Tidur yang lena kali ni. Merocking di Studio Bade semalam memenatkan. Macam biasalah. Kalau dah jamming habis dekat tengah malam, balik tidur memang lena.Semalam boleh kata permainan yang mantap dari Single Lady & The Plumber. Takda main lagu baru pun. Masih praktis lagu-lagu lama. Kasi lebih tight.
"Aahhhhhhhh" Daud John duduk di tepian katil dan test vokal.
Masih okay.
Tak hairanlah. Nyanyian jerit-jerit dah sebati dengan tekaknya. Dah takda rasa sakit, bengkak dan serak-serak.
Tak seperti mula-mula dia belajar scream. Dia batuk-batuk sangat lama. Hampir sebulan baru hilang. Suara semasa bercakap pun bertukar garau serupa tentera. Daud John beruntung dapat layanan bagus kakak-kakak farmasi dengan mencadangkan ubat batuk paling mujarab. Daud John dulu suka makan ubat batuk. Mudah dan lena tidurnya.
Daud John berdiri sambil menggeliat. Masih mamai lagi. Dengan rambut berserabainya. Dia pergi ke tingkap dan buka habis. Memberi angin masuk supaya dapat hapuskan bau-bau. Daud John memang jaga kebersihan. Prinsipnya pada sebuah bilik ialah bilik sepatutnya menjadi kamar rehat dan kamar rehat seharuslah selesa.
Semasa mengikat ala kadar langsirnya, kedengaran suara Geng Ngeteh di bawah. Macam biasa. Daud John malas menjenguk. Malas lagi nak mencuri dengar. Malas nak amik kisah.
Daud John capai tuala mandi dan menapak keluar mendapatkan bilik air.
Fuaddin mengekor saja matanya melihat Daud John. Daud John juga malas pedulikan Fuaddin dan laptopnya. Hari-hari nak mengangkat kening kepada Fuaddin pun tak boleh. Pagi-pagi dah ada di workplace. Jarang sekali nampak Fuaddin ni masuk bilik tidur. Pagi-pagi di workplace. Lewat malam pun sama di workplace.
Daud John mengunci pintu bilik air dan mendapatkan mandian. Selepas siap, dia kembali ke bilik mengenakan pakaian kerja. Sling bag yang penuh dengan button badges kumpulan-kumpulan rock dicapai, dia memakai kasut converse hitam high cut, helmet diambil dan terus keluar dari rumah.
"Anak Mat memang bagus. Dapat wakil Malaysia main bola." Kata Abun Soya.
"Aku rasa bangga betul. Pergi mana-mana ada benda nak dicerita." Basri Gas menyokong.
"Tapi tu la. Jadi simpanan je." Abun Soya gelak-gelak.
"Gitu baik bagi aku main!" Sambung Ilyas sambil gelak-gelak juga.
Geng Ngeteh mengetawakan orang.
Daud John turun dari tangga dan cepat-cepat berdiri di belakang tiang besar. Disebabkan masih awal dia lepak dulu menunggu Geng Ngeteh beredar. Sambil itu Daud John mengintai mereka berborak dan membawang betul-betul mengalahkan makcik-makcik.
"Tapi ada bagusnya anak Mat wakil negara. Ada la jugak baktinya dekat masyarakat."
Yang lain angguk-angguk.
" Bakti dia dengan duduk kat bangku simpanan." Abun Soya ketawa menampar meja.
Geng Ngeteh ketawa besar.
Daud John melihat Mustafa Dol yang sedang selang-seli melihat jam didinding dan melihat Geng Ngeteh. Mula-mula tengok jam. Dua saat lepas tu Geng Ngeteh pula. Dua saat lagi kembali ke jam dinding. Dua saat Geng Ngeteh. Dua saat jam dinding.
Daud John hanya berharap Mustafa Dol beraksi seperti biasa.
Mustafa Dol bangkit dari kerusi.
" Yeahhhh!" Daud John jerit meneran.
Geng Ngeteh masing-masing bersedia mengeluarkan duit bila nampak saja Mustafa Dol menuju ke arah mereka.
Daud John mengintai. Aura Mustafa Dol membuatnya tersenyum lebar. Sangat hebat, sangat mudah dan sangat berkesan. Dan sekarang, Mustafa Dol seperti memberi ceramah. Itu lagi membuat Daud John terkedu. Geng Ngeteh yang riuh rendah boleh terdiam selepas mendengar sepatah dua kata Mustafa Dol. Apakah yang diceramahnya? Mustafa Dol tidaklah alim sangat. Mungkin saja dia memberi ayat-ayat makan dalam. Kalau betul, Geng Ngeteh memang hati kebal. Selalu diceramah Mustafa Dol. Tapi tak terkesan apa-apa. Masuk ikut telinga kanan, keluar ikut lubang hidung kiri.
Geng Ngeteh mula beredar dari kedai Mustafa Dol. Mereka mengambil motor masing-masing dan terus menghilang dari pandangan.
Daud John keluar dari persembunyian dan melintasi Mustafa Dol.
" Pergi kerja ke Daud?" Tegur Mustafa Dol.
" Ya Pak Tapa."
" Geng Ngeteh baru sebut nama engkau tadi."
Daud John berdiam.
" Bukan hari ni je. Hari-hari."
" Diorang memang gitu Pak Tapa. Semua orang disebut-sebut. "
"Sejak Pertandingan Futsal hari tu Geng Ngeteh banyak sebut nama kau. "
Daud John berdiam.
"Kami tak faham kau nyanyi ke mengamuk masa tu. Kau kena rasuk setan ke Daud?" Tanya Mustafa Dol.
"Tu screaming teknik Pak Tapa.. "
"I dont understand"
"Takpa la. Saya explain panjang lebar pun belum tentu Pak Tapa faham."
Mustafa Dol mengeluh dan merenung tajam Daud John.
"Tak kisah pun tak faham. Janji saya buat apa yang saya minat,"
"Aku faham menyanyi macam gitu minat kau. Tapi orang kat sini fikir bukan-bukan."
Daud John berfikir dengan pandangan Mustafa Dol. Mustafa Dol bukan la siapa-siapa tapi ada benar apa yang dikatakan. Tiada siapa faham dengan minat orang lain, melainkan minatnya sama. Kalau minat bermain motor, orang itu takkan faham dengan orang yang berminat menyembur spray di dinding membuat graffiti. Baginya perkara begitu sangat membazirkan. Lebih baik spray body motor dia.
Kebanyakkan yang punya minat dalam majoriti selalunya mentaliti rendah dan tak mahir menghormati minat berlainan.
Daud John mula berazam selesaikan masalah ini.
"Saya gerak dulu, Pak Tapa." Daud John minta izin beredar.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.