69

12.4K 795 114
                                    

MATTHEO mengetuk daun pintu bilik di mana Datin Amaya banyak meluangkan masa membaca buku-buku atau ketika wanita elegan itu sedang ingin menyendiri kerana merajuk dengan ahli keluarganya. Lama dia berpeluk tubuh menunggu keizinan dari mamanya. Tidak sampai seminit, suara wanita itu kedengaran.

"Masuklah,"

Sepatah, dingin sahaja. Dari situ, Mattheo dapat mengagak Datin Amaya masih merajuk perihal kes ketika makan malam tadi. Kakinya menapak menuju Datin Amaya yang sedang duduk di balkoni memandang ke arah luar.

"Kan sejuk ni mama," tempat di sofa bersebelahan Datin Amaya diambil.

Sepi. Tiada jawapan.

Sah, masih merajuk.

"Sini, Theo ambilkan baju sejuk untuk mama. Nanti kalau mama banyak sangat kena angin malam macam ni, nanti mama sakit. Bila mama sakit, Theo, papa dengan Kayla semua susah fikirkan mama." Pujuk Mattheo panjang berjela, tulang punggung kembali diangkat sebelum kaki diatur menuju ke rak yang mengantungkan baju-baju cardigan milik Datin Amaya.

Memandangkan wanita itu acapkali duduk di balkoni bila malam tiba, Dato Matthew banyak menyediakan baju cardigan bagi sang isteri. Risau jika Datin Amaya sakit kerana angin malam.

Baju cardigan berwarna ungu cair disarungkan ke tubuh Datin Amaya, wanita elegan itu sekadar diam. Tidak pula menolak pemberian Mattheo. Tempat duduk di tepi sang ibu diambil kembali. Kedua tangannya disilangkan ke dada.

"Mama masih merajuk dengan Theo ke?" Ujarnya membuka bicara, kini pandangan mereka sama-sama tertacap pada langit malam yang terlihat disinari bulan yang bersinar indah bersama kelipan-kelipan bintang. Datin Amaya masih berdiam diri.

Mattheo mengeluh.

"I'm sorry okay ma? Theo tak sengaja tinggikan suara tadi. Eloise looks terrified when you naikkan suara." Mattheo memujuk lembut, tangan Datin Amaya cuba dipegang namun wanita elegan itu terlebih dahulu menarik tangannya. Pandangan yang selalunya redup diberikan kepada anaknya tidak lagi seperti sama dulu. Hanya ada pandangan tajam sahaja.

"Sejak bila Theo kisahkan tentang perempuan tu? Bukan ke Theo sendiri janji pada mama yang Theo akan ceraikan perempuan tu? Sekarang mana? Mana pergi janji Theo? Mama kenal Theo! Theo tak pernah mungkir janji seperti ini. Hanya kerana seorang perempuan, Theo sanggup tinggal janji." Suara Datin Amaya tidak selembut selalu. Wajah tampan anaknya ditatap tanpa berkalih.

Sakit, hatinya sakit sekarang ini!

Rasa amarah yang disimpan dari tadi bertambah-tambah rasanya!

Mattheo diam membisu. Halkumnya bergerak-gerak menelan air liur.

"Cakap pada mama sekarang.... Theo dah sayangkan perempuan tu ke?"

Soalan Datin Amaya membuatkan Mattheo terkedu. Air liurnya terasa semakin kesat untuk ditelan. Dua tiga hari ini, dirinya berperang mengenai isu yang barusan disebut oleh mamanya. Semua orang yang dijumpainya cakap perkara yang sama.

Mula-mulanya Mikayla, kemudian Casandra dan sekarang mamanya sendiri?

Wajah diraup, hembusan nafas berat dihela. Entah kenapa mulutnya bagai terkunci hendak membalas kata-kata sang ibu. Hatinya ragu-ragu akan jawapan yang akan dituturkan melalui bibirnya nanti.

Otaknya sendiri bagai nak gila hendak menerangkan mengapa dengan dirinya tika ini.

"Mattheo Dimetri Knight."

"I don't know, mama. Please jangan pressure, Theo. Theo sendiri tak tahu dengan diri Theo sendiri. Theo merayu dengan mama untuk masa sekarang jangan bangkitkan isu cerai ni pada Theo. Bagi masa untuk Theo faham apa yang sedang Theo rasakan sekarang ni." Ujarnya dengan nada stress, rambut hitam pekat yang menutup dahinya diraup kasar ke belakang.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now