ORKED yang sedang membawakan kopi untuknya dipandang sebelum diarahkan untuk letak di atas meja berhadapan dengannya. Satu puntung rokok dikeluarkan sebelum dibakar hujungnya sedikit dengan pemetik api. Tidak lama selepas itu, kepulan asap berwarna putih dilepaskan ke udara, Orked yang sedang menutup hidung dipandang sambil tersenyum sinis.
"Tak tahan dengan asap rokok?" Suara garaunya kedengaran membuka bicara. Melihat keadaan Orked membuatkan dia semakin galak menghembuskan asap berwarna putih itu ke udara.
Orked menggeleng menafikan, cuba menahan diri dari melepaskan batuk kecil sedangkan paru-paru sudah terasa sesak dengan bau asap yang kuat.
Tatkala sudah terasa puas melepaskan tabiat setiap paginya, hujung puntung rokok itu dimatikan di dalam tempat abu rokok. Cawan kaca diangkat lalu disisip sedikit air kopi di dalamnya, sempat dia mengeluh lega tatkala kepahitan kopi itu bergabung dengan salivanya. Entah mengapa baginya, itu mampu membuatkan dia merasakan puas.
Orked masih setia menunggu sambil menekur memandang lantai. Setiap pagi, rutinnya adalah sama iaitu menyediakan segala keperluan lelaki itu dari awal sehingga lelaki itu berangkat pergi.
"Hari ini aku takkan pulang sebab aku ada urusan di Sabah. Dan─" Mattheo bangkit lalu kaki diatur ke hadapan Orked sebelum jarinya menolak dagu wanita itu ke atas agar memandang ke arahnya.
Sepasang anak mata berwarna kelabu itu merenung dalam anak mata Orked yang terlihat seakan cuak.
"Jadi, selama aku di Sabah. Aku taknak dengar kau cuba-cuba buat perkara bodoh di rumah ini kalau kau rasa kau sayangkan diri kau, Eloise. Kalau aku dapat report mengatakan kau buat hal, aku takkan segan-segan nak jadikan balik warna ungu ini pekat semula." Tangan Orked diangkat, kelihatan lebam dipukul beberapa hari lalu sudah mulai memudar.
Ugutan Mattheo mampu membuatkan tubuh Orked mengigil dengan sendiri.
"Faham?"
Kepalanya dijatuhkan. Mattheo pantas mencengkam pipi Orked tetapi kali ini tidak terlalu kuat seperti selalu.
"Guna mulut, mulut kau masih elok kan? Ke nak aku ajar kau cara menjawab guna mulut." Nadanya kedengaran tenang namun begitu menakutkan sekali pada halwa telinga Orked.
"Faham encik," takut-takut Orked bersuara.
"Good little beast," jari-jemarinya bergerak ke bibir merah jambu pucat Orked sebelum diusap lembut bibir mungil yang kelihatan kering tersebut. Jarak di antara wajah mereka dirapatkan sebelum nafas hangat lelaki itu melanggar wajah Orked. Orked sudah terlebih dahulu memejamkan mata, dia tidak mahu bertentangan mata dengan lelaki itu. Pandangan milik Mattheo terlalu menakutkan sekeping hatinya.
"Be a good kitten for two days okey."
"Baik encik,"
"I may give you something as a reward if you're being a good pet to me." Ucap sambil hidungnya mulai bergerak menelusuri leher jinjang Orked. Seusai itu, rambut Orked yang sudah memanjang dipegang lalu dihidu dalam, bau harum yang muncul dari rambut tersebut membuatkan dirinya bagai terbuai. Entah mengapa, baginya setiap inci tubuh Orked mengeluarkan haruman yang mampu membuatkan jiwanya tidak tenang jika tidak menghidu bau tersebut.
Ketukan di pintu bilik membuatkan Mattheo merengus kasar.
Segera Orked dilepaskan lalu kaki diatur menuju ke daun pintu.
"Kenapa?" Soalnya kasar, hancur mood baiknya kerana urusannya diganggu secara mengejut.
"Maaf tuan kerana menganggu. Jefri dah sediakan kereta untuk tuan bergerak ke lapangan terbang sekarang ini memandangkan penerbangan tuan dalam masa sejam lagi." Ucapnya sekadar mengingati lelaki itu mengenai waktu penerbangannya. Mattheo sekadar mengangguk tanda mengerti.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...