77

14.2K 758 159
                                    

ORKED yang sedang menatap bubur kosong yang berada di dalam mangkuk tersebut dipandang sebelum dia bersuara. Sudah beberapa minit berlalu sejak dia suruh wanita itu makan tetapi Orked masih tidak menyentuh langsung makanan tersebut bahkan tidak berkutik dia merenung bubur tersebut.

"Kenapa tak makan, angel?" Teguran suara garau Mattheo membuatkan wanita itu pantas mengangkat sudu, lambat-lambat kepalanya digeleng. Baru sahaja sudu hendak selamat memasuki mulutnya, tangannya terlebih dahulu ditahan Mattheo.

Tulang punggung dilabuhkan ke birai katil. Sudu di tangan Orked bertukar tangan.

Anak mata sang isteri ditatap lembut.

"Cakap dengan abang, sayang nak makan apa? Abang akan minta Luth untuk bawakan." Ujarnya membuatkan wanita itu laju menggeleng.

"Saya boleh je makan bubur ni, awak tak perlu susahkan diri. Lagipun, membazir je kalau saya ada makanan ni tapi awak belikan makanan lain." Balasnya, sudu yang berada di tangan Mattheo cuba nak diambil namun lelaki itu terlebih dahulu mengangkat sudu tersebut ke udara. Sengaja ditinggikan tangannya ke jarak yang Orked sukar untuk capai.

"Awak bagilah sudu tu," Orked masih berusaha mengapai sudu besi di tangan lelaki yang bergelar suaminya itu. Meskipun dia masih rasa janggal hendak menerima lelaki itu kerana hatinya masih tidak mempercayai bahawa lelaki tampan itu memegang gelaran suami kepadanya.

Mattheo mencarik senyuman lebar.

Lagi suka dia menyakat Orked memandangkan jarak wajah mereka yang semakin rapat dari masa ke masa.

Saat anak mata mereka bersatu, Orked sedikit terpegun memandang anak mata kelabu milik Mattheo. Baru dia sedar, lelaki itu memiliki warna anak mata yang unik.

"Ahem, puas dah ke tilik muka abang? Jangan tengok muka abang lama-lama macamni, buatkan cinta abang makin bertambah pada angel tau." Suara garau Mattheo menyedarkan Orked dari lamunan panjangnya, pantas dia menjauhkan diri dari Mattheo. Tangannya dibawa berpeluk tubuh, kesal dengan sikap Mattheo yang mengusiknya.

"Siapa yang nak tengok muka awak? Ingat awak hensem sangat ke? Orang nak sudu, bukan awak." Gumamnya perlahan, tercebik-cebik bibirnya meluahkan rasa geramnya. Mattheo yang mengerti setiap bait bicara Orked sekadar melepaskan tawa, comel sungguh sikap isterinya yang sedang marah.

"Apa gelak-gelak? Fikir orang buat lawak ke?" Semburnya garang. Mattheo sedikit terkejut dengan sikap Orked yang tampak berbeza dari Orked yang dia kenal. Wanita yang dia kenal, tidak pernah berani bertingkah sebegini. Selalunya Orked hanya akan mendiamkan diri dan takut akannya.

Sikap barunya ini sangat-sangat menarik!

Wanita itu nampak sangat comel.

"Garangnya isteri abang ni. Baru abang tahu, sayang garang macamni." Hidung Orked dicuit, bibir merah delimanya masih setia mengukirkan senyuman namun lebih lebar berbanding tadi. Orked yang sedang merajuk dengannya dipandang tidak berkalih.

Tuhan sahaja tahu, betapa dia bahagia sangat ini!

"Awak tu, orang nak sudu. Angkat tinggi-tinggi kenapa? Tahulah tangan dia tu panjang macam..." bibir Orked dicubit manja membuatkan kata-kata wanita itu terjeda. Sudu besi tadi dimasukkan ke dalam mangkuk berisi bubur kosong yang masih tidak berusik.

"My princess tak nak makan bubur ni jadi kenapa abang nak kena biarkan princess abang makan benda yang dia tak nak? Sayang tahu tak, sayang ini keutamaan abang. Apa-apa yang sayang tak suka, abang kena ambil tahu. Kalau sayang tak nak bubur tu, kita cari makanan lain. Tapi sayang abang ni, degil sangat. Bukan degil je, garang macam anak kucing." Orked membulatkan mata saat lelaki tampan itu menggelarnya anak kucing?

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now