XAVIER menghulurkan gelas berisi wain merah kepada Mattheo lalu tulang punggung dilabuhkan ke kerusi bersalut cat berwarna emas berhadapan dengan Mattheo. Lelaki itu sekadar menyambut baik sebelum disisip sedikit wain tersebut memandangkan dia sedang tidak ingin mabuk awal. Sudahlah tahap dia mengendalikan alkohol sangat rendah, dua atau tiga gelas memasuki tubuhnya pasti hasilnya kewarasannya akan mulai dikawal oleh alkohol tersebut.
"Aku ajak pergi klub taknak, nak merempat juga rumah aku." Ujar Xavier membuka topik bicara mereka. Alat kawalan jauh dicapai lalu siaran langsung perlawanan bola dibuka memandangkan malam ini pasukan kegemarannya ada pertandingan secara langsung.
"Buang masa pergi klub." Balas Mattheo singkat. Gelas yang dipegang diletak di atas meja kopi di depannya. Fokusnya turut dibuang ke arah televisyen bersaiz 64 inci tersebut. Sekali-sekala bertih jagung bersalut karamel yang berada di pegangan Xavier diambil sedikit lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Kalau pergi klub, kita boleh enjoy bro. Kau tahu sekarang ini aku susah kalau nak pergi klub sebab taknak kantoi dengan Dahlia tau. Sekurang-kurangnya kalau ada kau, dia izinkan lagi aku pergi." Luahnya sedikit kesal dengan sikap suka mengawal kekasihnya. Meskipun dia sayang akan Dahlia tetapi kadang-kadang terbit rasa rimas dengan gadis itu.
Hendak meluangkan waktu bersama, gadis itu sibuk dengan kerjanya. Kalau ditanya sedikit, pasti jawapannya adalah butik atau event.
Mattheo mencarik senyuman sinis. Itulah padah kalau nak mencari kekasih. Hidup dikongkong. Tidak sepertinya, bebas hendak kemana-mana cuma dia sahaja tidak mahu untuk mencari perempuan. Memandangkan dia sudah memiliki perempuan yang akan melayan keinginannya memandangkan perempuan itu layak menerimanya.
"Cakap jelah kau pergi dengan aku. Susah sangat ke," mangkuk kaca berisi bertih jagung di tangan Xavier dirampas. Sempat dia berdecit perlahan tatkala pemain bola pasukan yang disokong gagal untuk menjaringkan bola.
Xavier mengeluh.
"Kau tahu, ada satu masa tu aku cuba nak guna idea ni Theo tapi lepas itu dia minta bukti. Dekat mana aku nak cari lelaki berdarah Rusia dekat dalam klub tu? Bukan senang nak dapat muka kacukan macam kau. Dari jauh pandang, dah nampak darah mix tu." Balasnya kesal. Sempat bantal segi empat di sisinya dicapai lalu dipeluk bagi melepaskan rasa geram.
Kata-kata Xavier mengundang senyum bangga dari Mattheo.
"Ha ha ha tak boleh salahkan gen ayah aku. Darah ini yang buatkan aku lagi jauh laku dari kau," sempat bakul diangkat membuatkan Xavier menayang wajah jengkel. Menyampah dengan sikap suka bangga Mattheo meskipun kata-kata lelaki itu merupakan fakta. Dari dulu lagi, para gadis yang mendekati mereka selalunya akan memilih Mattheo berbanding dirinya. Jika ditolak Mattheo, baru para gadis itu akan beralih kepadanya.
Dia sendiri hairan. Kurangnya di mana?
Dibandingkan Mattheo, dia mempunyai darah kacukan lagi banyak dari lelaki itu. Keluarganya merupakan campuran darah Cina, Melayu dan Sepanyol. Tetapi tetap sahaja darah Rusia yang dimiliki lelaki itu membuatkan Mattheo terlihat lebih kacak berbanding dirinya.
Tubuh badan lelaki itu yang sasa. Wajah yang tampan dan terlihat sempurna serta warna anak mata lelaki itu yang kelihatan menyerlah memandangkan lelaki itu memiliki sepasang anak mata berwarna kelabu pekat. Siapa sahaja yang bersatu dengan sepasang anak mata tersebut pasti akan terpaku dengan aura yang dimiliki Mattheo.
Sempat Xavier merasakan cemburu namun selepas itu, dia yakin dia juga bisa setanding dengan Mattheo. Kerana itu, sekali-sekala dia akan mengikut segala yang dilakukan Mattheo agar dia berdiri sama hebat dengan lelaki itu.
"Theo," alat kawalan jauh digapai lalu siaran televisyen dimatikan. Dia tidak mahu lagi menonton siaran bola tersebut, dia boleh melihatnya di kemudian hari. Yang dia mahukan saat ini adalah keluar berseronok di klub dan harapannya untuk berseronok cuma Mattheo satu-satunya.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...