52

9.5K 631 64
                                    

SEPASANG anak mata kelabu itu tidak berhenti menatap ruangan dapur sedari tadi, kakinya tidak berhenti menghentak lantai sambil jari-jemari panjangnya mengetuk sofa empuk. Meskipun sedari tadi tubuhnya berada di ruang tamu bersama ahli keluarganya tika ini namun mindanya tidak berhenti memikirkan perihal Orked di dapur.

Hatinya masih dipalu rasa geram memikirkan perihal Alexander yang terlihat memiliki rasa tertarik dengan Orked.

"Mama dan papa kamu cakap berkemungkinan seminggu mereka di sana sebabnya mama kamu sibuk sangat nak melawat saudara mara papa kamu di sana." Matvei berbicara, Mikayla sekadar mengangguk mengerti.

"Grandpa tahulah perangai mama tu macam mana... kalah papa sendiri yang lahir di sana." Ujar Mikayla yang mendapat anggukan setuju dari Matvei. Mereka sama-sama melepaskan tawa kecil.

"Itulah... papa kamu tu macam Mattheo. Kalau nak pulang ke tanah air sendiri, cukup susah. Kena ada sebab yang penting baru jejak kaki ke sana." Mikayla pantas mengerling ke arah abangnya. Lelaki itu terlihat fokus merenung ke arah dapur. Hujung bibirnya naik mencarik senyuman bermakna.

"Betul kan abang?" Teguran Mikayla membuatkan lelaki berdarah kacukan Rusia itu tersedar dari dunianya. Laju dia mengangguk membenarkan meskipun dia tidak mengerti apa yang benar.

"Apa yang kamu termenungkan tu Theo? Kalau tentang urusan kerja, sudahlah jangan difikirkan. Hari ini hari bercuti, sepatutnya kamu rehatkan minda kamu." Nasihat Matvei membuatkan Mikayla melepaskan tawa perlahan. Lengan datuknya dibawa ke dalam pelukan.

"Abang Theo tak fikirkan tentang kerja atuk. Abang Theo tengah pandangkan seseorang." Ujar Mikayla selamba. Kata-kata adiknya membuatkan raut muka Mattheo berubah serta-merta. Pantas diberikan pandangan tajam ke arah gadis berambut pirang itu namun Mikayla hanya menayangkan reaksi yang seakan tidak terkesan membuatkan rasa geramnya semakin menggunung.

"Pandang siapa?" Matvei turut mengalihkan pandangan ke arah yang dipandang cucu lelakinya. Namun, tiada sesiapa di sana.

"Jangan dilayan Kayla tu, atuk. Dia suka sangat cakap benda merepek." Mattheo segera mengubah topik. Matvei sekadar mengangguk akur.

"Hello, I'm still here! Ne boltay, kak budto ya uzhe svobodno govoryu po-malayski. (Jangan berbual macam aku ni dah fasih bahasa Melayu.)" Suara Alexander terdengar kesal membuatkan mereka bertiga pantas melepaskan tawa. Lupa akan kehadiran Alexander yang masih tidak mengerti bahasa Melayu sepenuhnya.

"You should learn it fast, Alex." Mikayla membalas membuatkan lelaki itu menghela nafas panjang. Bukan dia tidak mahu belajar tetapi sukar. Otaknya sukar hendak menghafal setiap bait perkataan itu. Terasa amat sulit untuknya.

"It's hard, you know. Do you know how many days it takes me to tell the difference between saya and awak? I freaking needed like two days, two days to remember that saya is me and awak is you." Luah Alexander jujur membuatkan Mikayla semakin galak mentertawakan lelaki itu. Lelaki itu bijak mengenai hal lain kecuali belajar.

"Maybe you should learn it slowly so that it will be easy for you to understand and remember. Don't push yourself to remember every single word. One day, one word. Or maybe you should start carrying a dictionary with you." Bicara Matvei pula membuatkan Mikayla mengangguk bersetuju.

"I agree with grandpa."

"But I'm too lazy to bring..." ucapan Alexander terhenti saat matanya tertancap pada wanita yang sedang menapak menuju mereka bersama tray berisi buah-buahan yang sudah siap dipotong di tangannya. Bibir merah delima itu pantas menarik senyuman lebar.

"I guess I will start learning it tonight." Sebegitu pantas dia menukar ucapannya saat wajah jelita itu menghiasi kornea matanya. Tiba-tiba sahaja semangat terasa berkobar-kobar di dada.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now