25

10.2K 469 31
                                    

DATO MATTHEW melepaskan surat khabar yang sedang dibaca lalu dipandang sekilas wajah isterinya yang fokus menatap roti bakar yang terdapat di dalam pinggan di hadapannya. Keluhan dilepaskan, sudah hampir dua bulan anak bongsu mereka pergi namun keadaan isterinya masih sama. Langsung tiada perubahan. Malah, tahap kemurungan yang dialami isterinya semakin teruk.

Kemunculan Mikayla yang sedang melabuhkan tulang punggung di kerusi tidak jauh darinya dipandang.

"Theo mana? Semalam papa nampak dia balik rumah ni lewat pagi," Mikayla sekadar menjungkit bahu. Dia sendiri tidak tahu abangnya pulang semalam memandangkan lelaki itu memiliki rumah sendiri dan kadang-kadang sahaja Mattheo muncul di rumah agam keluarga mereka ini.

"I sendiri tak tahu abang balik." Balasnya tenang. Telefon pintar miliknya dibuka sebelum pesanan dari sahabatnya dibalas. Sekali-sekala bibir merah jambu itu tersenyum tatkala membaca pesanan kawannya.

"Papa perasan abang kamu tu jarang sangat balik ke sini dah. Dulu, dia selalu juga menginap di sini. Kayla rasa Theo dah ada kekasih ke?" Soalan Dato Matthew mengundang tawa dari Mikayla. Wajah serius ayahnya dipandang.

"Abang Theo nak ada kekasih? Lambat lagi. You tak perasan ke anak lelaki you tu punya perangai papa? Entah-entah, perempuan pun lari pandang dia." Balas Mikayla sedikit menyindir.

Seusai selesai membalas pesanan kawannya, telefon dimasukkan kembali ke dalam beg jenama Chanel miliknya.

Pelbagai jenis sarapan di atas meja dipandang sebelum pancake diambil. Memandangkan dia sedang dalam menjaga kalori sekarang ini, Mikayla memilih untuk sekadar menikmati pancake kosong tanpa sebarang madu mahupun mentega di atasnya.

"Good morning─" Semua mata mengarah ke arah seorang lelaki yang sekadar mengenakan tank top tanpa lengan berwarna hitam bersama seluar track berwarna kelabu. Sempat tubuhnya diregangkan bagi menyegarkan sedikit badannya sebelum tulang punggung dilabuhkan bersebelahan Mikayla.

Mikayla sekadar menggeleng.

Sarapan kembali dijamah.

"Baru nampak batang hidung kamu ni Theo lepas je atuk kamu minta kamu pulang ke Rusia. Tahu-tahu kamu dah sampai Malaysia balik, itu pun atuk kamu tanya papa, kamu dah selamat sampai ke belum?" Dato' Matthew membuka bicara dengan anak lelaki sulungnya. Sejak kecil lagi, anak lelakinya ini terlalu berdikari sehinggakan kadang-kadang dia sendiri tidak tahu apa yang lelaki itu sedang lakukan atau hadapi.

Terasa bagai pertumbuhan anak sulungnya terlalu pantas untuknya.

"Theo sibuk dengan kerja papa. Semalam baru siapkan plan projek dengan syarikat Uzzair tu. Soon─after semua sudah diluluskan, Theo akan busy untuk siapkan projek pula." Roti bakar diambil lalu dikunyah. Semalam dia terpaksa bersekang mata sehingga pagi untuk menyiapkan plan projek tersebut sehinggakan hampir sahaja dia tertidur di ruang tamu rumah agam milik keluarganya. Namun, dek kerana tidak mahu bangun dalam keadaan tubuh yang terasa pegal, digagahkan juga kakinya memasuki ruangannya di tingkat tiga. Kadang-kadang dia rasa menyesal kerana dahulu memilih biliknya di tingkat tiga.

Tidak boleh disalahkan darah mudanya dahulu yang terlalu pentingkan privasi.

"I see. Papa dengar anak uncle Halim, Helena dah balik dari Amerika. Baru sahaja tamatkan Master di sana. Ada Helena jumpa kamu?" Mikayla pantas mengangkat wajah tatkala nama wanita yang disayanginya kedengaran.

"Kak Lena dah balik?" Soal Mikayla teruja. Dahulu ketika kecil, hubungan mereka rapat kerana hubungan baik Dato Halim bersama papanya. Tambahan lagi, Helena selalu menginap bersama keluarga mereka sehingga Helena pergi tinggal bersama Mattheo di Rusia selama beberapa tahun sebelum gadis itu pulang ke Malaysia dan menghabiskan SPM nya di Malaysia.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now