47

9.7K 655 73
                                    

XAVIER merenung gelas kaca di dalam genggaman Mattheo sebelum dahinya berkerut seribu. Tangan yang sedang memeluk mesra pinggang wanita bergaun merah bernyala itu dilepaskan sebelum diatur langkah menuju Mattheo yang sedang hanyut dalam dunianya sendiri.

Dia sendiri pelik dengan sikap Mattheo. Setiap kali berada di bar mahupun klub, lelaki itu seringkali menghabiskan masanya di dalam dunianya sendiri. Jika Mattheo sudah bosan, lelaki itu akan membawa diri pergi.

"Theo," bahu yang berlapik dengan jaket denim berwarna biru pekat tersebut disentuh, gelasnya yang kosong diberikan kepada bartender yang berada di hadapannya.

"Classic," pandangan dihala ke arah jejaka tampan yang masih setia di sisinya.

"Jarang-jarang tuan muda Mattheo Dimetri Knight cuma minum coke kalau duduk dekat klub." Xavier membuka bicara, jelas terselit sindiran buat lelaki berdarah Rusia tersebut. Mattheo tidak membalas sebaliknya meneguk sisa baki coke di dalam gelas kacanya sehingga licin.

"Jauh sikit Xavier. Aku rasa nak muntahlah." Tubuh tinggi lampai tersebut ditolak menjauhi dirinya. Bau arak yang kuat datang dari lelaki itu membuatkan tekaknya terasa mual. Punca dari bau tersebut membuatkan dia membuat keputusan untuk memesan coke sahaja malam itu.

Ucapan Mattheo membuatkan Xavier tersentak. Cepat-cepat tangannya menarik baju yang dipakainya lalu dihidu. Bau perfume sahaja yang menjengah hidungnya. Tiada bau yang pelik kecuali terselit bau arak yang diminumnya sebentar tadi.

"Aku busuk ke? Bau Roja perfume adalah." Harga minyak wanginya sahaja mencecah ribuan ringgit tetapi Mattheo ingin muntah saat bau dirinya? Hidung lelaki itu rosak atau apa? Kutuknya di dalam hati.

"Aku gerak dulu, Xavier." Tanpa menunggu balasan, Mattheo menapak pergi sambil hidungnya ditutup menggunakan sapu tangan yang dikeluarkan dari poket seluar. Xavier hampir sahaja ternganga di situ dengan tindakan Mattheo yang tidak menjawab soalan malah pergi begitu sahaja.

"You," salah satu seorang wanita yang sedang rancak menari ditarik tanpa sebarang amaran. Hampir sahaja wanita yang memakai gaun hitam itu menjerit dek terkejut dengan tindakan drastik Xavier.

"Sorry pretty. Do you mind kalau I tanya you soalan?" Nada suaranya diubah agar kedengaran maskulin membuatkan riak wajah wanita itu serta-merta berubah.

"Yes? Apa yang you nak tanyakan tu?"

"Cuba you bau I jap and you bagitahu I, I bau apa?" Soalan Xavier membuatkan wanita itu jelas terlihat keliru. Baru hari ini ada lelaki bertanyakan tentang bau badan padanya.

"Can you?" Soal Xavier lagi. Dia tidak sabar menunggu jawapan. Lambat-lambat wanita itu mengangguk sebelum batang hidungnya mendekati leher Xavier. Saat aroma bau perfume yang kuat datang dari lelaki itu memasuki rongga hidungnya, wanita itu seakan terbuai. Bau maskulin bercampur arak sedikit, benar-benar memabukkan.

"You smell good."  Malu-malu dia bersuara memuji Xavier. Hujung bibir Xavier menaik sebelum tangannya turut bergerak liar memeluk pinggang sang wanita.

"Thank you pretty. Do you mind.." bibirnya merapati cuping telinga wanita itu. Terasa deruan nafas hangatnya mengenai setiap inci kulit sang wanita.

"Being my partner tonight?" Lambat-lambat dia mengangguk sebelum Xavier mencarik senyuman lebar.

"Come here, kita enjoy the night." Tangan sang wanita ditarik mendekati kerumunan yang sedang rancak menari. Sekali-sekala tangannya meliar menyentuh tubuh wanita itu memandangkan tiada sebarang penolakan dari wanita tersebut.

Memandangkan kekasihnya sedang sibuk di Amerika Syarikat untuk pembukaan butiknya yang baru di sana. Xavier hilangkan kesunyiannya tanpa sang kekasih dengan belaian dari wanita lain. Dia masih sayangkan Dahlia cuma dia terlalu sunyi tanpa sentuhan dari seorang wanita.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now