ORKED sekadar mendengar dengan tekun setiap ucapan Susanti mengenai tugasnya sebagai seorang pembantu rumah. Sekali-sekala kepalanya terangguk-angguk kecil tanda mengerti. Meskipun jarak umur mereka berbeza hampir 10 tahun namun Susanti melayannya mesra seperti seorang kakak. Kerana itu, Orked mudah merasa selesa dengan wanita berdarah Indonesia tersebut.
"Kalau tuan muda ada, kita kena sediakan makanan yang tidak terlalu asem. Maksud akak, masam kerana tuan muda tidak begitu menyukai masam. Pedas juga harus sederhana." Bicara Susanti, tangannya masih ligat memotong sayur-sayuran yang akan dijadikan sup sebentar lagi.
Orked mengangguk mengerti.
"Akak rasa akak sudah menjelasin serba sedikit yang harus Orked ketahui. Cuma kalau masih ada yang Orked tidak mengerti di kemudian hari, Orked bisa tanya sama akak. Akak bakal jawab kok." Senyuman manis terlakar di wajah Susanti. Orked mencarik senyuman tipis.
"Terima kasih kak."
"Sama-sama."
"Kalau macam itu, akak Susan nak Orked tolong apa?" Orked mulai merapati wanita berdarah Indonesia itu. Memandangkan tugasnya sekarang ini adalah pembantu rumah jadi dia harus melakukannya dengan sebaik mungkin. Ugutan Mattheo masih terngiang-ngiang segar di fikirannya.
"Kalau gitu, Orked bantuin akak cuci sayuran ini dulu. Sebentar lagi, akak akan bilang kerja lainnya jika Orked sudah selesai ngurusin sayurnya." Mangkuk plastik berisi sayur-sayuran yang sudah siap dipotong dihulurkan kepada Orked. Wanita itu menyambutnya dengan baik.
"Okay kak."
Susanti menarik senyuman tipis. Suka dengan sikap Orked yang senang mendengar arahan. Diam-diam dia bangga dengan Orked kerana sanggup berkerja sebagai pembantu rumah pada usia yang muda. Walhal, di luar sana ada bidang yang lebih layak untuk wanita muda seperti Orked.
LUGGAGE milik sepupu dan datuknya diberikan kepada pengawal yang sudah sedia menunggu di hadapan pintu gerbang rumah agamnya.
"Proshlo mnogo vremeni s tekh por, kak ya v posledniy raz poseshchal etot dom. (Dah lama rasanya sejak kali terakhir atuk datang melawat rumah ni.)" Matvei membuka bicara, dengan berhati-hati tongkat digunakan untuk menapak memasuki rumah agam tersebut.
Mattheo sekadar tertawa kecil.
"Nichego ne izmenilos', dedushka. Vse tot zhe staryy dom. (Tiada apa yang berubah, atuk. Masih macam dulu.)" Balas Mattheo yang mendapat anggukan dari Matvei. Dipimpin lelaki tua itu dengan berhati-hati, risau jika apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada Matvei.
"Nakonets-to tol'ko v dome ne zharko. (Akhirnya, dalam rumah juga tak rasa panas.)" Alexander mengeluh. Butir-butir peluh terlihat jelas di dahinya, bukan sekadar itu, wajahnya juga terlihat kemerahan. Mungkin perubahan cuaca yang mendadak membuatkan tubuh badan lelaki itu berubah sensitif.
Mattheo sekadar menggeleng perlahan melihat sepupunya.
"Duduk dulu datuk, Theo akan minta orang untuk hidangkan air dulu sementara tunggu Kayla pulang." Matvei mengangguk akur, tongkat yang masih setia di tangan diletakkan bersebelahannya. Sepasang anak mata berwarna kelabu cair itu meliar melihat kawasan sekeliling.
Berbeza dengan Alexander, lelaki itu masih mengeluh dengan suasana yang baginya terasa panas.
"Pochemu vy ne skazali mne, chto v Malayzii tak zharko? (Kenapa tak bagitahu Malaysia sepanas ini?)" Rungut Alexander, baju jaket yang membalut tubuhnya segera ditanggalkan. Hanya meninggalkan baju t-shirt hitam yang dipakainya di bahagian dalam.
"Stop whining, Alex." Mattheo menegur sebelum tempat di sisi lelaki itu diambil. Alexander menarik wajah cemberut sebelum badannya dibaringkan ke sofa mewah tersebut. Tangannya dibuat seakan-akan mengipas wajahnya.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...