9

8.8K 404 26
                                    

MATTHEO melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan yang diperbuat daripada kayu jati bersebelahan dengan Mikayla. Terlihat Dato Matthew sedang menikmati kopi hangat sambil membaca surat khabar manakala Datin Amaya sedang menikmati roti bakar bersapu dengan mentega.

"Good morning everyone." Sempat Mattheo bangkit dan mengucup kedua belah pipi mamanya memandangkan itu merupakan tradisi biasa yang dilakukan setiap kali turun untuk menikmati sarapan.

"Good morning sayang." Balas Datin Amaya, wajah jelita itu terlihat masih pucat meskipun sudah lama berlalu sejak kepergian Mikhael. Meskipun datin Amaya sudah boleh menerima kehilangan anak bongsunya namun jauh di sudut hati, wanita itu masih merindukan Mikhael.

"Good morning abang." Mikayla pula membalas, roti yang sudah bakar diangkat dan diletakkan ke dalam pinggan lelaki yang tua tiga tahun darinya itu.

"Thank you," rambut lurus adiknya dibelai kasih.

"How's your business? Papa dengar dari uncle Ted, Theo berjaya dapatkan tender dari syarikat Uzzair's Holdings?" Wajah tampan anaknya dipandang sekilas sebelum fokusnya dibuang kembali pada surat khabar yang dipegang. Mattheo tersenyum lebar.

"Yes. I got the tender. Nampaknya berita lagi cepat tersebar daripada Theo bagitahu sendiri." Kopi suam yang dituangkan ke dalam cawan kacanya diangkat lalu disisip sedikit. Dato Matthew tertawa perlahan memandangkan kata-katanya anaknya tidak dapat dinafikan. Jika ada gosip tentang anak sulungnya, pasti sekejap sahaja sampai di telinganya. Anak lelaki pertamanya terlalu dikenali ramai jadi ramai yang cemburu dengan kejayaan lelaki itu membina nama di usia yang muda.

"Macam Theo tak kenal sahaja perangai uncle Ted tu. Cemburu tak bertempat sebab anak dia tak berjaya macam Theo." Mattheo tersengih sinis bersama gelengan kepala. Sudah terbiasa melihat orang yang cemburu dengan kejayaan yang dimilikinya.

"The worst part of success is trying to find someone who is happy for you." Balas Mattheo tenang. Mikayla sekadar bersetuju dengan kata-kata abangnya memandangkan hampir 50 peratus orang yang mengenali abangnya sekadar cemburu dengan nasib lelaki itu.

"I could not agree more." Dato Matthew turut bersetuju. Baru sahaja Mattheo hendak bersuara, deringan telefonnya berbunyi kuat. Tertera nama Haqeem membuatkan Mattheo mengetap gigi kuat.

Apa pula masalah sundal ni buat? Bisik hati kecilnya.

Tulang punggung segera diangkat. Datin Amaya memandang ke arah anaknya.

"Eh you nak pergi mana? Sarapan habiskan dulu," Mattheo menggeleng kecil. Sempat dikucup sekilas pipi Datin Amaya berserta adik perempuannya.

"I nak angkat call sekejap. Work and it's important." Mendengar jawapan anak lelakinya membuatkan Datin Amaya sekadar akur. Dibiarkan Mattheo berlalu untuk mengangkat panggilan telefon yang sudah menjerit meminta diangkat.

Manakala Mattheo menarik butang hijau selepas tiba di ruang tamu.

"Pagi-pagi dah kacau aku. Bukan ke aku dah cakap kalau aku dekat rumah keluarga aku, jangan call aku." Suara Mattheo kedengaran keras sehingga membuatkan orang di hujung corong sedikit gerun.

"Tuan.. saya cuma nak bagitahu yang perempuan tu tiba-tiba pengsan masa Luth buka pintu. Tuan nak kami buat apa dekat dia?" Haqeem bersuara selepas lama mengumpulkan kekuatannya. Siapa sahaja tidak kecut otot jika berhadapan dengan Mattheo? Aura lelaki itu sungguh menakutkan.

Mattheo menyeringai sinis mendengar kata-kata Haqeem. Jadi, perempuan sundal tu pengsan selepas tiga hari tidak diberi air dan makanan? Fikirnya gadis itu kebal memandangkan sepanjang tiga hari, tiada langsung laporan mengenai gadis itu. Akhirnya tersungkur juga ke tanah hari ini.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now