipun mereka memang dah sepakat tahun depan pun akan diadakan lagi Battle of the Band. Tidak ada tanda-tanda benda ini dilarang pihak tertentu. Namun tidak ada juga sokongan yang lain.
Namun begitu, Vovo tetap berperasaan sama seperti yang lain. Masih terkesan dengan hari malang itu. Tidak berdendam kepada siapa-siapa. Menerima semua ini walaupun masih lagi dalam proses sehingga ke penamat.
Pushman bermain ketuk-ketuk di meja ruang tamu. Masih gagah untuk berlatih kerana dia tahu seorang drummer boleh hilang konsistensi jika ditinggal lama. Lagipun dia buat begini untuk melupakan hari itu.
Memang terkesan cuma bagi dia jangan dilayankan sangat. Takut boleh memakan diri. Tapi malam keesokkanya hari malam itu lebih memberi kesan kepadanya. Perbincangan kumpulan Single Lady and The Plumber dibuat sehari selepas Festival Muzik dan Battle of the Band.
Daud John memberi kata putus untuk berpecah dan menghentikan dulu kegiatan kumpulan muzik Single Lady & The Plumber. Pushman waktu itu dah bersedia untuk memujuk supaya jangan melakukan langkah yang drastik selepas hari yang penuh cerita. Tapi Cicak dan Vovo serta-merta setuju.
Pushman agak kecewa waktu itu sebab kawan-kawan tewas dengan ujian sebuah kumpulan muzik. Pelbagai quote orang ternama dah dibawa ke whatsapp group. Tak berjaya juga. Sampai Pushman tersilap send quote memes yang direka-reka pada gambar Albert Einstein.
Masa tu dia biarkan saja. Mana tau deria jenaka berjaya mengubat hari kawan-kawannya.
Pushman terus menunggu dan follow up dengan update dari Daud John. Baru dua minggu dia kasi peluang kawan-kawan melayani kemurungan.
Pushman sambung ketuk meja semakin lama semakin kuat.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.