Sebuah kereta Proton X50 memasuki parking kedai makan Mustapa Dol. Pengetua Maimoon keluar dari kereta membiarkan suaminya tunggu di dalam. Ada hal untuk beliau hadir ke sini hari ni.
"Dah terlambat ke?" Tanya Abun Soya. Baru perasan Pengetua Maimoon menuju ke meja mereka.
"Lambat dah la.. Kau la ni Ilyas.. Duduk situ tak tengok.." Bising Bahari Pomen. Ilyas dan Basri Gas juga ikut gementar.
"Assalamualaikum.." Pengetua Maimoon sampai terus memberi salam.
"Waalaikumsalam.." Geng Ngeteh jawab serentak dan tak memberi eye contact.
"Saya ada benda nak beritahu sedara-sedara.." Kata Pengetua Maimoon.
Geng Ngeteh ada yang mengangkat kepala. Aneh kali ni muqaddimah Pengetua Maimoon.
"Saya nak ucap tahniah.. Anak sedara-sedara sekalian dah tak buat hal.."
Abun Soya, Bahari Pomen dan yang lain saling memandang antara satu sama lain.
"Kes ponteng dah menurun. Boleh cakap dah takda langsung budak ponteng.." Jelas Pengetua Maimoon. "Terima kasih sokong kelas muzik bawah pihak kaunseling sekolah ni.."
"Kelas muzik?" Abun Soya tak faham.
"Ya.. Kamu taktau?" Pengetua Maimoon terkerut dahi. Abun Soya goyang. "Anak kamu tu la paling tunjuk prestasi.."
"Ehh?"
"Haih.. Suka berborak tapi tak amik tau hal-hal penting macam ni.." Bebel Pengetua Maimoon. "Sekolah sekarang dah buat kelas muzik.. Anak kamu Mus tu dari kuat ponteng sekarang tak pernah missed sekolah. Saya tak suka sangat dia lagi gemar kelas muzik berbanding kelas biasa. Tapi kalau tu je cara supaya dia tak ponteng lagi, saya terima.."
"Anak-anak kamu semua ni dah la ponteng.. duduk berkeliaran kat bandar pulak tu.. Benda tu la memburukkan imej sekolah.. Tapi Alhamdulillah semua stay sekolah sekarang.." Jelas Pengetua Maimoon sempat memberi bebelan ringkas kepada Geng Ngeteh.
Geng Ngeteh tertunduk-tunduk. Dalam hati berbangga pula tidak teruk bebelan kali ni. Pengetua Maimoon dah la bekas cikgu Matematik mereka dulu.
"Okay la saya balik dulu. Terima kasih.. Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam.."
Abun Soya, Bahari Pomen, Ilyas dan Basri Gas memandang sesama sendiri lagi. Tersenyum dan terharu. Kali ni boleh kata pujian yang diterima. Tak dibebel dan diceramah memberi luruh semangat dan membawa nostalgia zaman persekolahan mereka.
"Ada kelas muzik ek?" Tanya Abun Soya.
"Anak kau tak bagitau ke?" Basri Gas bertanya balik. "Si Mus tu la paling agresif kelas muzik ni.. anak aku kata.."
"Siapa ajar muzik? Ada cikgu muzik ke?" Tanya Bahari Pomen.
Daud John yang masih segak berkemeja petak-petak dan berjaket hitam lalu bersahaja melintasi kedai makan Mustapa Dol. Dia perasan Geng Ngeteh tenung. Tapi benda itu dah tak termakan dirinya lagi.
"Daud!" Panggil Abun Soya.
Daud John tersentak dan memberi respon kepada mereka.
"Sini la jap.."
Daud John tukar haluan menuju meja Geng Ngeteh.
Wajah-wajah Geng Ngeteh lain hari ni membuat Daud John sedikit berasa aneh.
"Uish siap ada nametag.." Tegur Bahari Pomen sambil check-out dress up kemas Daud John.
"Kau kerja mana?" Tanya Abun Soya.
"Sekolah"
"Hahh?"
"Mengajar anak korang la.."
"Kelas muzik tu ke?" Abun Soya tak percaya.
"Aah.. Dah empat bulan dah.." Jelas Daud John. "Tak tau ke?"
"Aku baru tau.. Baru je Pengetua Maimoon cakap tadi.." Kata Abun Soya.
"Ohh.. okay okay.. Saya gerak lu ah.. Penat.."
"Eh Daud.." Panggil Abun Soya.
"Yaa.."
"Serius ke kau yang mengajar anak kitorang?"
"Yaa.. Mana ponteng dah diorang.."
Geng Ngeteh terkesima. Abun Soya bangkit. Yang lain memandang Abun Soya mendekati Daud John. Dia menghulur salam.
"Terima kasih.."
"Okay.." Jawab Daud John sambil menyambut salam.
"Terima kasih Daud.." Geng Ngeteh sorang demi sorang menghulur salam.
"Kitorang minta maaf selama ni kutuk kau.."
"Orait je.."
"Anak kitorang pun dah lain macam dah sekarang.. Takda liar-liar dah.." Celah Bahari Pomen turut terkesan dengan keberadaan Daud John.
Daud John hanya mengangguk. Maintain cool dan bersahaja kerana sekarang dia lebih yakin dan matang.
Geng Ngeteh mengangkat minuman masing-masing ke atas tanda kehormatan kepad Daud John.
Daud John senyum dan angkat ibu jari. Dia perhati saja sorang angkat 3 ke 4 gelas.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.