64

11.5K 694 80
                                    

CASANDRA yang sedang memeriksa keadaan Orked sekadar diperhatikan tanpa berniat hendak mencelah. Sudah hampir seminggu sejak wanita itu ditahan, keadaannya sudah membaik sedikit dari hari pertama dia ditahan meski seleranya masih tidak seperti dahulu. Orked sudah bisa menelan makanannya cuma hanya sedikit sahaja yang memasuki perutnya.

Mattheo pula tidak berniat hendak memaksa andai wanita itu tidak mahu lagi makan. Dia sekadar akur.

Pupil mata Orked diperiksa sebagai langkah akhir sebelum torch light kecil dimasukkan ke dalam poket kot putih yang dipakainya. Senyuman diberikan kepada Orked, wanita itu sekadar membalas senyuman tipis.

"Okay good. So far, I tengok keadaan you dah mulai okay Eloise. Tapi I nak tanya... perasaan you macam mana hari ini? Ada rasa penat ke?" Soal Casandra, wajah jelita yang masih terlihat pucat itu dipandang redup. Kerusi di tepi katil Orked diduduki.

Fokusnya kini dibuang pada pesakitnya.

Orked menggeleng.

"Saya okay, doktor." Casandra diam sebelum telapak tangan Orked diambil.

"It's fine. I doktor you, kalau you rasa sakit dekat mana-mana, penat ke? You boleh jujur dengan I. Kita boleh sediakan banyak lagi ubat untuk bantu you. You tahukan bahaya kalau you diamkan, nak-nak lagi mental state you masih di fasa lemah. Seminggu yang lalu you baru sahaja cuba cederakan diri you which is a dangerous act." Panjang lebar Casandra membebel. Bukan kerana dia marah, semuanya kerana dia perhatian dengan Orked. Dia faham keadaan wanita itu tidak baik-baik sahaja.

Sudahlah dapat suami Hitler seperti Mattheo. Tambah lagi, baru sahaja kehilangan cahaya mata. Itu bukan perkara mudah untuk seorang wanita.

"Alhamdulilah saya okay, doktor." Orked masih sahaja tetap dengan bait bicaranya. Meski dia tahu, dirinya tidak okay tetapi dia harus kuat.

"Kalau macam itu, I faham. You taknak cakap, itu hak you. I takkan paksa. Anyway, Eloise... esok you dah boleh discharge. I akan bekalkan ubat untuk you supaya dapat tambahkan lagi selera makanan you, I tengok rekod you dari segi selera, tak berapa nak bagus tapi it's okay." Kekura tangan Orked ditepuk lembut. Wanita itu sekadar mengangguk.

Casandra bangkit lalu kaki diatur menuju ke Mattheo.

"So, esok dia dah boleh discharge?" Mattheo membuka bicara, anak mata kelabunya sempat mengerling ke arah Orked yang sudah membaringkan badannya ke katil.

"Yes."

"Keadaan dia macam mana? Okay?" Soal Mattheo lagi, Casandra diam sejenak. Stetoskop di leher segera dibetulkan. Wajah tampan yang masih setia menunggu jawapannya dipandang lama sebelum dia bersuara membalas.

"Dia okay cuma dia tak boleh hadapi heavy stress lagi sebab dia dah ada rekod cuba bunuh diri before this so I takut nanti kalau dia hadapi stress lagi, dia akan cuba buat benda itu lagi." Bicara Casandra dengan intonasi suara direndahkan. Dia tidak mahu bicaranya didengari Orked.

"What do you mean by that?"

"You ni bodoh ke buat bodoh-bodoh, Theo?" Tangan Mattheo ditarik agar menjauhi Orked sebelum kedua tangannya disilangkan ke dada. Lelaki berdarah Russia itu dipandang tepat. Kesal terasa di hati saat Mattheo seakan tidak memahami maksud ayatnya.

"Just answer my damn question, Cas." Suara garau itu berubah keras.

"You tak nampak ke keadaan dia macam mana?  She looks lost, hurt, and empty! Cuba you tengok mata dia, berbeza sangat-sangat from the last time I checked her. Kalau you teruskan letak pressure on her, jangan hairan kalau dia bunuh diri." Balasan Casandra membuatkan Mattheo terdiam. Leher dipegang sebelum dia menghembus nafas kasar.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now