Tolak, Tarik, Tolak dan Tarik

24 1 0
                                    

Cicak dan Pushman keluar dari kedai runcit Ramu. Aiskrim potong dibuka dan dimakan. Pushman punya perisa biasa, kacang. Cicak perisa cendol.

Tiba-tiba, bahu mereka ditepuk dari belakang.

"Korang buat apa sini?" Soal Abun Soya sambil tersengih.

Mereka berdua menoleh. "Takda apa.. tunggu Daud." Jawab Pushman bersahaja.

"Ohh tunggu Daud ni nak pergi mana?"

"Takda pergi mana la.." Balas Cicak.

"Korang gi jamming ni kan?" Soal Abun Soya. "Ingat aku taktau ada pertandingan band?"

Cicak dan Pushman tak respon dan berdiam makan aiskrim.

"Tak serik korang ni." Kata Abun Soya dan beredar meninggalkan Cicak dan Pushman. Kedengaran gelak tawa sinis.

Pushman tengok Cicak. Lidah Cicak terlihat lemah dan tak berselera menjilat. Pushman pun sama. Jilatnya tak aggresif. Tapi lantak lah. Jangan dilayan sangat Geng Ngeteh ni.

Hampir 15 minit Cicak dan Pushman lepak di longkang kedai runcit Ramu. Daud John belum muncul-muncul.

"Kita ngeteh la situ dulu." Cadang Pushman sambil menjuir bibir ke arah kedai Mustapa Dol.

"Haih.. malas la. Geng Ngeteh ada situ." Jawab Cicak.

Pushman memanjangkan leher meninjau. Kelihatan lengang.

"Mana ada diorang.. tengok tu.. Takda siapa." Kata Pushman. "Kalau ada pun tentu dah bising dah situ.." Sambungnya.

"Tak mungkin. Tadi ada Abun.. Takkan saja-saja ada sini."

"Tadi tu dia dah nak blah kot.."

"Lagi tak mungkin. Petang gini la time kemuncak diorang melepak."

"Diorang takda dah tu.. Jom la"

Cicak mengalah. Dia baling batang aiskrim ke kaki Pushman. Mereka berdua bangkit sambil menepuk punggung. Kemudian, mereka menapak selang beberapa kedai.

Sampai saja mereka ambil meja luar. Mereka perasan meja sebelah belum dikemas. Jarang pekerja Mustapa Dol cemerkap.

Selepas memesan minuman, mereka melepak santai. Lain macam Daud John hari ni lewat. Kerja 'overtime' agaknya.

"Laa ada lagi korang." Tegur Abun Soya sambil ke meja sebelah yang tak berkemas tadi.

Cicak dan Pushman membulat mata. Kelihatan Basri Gas, Ilyas, dan Bahari Pomen juga baru sampai. Mereka ambil meja tak berkemas tadi.

"Korang buat apa sini?" Tanya Bahari Pomen. "Nak main lagu untuk kitorang ke?" Sambungnya. Yang lain ikut ketawa.

"Tu la asal tak bawak gitar?" Sokong Ilyas.

Cicak dan Pushman tak mengendahkan mereka.

"Haih, diam je." Abun Soya menjenguk. "Nyanyi la cepat.."

"Rugi kau tak pergi game futsal itu hari, Bun. Diorang ni main muzik dah macam Maharaja Lawak Mega situ." Kata Bahari Pomen

"Tu laa. Nyesal tak gi. Duk dengar korang cerita pun boring gak." Balas Abun Soya. "Tapi ni.. depan mata dah ni.. wei nyanyi ler.."

"Korang takyah nganjing.." Cicak bersuara.

"Wah, macam marah je tu?" Balas Bahari Pomen.

"Kenapa tu?" Tanya Abun Soya sambil ketawa. "Korang ni tengah lepak marah. Tengah nyanyi pun marah." Sambungnya. Kawasan Kedai Mustapa Dol bergegar dengan gelak tawa.

Cicak bangkit. Namun kerusi tertolak pekerja Mustapa Dol yang sedang membawa dulang minuman. Dia terjatuh ke lantai jalan. Dua minuman terjatuh di riba Abun Soya dan Basri Gas. Geng Ngeteh bangun dari kerusi serta-merta.

"Woi kau ni kenapa?" Bahari Pomen menolak Cicak.

"Rilek rilek.." Pushman turut bangkit dari kerusi dan menahan Bahari Pomen.

"Kau tu kenapa?" Cicak menolak balik Bahari Pomen.

"Woi beradab sikit!" Abun Soya menepis tangan Cicak.

"Siapa tak beradab?"

"Kau budak lagi. Hormat sikit!"

"Siapa yang tak hormat orang sekarang??" Balas Cicak lagi.

"Gini gaya nak main muzik?" Tengking Bahari Pomen. "Jangan harap nak menang pertandingan muzik kau tu!"

Pushman menolak Bahari Pomen dari belakang. Terus terjelupuk jatuh. Basri Gas menolak Pushman. Cicak menolak Abun Soya. Pushman bangun. Basri Gas tolak Pushman lagi. Pushman pening kejap. Dia tolak je siapa-siapa ada situ. Pekerja Mustapa Dol yang baru bangun, terjatuh balik ditolak Pushman. Abun Soya tarik kolar Pushman. Cicak tolak dari belakang Abun Soya. Abun Soya, Pushman dan pekerja Mustapa Dol jatuh bertindih.

Mereka saling bergomol. Keadaan kacau bilau di Kedai Mustafa Dol.

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now