Suzy teringat kejadian bulan lepas. Tempatnya di sini. Di tempat Suzy berada sekarang. Memarkir tempat yang sama, permandangan yang sama dan cuaca yang sama pertemuannya dengan seorang lelaki yang membantunya spontan. Bergossip di Group Whatsapp keluarga semalam membuat Suzy teringatkan sesuatu. Nama panggilannya 'Su' pernah disebut orang luar itu hari. Nama itu panggilannya dan keluarga saja.
Di kerusi sebelah, sebalang popia nestum. Popia nestum yang sama. Belum dibuka dan belum dimakan. Tak berasa nak buka dan makan sejak hari itu. Malah, dia membeli yang baru dan balang ini disimpan di rumah. Cuma kali ni popia nestum ini dibawa keluar dan dibawa ke sini.
Suzy bercadang mahu berjumpa lelaki itu. Berambut lebat paras dagu, tinggi sedikit dari Suzy, umur juga mungkin sebaya.
Kalau ada rezeki Suzy berjumpa lelaki itu, popia nestum ini akan di buat hadiah terima kasih. Kalau takda takpalah. Dia akan memandu semula pulang ke sekolah.
Segan pula Suzy bila diingat semula kejadian bulan lepas. Terkedu tak mampu memberi sepatah kata. Sedangkan lelaki tu dah menanti. Mula merasa janggal. Lelaki itu senyum dan beransur kembali semula ke Mall.
Suzy tersenyum malu seorang dalam kereta.
Di pusat karaoke, Daud John melihat jam dinding. Lagi satu jam waktu rehatnya. Perut tak berasa lapar sangat memandangkan dah pekena roti kahwin 9am tadi. Cuma hatinya terdetik untuk rehat awal hari ini. Dia boleh tukar waktu rehat dengan rakan sekerjanya. Tapi entah. Malas pulak. Hati mahu, perut tak mahu.
Daud John malas dah layan perasaan. Dia sambung buat kerja. Berjalan terus mengelilingi bilik ke bilik memeriksa bilik yang belum dikemas. Ada yang dah kemas, ada yang masih berkaraoke.
Daud John terhenti langkahnya dan merenung pasangan kekasih sedang rancak menyanyi. Lagu yang diambil indah-indah. Berunsur romantis pekat. Lirik mudah dan berbunga mekar. Daud John berasa lain. Mata tak berkelip dan jantung terasa panas. Berasa mahu tukar waktu rehat sekarang juga. Apa jenis santau ni bikin gelojak hati si Daud John. Dia serabut dah. Mana boleh perasaan begini menakluk diri. Tak rock.
Daud John tak berfikir panjang. Orang tuanya pernah berpesan agar sentiasa ikut kata hati. Daud John berlari anak mencari rakan kerjanya. Dia peru tukar waktu rehat.
Sampai dikaunter, Daud John tengok rakan sekerjanya takda. Di bahagian F&B pun takda. Sekali lagi berlari anak. Mencari di kawasan belakang. Pun takda. Anak haram.
Daud John menumbuk angin gaya Snoop Dogg screen test untuk Boyz n The Hood.
Daud John mendongak ke langit dan menghembus nafas. Dia terima saja situasi sekarang dan masuk ke bilik yang perlu dikemas dan masih berbaki masa.
"Mana leh frust-frust. Aku Rock!" Kata Daud John seorang diri sambil klik Ukays Di Luar Kemampuanku di monitor karaoke.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.